BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia

0 561

Maskara merupakan salah satu produk makeup yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Ianya berfungsi untuk memanjangkan, melentikkan, menebalkan dan juga sebagai pelembap bulu mata. Selain itu, ia bukan sahaja berwarna hitam tetapi juga tersedia dalam pelbagai warna menarik seperti coklat, biru, ungu dan putih. Artikel ini akan mencadangkan lima produk maskara waterproof terbaik pada tahun ini iaitu:

1. Lancome Hypnose Star Mascara Waterproof

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia 1

Produk ini memiliki formula waterproof, oilproof dan digabungkan dengan berus yang berhujung runcing. Maskara ini mempunyai tekstur yang ringan dan halus sehingga bulu mata anda kelihatan mempunyai volume secara semulajadi. Bulu mata akan kelihatan lebih cantik, lentik dan dapat menjadikan ia lebih hitam berkilat dengan kesan yang mahal.

Produk ini juga mampu mempertahankan bulu mata anda selama 24 jam tanpa henti. Lancome Hypnose Star Mascara Waterproof ini disarankan untuk anda yang menginginkan maskara waterproof terbaik bagi solekan profesional yang tahan lama dan mewah.

2. Maybelline Great Lash Waterproof Mascara

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia 2

Maskara ini memiliki formula waterproof dan smudgeproof yang dapat membuatkan bulu mata anda lebih panjang dan cantik. Selain itu, berusnya yang mempunyai volume dengan bentuk yang klasik dan membuatkan cecair maskara tidak menggumpal. Maskara ini hypoallergenic yang selamat bagi pengguna kanta lekap. Jangan lupa membersihkan maskara dengan eye lip makeup remover yang bebas minyak dari Maybelline.

3. Etude House Lash Perm Curl Fix Mascara

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia 3

Maskara yang berasal dari Korea Selatan ini memiliki formula waterproof yang membuatkan maskara tahan dengan lebih lama walaupun anda terkena air mata, minyak dan berpeluh. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri berus maskara yang inovatif. Dengan menggunakan Etude House Lash Perm Curl Fix Mascara ini akan dapat membuatkan bulu mata anda lebih cantik selama 24 jam.

4. MAC False Lashes Waterproof Mascara

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia 4

MAC False Lashes Waterproof Mascara ini membuatkan anda kelihatan seperti menggunakan bulu mata palsu. Ianya juga mempunyai formula flakeproof dan smudgeproof sehingga 12 jam. Produk ini disarankan bagi anda yang menggunakan kanta lekap kerana telah diuji secara ophthalmologist.

Selain itu, ia memiliki formula unik yang digabungkan dengan double-lush brush. Maskara ini juga dapat menghasilkan bulu mata yang berlipat kali ganda lebih tebal, panjang dan melentik.

5. Maybelline Lash Sensational Waterproof Mascara

5 Produk Maskara Waterproof Terbaik Di Malaysia 5

Maskara ini memiliki berus yang terbaik dan mampu membuatkan bulu mata anda menjadi lentik dan tebal tetapi tidak akan membuatkan mata terasa berat. Staying power daripada produk ini dapat bertahan sepanjang hari kerana mempunyai formula waterproof yang kuat.

Selain itu, maskara ini agak susah untuk dibersihkan dengan menggunakan eye makeup remover biasa, maka anda disarankan untuk membeli eye makeup remover dari Maybelline. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang ingin memiliki bulu mata tebal dan natural setiap hari.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.