BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat

0 1,845

Pada hari ini sangat mudah untuk anda mencari pelbagai produk pencuci muka bagi kulit berjerawat. Namun, adakah semua produk ini betul dan baik untuk digunakan setiap hari? Sekiranya anda memiliki muka yang mudah berjerawat maka anda harus lebih berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit muka terutamanya ketika anda memilih produk pencuci muka. Berikut adalah lima pilihan produk pencuci muka untuk kulit berjerawat terbaik pada tahun ini iaitu:

1. Dermalogica Special Cleansing Gel

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat 1

Dermalogica Special Cleansing Gel ini termasuk jenama pencuci muka untuk kulit berjerawat yang mana harganya lebih berpatutan. Ia juga merupakan pencuci yang berbentuk gel dengan formula soap-free ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang bermasalah sekalipun. Produk ini akan menanggalkan kotoran daripada kulit tanpa menganggu keseimbangan lembapan semulajadi kulit muka anda.

Selain itu, pencuci muka ini mengandungi ekstrak lavender dan calming balm mint yang berfungsi untuk menenangkan kulit manakala bahan quillaja saponaria dengan lembut membasuh racun daripada kulit. Anda disarankan menggunakan air suam untuk penggunaannya.

2. Burt’s Bees Natural Acne Solutions Purifying Gel

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat 2

Kelebihan Burt’s Bees Natural Acne Solutions Purifying Gel Cleanser ini mampu membersihkan semua bakteria, menghilangkan lebihan minyak dan kotoran penyebab jerawat tanpa menyebabkan kulit menjadi iritasi dan kering. Ia juga mengandungi salicylic acid yang berasal dari Willow Bark yang mana berfungsi untuk menembusi pori-pori tersumbat, mengurangkan jerawat dan membantu mencegah jerawat daripada timbul lagi.

Bahkan juga, produk ini mengandungi evening primrose dan ekstrak akar bit dengan lembut boleh menenangkan untuk menjadikan kulit muka lebih segar dan sihat. Pencuci muka ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit tetapi lebih khusus untuk pemilik kulit berminyak dan acne-prone.

3. Himalaya Clarina Anti Acne Face Wash Gel

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat 3

Himalaya Clarina Anti Acne Face Wash Gel adalah salah satu jenama pencuci muka yang dibuat khusus untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat. Ia juga diperkaya dengan salicylic acid yang merupakan bahan aktif yang banyak digunakan pada produk penjagaan kulit yang berjerawat.

Tambahan pula, produk ini mampu menyerap lebihan minyak pada kulit muka tanpa menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Ia cukup dilengkapi dengan bahan-bahan semulajadi lainnya yang dapat mencegah jerawat daripada timbul kembali.

4. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat 4

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini merupakan pencuci muka untuk pemilik kulit berjerawat yang sangat best seller. Ia juga bersifat soap-free dan fragrance free yang mana produk ini sangat disarankan untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat dan sensitif. Produk ini tidak akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kasar. Apa yang menjadikan produk ini lebih popular di pasaran adalah kandungan pelembab di dalamnya kerana ia boleh melembapkan kulit wajah yang kering.

5. Peter Thomas Roth Acne Clearing Wash

5 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat 5

Adakah anda sedang mencari produk pencuci muka yang khusus untuk kulit berjerawat yang mana boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki? Peter Thomas Roth Acne Clearing Wash adalah pilihan yang betul kerana pencuci muka dengan bau oren yang menyegarkan ini sangat disarankan bagi pemilik kulit berjerawat, kusam dan berminyak.

Selain itu, bahan allantoin dan pro vitamin B5 di dalam pencuci ini dapat menenangkan kulit yang kemerahan disebabkan jerawat. Produk ini juga mengandungi salicylic acid yang terbukti sangat efektif bagi mengurangkan jerawat pada kulit muka anda. Peter Thomas Roth Acne Clearing Wash tidak mengandungi paraben mahupun alkohol.

Baca Lagi: 8 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.