BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

5 Produk Foundation Terbaik Untuk Sehari-hari 2018/2019

0 209

Foundation kini menjadi antara produk utama yang wajib bagi setiap wanita pada masa kini terutamanya bagi mereka yang sangat sukakan makeup. Terdapat banyak jenama yang menawarkan foundation mereka sendiri dengan ciri-ciri yang unik. Berikut adalah lima produk foundation terbaik yang boleh anda gunakan setiap hari.

1. L’oreal Paris True Match Foundation

Foundation ini mempunyai teknologi opti-blend dan opti-match yang mana mampu menjadikan warna dan tekstur kulit muka sekata. Ia juga boleh menjadikan kulit muka anda kelihatan natural sepanjang hari disebabkan adanya bahan hyaluronic acid di dalamnya. Jadi, foundation ini dapat dijadikan sebagai base makeup kerana boleh memberikan kulit muka anda fresh dan segar sepanjang hari.

2. NYX Stay Matte But Not Flat Powder Foundation

Adakah anda menginginkan kulit muka yang kelihatan matte dan flawless? Jika ya, foundation ini boleh menjadi pilihan yang betul untuk anda. Ia dapat mencegah kulit muka anda daripada berminyak selama mana anda menggunakannya. Selain itu, produk ini juga berbentuk powder yang mana mempunyai pelbagai jenis warna yang dapat disesuaikan dengan jenis kulit muka anda.

3. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation

Foundation yang sangat terkenal di kalangan wanita-wanita ini sememangnya memiliki bahan yang ringan dengan coverage sheer to medium. Ia berbentuk cair dengan packaging yang elegan dan mudah untuk disapukan pada muka tanpa perlu menggunakan beauty sponge. Bagi anda yang mempunyai jenis kulit muka berminyak tidak perlu risau kerana foundation ini dapat menyerap minyak dengan baik sehingga hasilnya sangat matte apabila anda menggunakannya.

4. Revlon Colorstay Liquid Foundation

Foundation ini dilengkapi dengan kemasan pump pada botol kacanya dan memiliki ketahanan yang long lasting. Ia juga boleh menjadi pilihan yang betul sekiranya anda memerlukan foundation yang tahan lama untuk kulit berminyak. Selain itu, produk ini juga mempunyai tekstur yang cair, medium to full coverage dan mudah untuk diratakan pada kulit muka anda.

5. Wardah Luminous Creamy Foundation

Produk ini merupakan foundation yang ringan sehingga boleh digunakan untuk setiap hari. Ia juga dapat memudarkan bekas jerawat sehingga kulit muka anda kelihatan lebih halus dan mempunyai 4 warna yang sesuai dengan warna kulit anda. Selain itu, foundation ini tidak mudah pudar dan boleh digunakan untuk anda yang memiliki jenis kulit berminyak.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.