Utama Muka 5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Terdapat banyak jenis acid toner dalam kata lain iaitu exfoliating toner yang berada di pasaran hari ini. Ianya adalah sangat penting untuk anda mengetahui jenis exfoliating toner yang sesuai digunakan setiap hari. Acid toner seperti namanya yang sudah tentu mengandungi asid yang terdiri daripada AHA, BHA dan PHA. Sebagai contoh, jenis AHA ialah glycolic acid, lactic acid dan lain-lain lagi manakala BHA seperti salicylic acid. Jadi, yang manakah sesuai dengan jenis kulit anda?

Jawapannya adalah untuk pemilik kulit kering yang mempunyai tanda-tanda penuaan atau bekas jerawat yang degil biasanya anda disarankan untuk menggunakan acid toner yang mengandungi AHA. Selain itu, bagi pemilik kulit berminyak, pori-pori besar serta berjerawat pula anda lebih disarankan menggunakan produk yang mengandungi BHA kerana ia boleh menembusi sehingga ke lapisan dalam sel-sel kulit muka dan juga lebih mild berbanding AHA.

Seterusnya acid toner yang mengandungi PHA dan lebih kurang sama dengan AHA juga berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit lebih cerah, memperbaiki tanda-tanda penuaan dan mengurangkan berlakunya iritasi, kerana inilah ia sangat sesuai untuk kulit yang sensitif. Jadi, di bawah ini adalah 5 produk exfoliating toner yang sesuai dengan jenis kulit anda iaitu:

1. Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 1

Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion ini mengandungi PHA dan boleh digunakan setiap hari. Bagi kulit sensitif sangat sesuai digunakan kerana sangat mild, mencerahkan kulit, mengurangkan kemerahan dan kulit muka kelihatan sangat bersih apabila menggunakannya secara rutin. Produk ini sangat mampu milik dan mudah untuk dicari dimana-mana seperti di watsons dan guardian.

2. Ren Clarimatte Clarifying Toner

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 2

Produk ini adalah exfoliating toner yang mengandungi AHA dan juga BHA. Toner ini sangat lembut dan bagi pemilik kulit sensitif yang baru sahaja ingin menggunakan acid toner anda disarankan untuk menggunakan produk ini kerana tidak akan membuatkan berlakunya iritasi pada kulit muka, mencerahkan kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati, sangat lembut pada kulit dan wangian produk ini sangat menenangkan.

3. Benton Aloe BHA Skin Toner

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 3

Toner ini mengandungi BHA dan juga Aloevera yang boleh menenangkan kulit muka dan sesuai bagi anda yang memiliki kulit sensitif juga berminyak serta berjerawat. Ianya juga sangat mild pada muka umpama anda menggunakan hydrating toner yang cukup melembapkan kulit muka. Produk ini boleh didapati di online shop dan juga tersedia di pasaran.

4. Pixi Eskintreats Glow Tonic

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 4

Produk ini sangat meletup pada masa kini dan hasil penggunaan setiap hari boleh mencerahkan kulit, merasakan kulit lebih lembut serta halus pada kulit muka. Pixi ini cenderung menjadikan kulit kering, jadi anda haruslah mengimbangi dengan menggunakan hydrating toner yang cukup melembapkan selepas penggunaannya. Produk ini boleh didapati di mana-mana online shop dan juga tersedia di pasaran.

5. Nip+Fab Exfoliate Glycolic Fix Night Pads Extreme

5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 5

Exfoliating toner tidak semestinya cair tetapi boleh juga dalam bentuk pads atau kapas seperti produk ini yang telah direndam dalam exfoliating toner serta satu pads biasanya digunakan untuk satu kali penggunaan. Selain itu, Nip+Fab Exfoliate ini mengandungi glycolic acid, salicylic acidlactic acid dan sangat sesuai untuk kulit yang berminyak serta kering.

Baca Lagi: 5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...