Utama Muka 5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019

5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Hydrating toner adalah salah satu produk penjagaan kulit yang berfungsi untuk mengembalikan kelembapan semulajadi kulit muka anda setelah mengalami proses pembersihan kulit muka dengan menggunakan cleanser oil dan facial wash. Terdapat banyak jenama produk hydrating toner yang harus anda cuba di pasaran pada masa ini. Jadi, artikel ini akan mencadangkan lima pilihan produk hydrating toner yang terbaik iaitu:

1. Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner

5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019 1

Produk ini boleh melembapkan, melembutkan, membantu memberikan kelembapan dan memperbaharui kulit muka anda secara mendalam. Ianya juga terasa ringan dan segar apabila disapukan pada kulit muka anda. Tambahan pula, ia turut memerangkap segala kotoran dan mengecilkan liang pori muka. Penggunaan siang dan malam menjadikan kulit anda lebih halus dan berseri.

2. SK-II Facial Treatment Essence

5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019 2

Toner yang sangat popular dari SK-II ini mengandungi pitera iaitu bahan semulajadi yang kaya dengan vitamin, amino acids dan mineral yang mampu menjadikan kulit muka anda lebih kenyal dan lembut.

Khasiat pitera juga dapat membantu proses regenerasi kulit dan menjadikan kulit muka kelihatan lebih glowing semulajadi dan selepas menggunakannya kulit anda akan kelihatan lebih muda dan cerah seketika. Produk ini sangat sesuai bagi yang mempunyai kulit sensitif dan kusam.

3. The Body Shop Aloe Calming Toner5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019 3

Hydrating toner yang dirumus khas dengan lidah buaya memberikan kelembapan dan menenangkan kulit muka. Selain itu, ia juga berkesan dalam menghilangkan sisa kotoran, menyegarkan dan menenangkan kulit sensitif. Produk ini bebas daripada bahan wangian dan tanpa alkohol.

Lebih-lebih lagi ia telah terbukti secara klinikal dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Ianya boleh membantu melegakan tanda-tanda kerengsaan kerana dapat memberikan rasa sejuk dan sempurna untuk kulit yang mempunyai alahan, gatal atau kemerahan.

4. L’Occitane Shea Butter Gentle Toner

5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019 4

Shea butter telah banyak digunakan pada berabad-abad yang lalu oleh wanita di Sub-sahara Afrika bagi melindungi dan melembapkan kulit muka. Ia juga mampu memberikan khasiat pada kulit, melembapkan kulit sensitif dan dapat memperbaiki tekstur kulit muka anda.

Selain itu, produk ini diperkaya dengan air bunga cornflower dan orange blossom yang dapat menjadikan kulit lebih halus dan sentiasa segar untuk anda yang mempunyai kulit kusam serta kelihatan letih tidak bermaya.

5. Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner

5 Pilihan Produk Hydrating Toner Terbaik 2018/2019 5

Dengan bahan non-irritating, super hydrating face toner dari Dear, Klairs ini memiliki daya serap yang tinggi pada kulit muka sehingga mampu menjaga kelembapan dan juga dapat mencerahkan kulit sensitif anda. Kelebihan produk ini dapat menyeimbangkan pH pada kulit dan dapat meningkatkan tekstur kulit sehinggakan kulit muka kelihatan lebih halus dan mulus.

Bahkan juga, ia mengandungi bahan pelembap seperti beta glucan yang mampu menyeimbangkan penghasilan minyak sehingga dapat digunakan oleh pemilik kulit kering mahupun berminyak.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...