Utama Badan 5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Telur merupakan makanan yang mempunyai fungsi lain seperti mengekalkan kecantikan rambut. Bagaimanakah anda merawat rambut? Adakah dengan anda pergi ke salun ataupun merawatnya sendiri di rumah? Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukan rawatan salun atau ingin lebih berjimat tidak ada salahnya untuk anda menggunakan telur untuk merawat rambut.

Jika anda menggunakan bahan semulajadi seperti telur sudah tentunya akan lebih sihat daripada anda menggunakan bahan kimia. Berikut adalah lima kebaikan putih telur untuk kecantikan rambut.

Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut

1. Menghilangkan kelemumur

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut 1

Kelemumur merupakan proses semulajadi bagi pengelupasan sel-sel kulit mati yang berlebihan daripada kulit kepala. Jika jumlah pengelupasan sel-sel kulit mati anda dalam jumlah yang sedikit ia masih dalam had yang munasabah. Tetapi, jika terlalu banyak kelemumur yang muncul akan menyebabkan masalah di kulit kepala anda.

Apakah anda mempunyai masalah dengan kelemumur? Telur mampu mengatasinya kerana kelemumur boleh dihilangkan dengan menggunakannya. Jika anda menyapukan campuran putih telur dan lemon ke kulit kepala anda secara rutin kelemumur tersebut dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

2. Melembapkan rambut

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut 2

Telur mempunyai tekstur yang melekit dan sangat cepat untuk mengeras ketika terkena pada rambut dan kulit anda. Akan tetapi, tahukah anda bahawa telur sangat baik untuk melembutkan rambut? Telur juga mempunyai banyak kandungan yang baik untuk rambut seperti mineral, protein, asid lemak, sulfur, vitamin A, B, D dan E. Semua kandungan tersebut sangat diperlukan oleh rambut anda.

Biasanya masalah rambut ini dihadapi bagi wanita yang memiliki rambut kering kerana kekurangan kelembapan pada akar dan kulit kepala. Putih telur juga dapat mengembalikan kelembapan semulajadi rambut anda dengan cepat.

Selain itu, putih telur mempunyai kandungan yang dapat mengembalikan kelembapan semulajadi rambut, melembutkan rambut kering, menguatkan akar rambut, mengelakkan rambut rosak, menjadikan rambut mudah untuk diurus sehingga dapat mengembalikan kilauan semulajadi rambut anda.

3. Mempercepat pertumbuhan dan menguatkan rambut

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut 3

Bagi wanita mahupun lelaki yang mendambakan rambut panjang, kuat dan lebat anda perlu rajin untuk merawat rambut anda dengan menggunakan bahan semulajadi seperti telur. Hal ini kerana ia sangat baik untuk menguatkan rambut dari akarnya sekaligus mempercepat pertumbuhannya.

Semua ini hasil daripada kandungan protein yang tinggi di dalam telur yang mana sangat diperlukan oleh rambut anda untuk tumbuh dengan lebih sihat. Anda hanya perlu mencampurkan putih telur dan yogurt secukupnya dan kacau sehingga rata. Setelah itu, sapukan masker telur tadi ke seluruh permukaan kulit kepala dan juga rambut anda, biarkan selama 20 minit sebelum anda basuh dan syampu seperti biasa.

Selain itu, telur juga dapat digunakan untuk menguatkan akar rambut, mempercepat pertumbuhan rambut panjang dengan lebih cepat dan merawat rambut gugur. Bagi menguatkan rambut anda perlu campurkan putih telur dengan minyak seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.

Anda tidak perlu menggunakan banyak telur memadai dengan hanya satu telur kerana anda memerlukan satu sudu teh minyak sahaja. Sekiranya anda menggunakan minyak yang terlalu banyak akan menyebabkan rambut anda menjadi semakin berminyak.

4. Menangani rambut rosak

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut 4

Dengan menggunakan telur anda boleh memulihkan rambut yang rosak disebabkan anda salah dalam merawat rambut ataupun selepas melakukan styling rambut. Apabila keadaan rambut menjadi semakin teruk anda tidak perlu lagi untuk melakukan smoothing ke salun melainkan dengan hanya menggunakan masker telur sahaja.

Telur adalah salah satu rawatan rambut di rumah yang sering digunakan untuk menangani rambut yang rosak. Selain murah dan mudah didapati, ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti protein dan lemak yang dapat mengembalikan nutrisi rambut dengan cepat.

Selain itu, putih telur mengandungi enzim yang dapat membunuh bakteria dan mengurangkan minyak yang tidak diperlukan dari kulit kepala. Biasanya membuat masker telur bagi merawat rambut yang rosak adalah dengan cara mencampurkan ia dengan susu, yogurt, minyak zaitun, minyak almond dan minyak castor.

5. Mengatasi rambut berminyak

5 Kebaikan Putih Telur Untuk Kecantikan Rambut 5

Pada hari ini keadaan pencemaran yang semakin teruk sudah tentunya boleh menyebabkan rambut anda menjadi semakin berminyak. Jadi, ia adalah musuh bagi kebanyakan wanita di luar sana.

Rambut berminyak ini bermula daripada minyak semulajadi yang mempunyai peranan sebagai pelembap kulit kepala dan akar rambut. Akan tetapi, jika berlebihan akan menjadikan rambut anda semakin berminyak kerana minyak pada kulit kepala yang telalu banyak boleh menyumbat pori-pori rambut itu sendiri.

Oleh itu, gunakanlah putih telur untuk mengatasi minyak berlebihan dari kulit kepada dan anda hanya memerlukan satu telur (ambil putihnya sahaja) lalu kacau sehingga berbuih. Sapukan putih telur tadi pada seluruh kulit kepala anda, biarkan selama 30 minit, kemudian syampu seperti biasa.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...