Utama Muka 5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Eye cream merupakan produk skincare yang ditujukan khas untuk rawatan kulit di sekitar mata yang mempunyai struktur nipis dan sensitif. Sekiranya anda selalu tidur lewat akan menyebabkan mata kelihatan sembap dan menimbulkan masalah lingkaran hitam di bawah mata.

Anda juga akan mengalami kedutan yang kekal di bawah mata jika masalah ini tidak diatasi dengan segera. Jadi, krim mata sangat penting untuk digunakan sebagai skincare routine bagi menghilangkan atau mengurangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata anda. Berikut adalah lima eye cream terbaik di malaysia iaitu:

1. Clinique All About Eyes Rich Cream

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia 1

Produk ini kaya dengan pelembap yang dapat mengurangkan lingkaran bawah mata anda. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan bayang-bayang dan garis-garis halus di sekitar mata dari masa ke masa. Krim mata ini mengandungi bahan semulajadi daripada ekstrak teh hijau, vitamin C dan E yang dapat membuatkan kulit mata kelihatan lebih sihat dan segar.

2. Sulwhasoo Essential Rejuvenating Eye Cream

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia 2

Sulwhasoo Essential Rejuvenating Eye Cream ini merupakan krim mata yang terbaik kerana diperbuat daripada herba Korea seperti red ginseng yang dapat mengurangkan sembap dan garis-garis halus di sekitar mata. Selain itu, ia juga dapat membuatkan kulit mata lebih lembut dan mencerahkan bahagian bawah mata anda.

3. The Body Shop Vitamin E Eye Cream

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia 3

The Body Shop Vitamin E Eye Cream ini sangat baik untuk digunakan pada rawatan mata anda kerana ia dapat membantu melindungi kawasan kulit mata daripada garis-garis halus dan lingkaran hitam di bawah mata. Tambahan pula, ia mengandungi vitamin E yang dapat melembapkan sehingga dengan penggunaan yang kerap akan membuatkan kulit mata terasa lebih halus dan sihat.

4. Laneige Water Bank Eye Gel

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia 4

Laneige Water Bank Eye Gel ini merupakan salah satu produk rawatan mata atau eye cream yang sangat baik untuk digunakan setiap hari. Selain itu, ia juga dapat membuatkan kulit gelap di sekitar mata menjadi lebih cerah. Produk ini mengandungi ekstrak bilberry semulajadi yang dapat melembapkan kawasan di sekitar mata sehingga 24 jam.

5. Ponds Age Miracle Eye Cream

5 Eye Cream Terbaik Di Malaysia 5

Produk ini mengandungi retinol-c complex dan teknologi instant blurring yang mampu mengurangkan garis-garis halus di sekitar mata sehingga kelihatan lebih muda dan sihat. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan kelembapan dan menguatkan pertahanan semulajadi dari dalam kulit di sekitar mata. Bahan aktif pada eye cream ini mampu berfungsi selama 24 jam tanpa henti sehingga kulit di sekitar mata anda akan sentiasa kelihatan lebih halus dan tegang.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...