Utama Muka 5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Jerawat merupakan masalah kulit yang sering dihadapi oleh semua orang tidak kira wanita ataupun lelaki. Selain menimbulkan rasa sakit, ia juga boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang. Walaupun jerawat tidak dapat dielakkan tetapi pertumbuhannya dapat dikurangkan.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan masker muka kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah jerawat tetapi juga dapat membuatkan kulit muka lebih lembap dan cerah. Artikel ini akan mencadangkan lima masker muka yang sesuai untuk anda yang memiliki kulit berjerawat.

1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat 1

Clay mask yang berasal dari Korea Selatan ini merupakan produk yang sangat baik dalam menghilangkan blackheads dan jerawat yang degil. Selain itu, ia mampu mengecilkan pori-pori, mengawal minyak yang berlebihan dan menghilangkan sel-sel kulit mati pada muka. Sekiranya anda kerap menggunakan clay mask ini selama dua kali dalam seminggu kulit muka anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri-seri.

2. Garnier Pure Active Matcha Deep Clean Clay Mask

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat 2

Produk ini akan dapat memberikan rasa yang panas pada permukaan kulit kerana ia diperkaya dengan dua kali ganda ekstrak green tea untuk membuka pori-pori supaya kotoran dan debu dapat dikeluarkan dengan lebih mudah. Anda hanya perlu menggunakannya selama tiga minit lalu basuh dengan air bersih. Kulit anda akan berasa lebih segar dan lembut setelah menggunakan clay mask ini. Clay mask ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat.

3. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat 3

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask ini mengandungi Tamanu Oil, Lemon Tea, Tea Tree Oil dan Menthol untuk mengeringkan jerawat sekaligus dapat mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga dapat membersihkan, menghaluskan dan membuatkan kulit muka kelihatan lebih sihat. Sensasi mint pada produk ini akan dapat membuatkan kulit muka anda merasa lebih dingin dan segar.

4. Freeman Charcoal Black Sugar Polishing Mask

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat 4

Freeman Charcoal Black Sugar Polishing Mask ini terdiri daripada gula asli dan bahan aktif charcoal. Ianya mengandungi tekstur yang padat, tebal dan berwarna hitam pekat. Kelebihan produk ini adalah mampu untuk menghilangkan jerawat, mengecilkan pori-pori, menghilangkan sel-sel kulit mati dan blackheads yang dapat membuatkan kulit muka menjadi lebih kusam dan berminyak. Sesetengah orang mungkin akan merasa sensasi yang panas pada awal penggunaan tetapi akan hilang selepas beberapa minit.

5. Etude House AC Clean Up Pink Powder Mask

5 Masker Muka Untuk Kulit Berjerawat 5

Masker ini merupakan jenama kecantikan yang terkenal dan berasal dari Korea Selatan. Ianya mengandungi 60% Pink Powder Spot untuk menghilangkan whiteheads dan jerawat. Selain itu, ia memiliki aroma herba yang menyegarkan dan tidak akan menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit muka anda. Produk ini juga dapat menghilangkan bekas jerawat secara perlahan-lahan.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...