Utama Badan 5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 2 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Rambut yang diwarnakan biasanya lebih mudah untuk menjadi kering dan rosak. Jadi, anda harus untuk mengikuti beberapa cara untuk merawat rambut agar lebih sihat walaupun rambut anda telah diwarnakan. Berikut adalah lima cara penjagaan rambut berwarna supaya tidak kering dan rosak iaitu:

1. Jaga Kelembapan Rambut

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak 1

Jika mewarnakan rambut, biasanya anda akan merasakan rambut menjadi lebih kering dari sebelumnya. Penyelesaian daripada masalah ini adalah anda harus rajin merawat rambut supaya dapat mengekalkan kelembapannya. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaitun selama 30 minit sebelum syampu rambut.

Setelah itu, anda harus menggunakan conditioner setiap kali selesai basuh rambut dan gunakan masker rambut untuk sekali seminggu agar dapat mengekalkan kelembapan rambut. Anda juga wajib membawa conditioner yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

2. Kurangkan Hair Styling

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak 2

Tidak dapat dinafikan lagi selepas anda mewarnakan rambut akan menjadi lebih kering dan rosak. Bagi mengelakkan kerosakan rambut yang lebih teruk, anda harus mengurangkan proses styling rambut seperti rebonding ataupun curling kerana haba yang dihasilkan daripada alat styling ini akan menjadikan rambut berwarna anda akan lebih mudah kering dan rosak.

3. Gunakan Syampu Khas

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak 3

Anda disarankan untuk menggunakan syampu khas kerana rambut berwarna memerlukan rawatan yang istimewa sedangkan syampu biasa tidak memenuhi keperluan rambut yang diwarnakan. Anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan syampu anti-kelemumur pada rambut yang telah diwarnakan kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia yang agak keras sehingga dapat menjadikan warna lebih cepat pudar dan rambut menjadi lebih kering.

4. Basuh Rambut Dengan Air Sejuk

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak 4

Gunakanlah shower cap sekiranya anda kerap mandi dengan menggunakan air suam setiap hari supaya rambut anda tidak sering terkena air suam. Hal ini kerana rambut yang sering dibasuh dengan menggunakan air suam akan menyebabkan folikel rambut lebih mudah terbuka sehingga dapat mengurangkan kelembapan rambut anda. Jadi, anda haruslah menggunakan air sejuk setiap kali membasuh rambut.

5. Gunakan Serum

5 Cara Penjagaan Rambut Berwarna Supaya Tidak Kering dan Rosak 5

Selepas menggunakan syampu khas dan juga menjaga kelembapan rambut, anda perlu menggunakan serum kerana ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk memulihkan keadaan rambut. Gunakanlah serum ketika rambut anda masih separuh kering agar kandungan serum tersebut masuk ke dalam folikel rambut.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...

7 Produk Skincare Untuk Kulit Berjerawat

Penggunaan produk skincare sangat diperlukan bagi semua wanita sama ada mereka yang mempunyai kulit normal mahupun kulit berjerawat. Tetapi tentu sahaja ada sedikit perbezaan...