Utama Muka 5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Apakah yang menyebabkan munculnya whitehead pada kulit muka? Sebelum membincangkan penyebab berlakunya whitehead anda haruslah mengetahui terlebih dahulu apa itu whitehead dan seterusnya cara mengatasi masalah tersebut.

Apa Itu Whitehead?

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 1

Whitehead adalah pori-pori muka yang tersumbat, bakteria, sel-sel kulit mati dan juga minyak yang berlebihan pada kulit muka. Sekiranya ia dibiarkan dalam jangka waktu yang agak lama kesannya muncul mata putih yang selepas itu disebut sebagai whitehead dan akhirnya boleh meradang serta menjadi jerawat.

Kebiasaannya whitehead itu muncul di kawasan T-Zone pada remaja. Sedangkan untuk yang berumur di atas 20 tahun, whitehead boleh muncul di kawasan rahang, pipi dan dahi. Pendek kata kawasan yang mempunyai penghasilan minyak yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan pori-pori tersumbat.

Sebab-Sebab Berlakunya Whitehead

1. Pembersihan kulit muka yang kurang sempurna

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 2

Sekiranya anda tidak membersihkan muka dengan sempurna misalnya tidak menggunakan kaedah double cleansing dalam mencuci muka akan menyebabkan kotoran, debu, minyak yang berlebihan dan makeup yang tidak dibersihkan dengan betul masih melekat pada permukaan kulit muka anda.

Selain itu, produk yang salah digunakan juga adalah salah satu penyebabnya kerana bahan produk tersebut mungkin tidak sesuai untuk kulit muka anda yang mana boleh menyebabkan munculnya whitehead.

2. Jarang atau tidak pernah melakukan eksfoliasi

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 3

Pentingnya membersihkan muka dengan eksfoliasi kerana membersihkan muka dengan produk pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Tetapi secara rutin harus mengeksfoliasi sel-sel kulit mati sekiranya berlaku pengumpulan minyak, bakteria dan ini tentu sahaja boleh menimbulkan whitehead.

3. Tidak sesuai dengan produk tertentu

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 4

Terdapat produk skincare yang biasa sahaja seperti tidak adanya reaksi yang positif begitu juga reaksi negatif. Akan tetapi terdapat juga yang reaksinya negatif dan boleh menimbulkan whitehead.

Anda juga turut disarankan untuk menggunakan produk baru satu persatu dan sekiranya muncul whitehead anda akan tahu produk baru yang mana tidak sesuai dengan kulit muka. Sangat mudah bukan untuk mengetahuinya. Oleh itu, gunakanlah produk satu persatu terlebih dahulu.

4. Perlu rajin untuk mengenali pelbagai bahan yang berpotensi menjadi breakouts

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 5

Produk yang mengandungi alcohol, fragrance, natural oil seperti olive oil bagi sesetengah orang boleh menyebabkan whitehead. Jadi, anda haruslah mengetahui bahan apa yang boleh menyebabkan whitehead pada kulit muka anda dan menghindari produk tersebut daripada menggunakannya lagi.

5. Menggunakan produk yang bahan moisturizing agent terlalu tinggi

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 6

Terdapat pelbagai moisturizing agent iaitu vitamin E, glycerin, dan hyaluronic acid. Sekiranya kulit yang terlalu berminyak atau acne-prone menggunakan produk yang sangat tinggi moisturizing agent boleh menyebabkan berlakunya whitehead atau breakouts.

Contohnya, vitamin E dengan kata lain Tocopheryl Acetate apabila diletakkan pada bahan yang pertama atau kedua di dalam senarai bahan-bahan dalam produk tersebut bermaksud bahawa bahan tersebut mengandungi terlalu banyak moisturizing agent. Jika hasil penggunaan bahan tersebut menyebabkan jerawat atau whitehead kemungkinan besar berpunca daripadanya.

Hal ini tidak bermakna anda tidak perlu menggunakan produk moisturizing-agent tetapi pilihlah produk yang mengandungi bahan moisturizing tidak terlalu tinggi seperti diletakkan dalam bahan pertengahan dalam senarai bahan label produk.

6. Selepas senaman tidak membasuh muka ataupun mandi

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 7

Selepas senaman dapat membuatkan kulit dan badan anda berpeluh, berminyak, debu dan kotoran yang berpotensi boleh menyebabkan jerawat ataupun whitehead. Hal ini boleh berlaku sekiranya anda tidak rajin membasuh muka ataupun mandi selepasnya terutama jika kulit anda jenis acne-prone.

7. Tuala, cadar tilam dan bantal yang kurang bersih atau jarang digantikan

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 8

Bagi anda yang memiliki kulit acne-prone dan sensitif lebih mudah untuk terkena jerawat atau whitehead sekiranya tuala, cadar tilam dan bantal yang kurang bersih ataupun jarang digantikan.

Jadi, anda perlu rajin dalam menggantikannya dua kali sehari bahkan setiap hari agar dapat menghindari masalah whitehead atau jerawat tersebut.

8. Rajin membersihkan makeup brush

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 9

Tidak rajin membersihkan makeup brush merupakan salah satu penyebab yang boleh membuatkan kulit muka anda mudah terkena masalah jerawat atau whitehead.

Cara Menghilangkan Bintik Putih Di Wajah

Sebenarnya whitehead berada dalam kategori jerawat tetapi masih dalam kategori mild. Jadi, cara-cara untuk menghilangkannya juga tidak susah seperti cystic acne atau hormonal acne. Berikut adalah lima cara menghilangkan bintik putih di wajah anda iaitu:

1. Kulit haruslah selalu dalam keadaan bersih

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 10

Anda perlu selalu memastikan kulit dalam keadaan yang bersih dan tidak hanya membersihkan kulit muka sahaja tetapi hal-hal yang bersentuhan dengan kulit juga haruslah selalu dalam keadaan yang bersih serta terjaga.

Maksudnya di sini, anda harus rajin melakukan double cleansing agar terhindar daripada masalah jerawat atau whitehead yang degil dan memastikan menggunakan produk pencuci muka yang betul. Oleh itu, anda haruslah mencari produk pencuci muka yang mild, tidak mengandungi banyak Sodium Lauryl Sulphate (SLS) dan semasa menggunakannya tidak merasa terlalu kering pada kulit muka.

2. Rajin melakukan eksfoliasi

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 11

Sekiranya kulit muka anda mempunyai banyak whitehead salah satu cara untuk menghilangkannya adalah dengan melakukan eksfoliasi terutamanya menggunakan bahan yang mengandungi salicyclic acid (BHA).

Bahan BHA untuk eksfoliasi sememangnya disarankan bagi anda yang memiliki kulit berminyak dan acne prone termasuk untuk mengatasi masalah whitehead kerana BHA itu mempunyai bentuk oil soluble yang boleh menembusi minyak yang terdapat pada pori-pori muka anda.

Di samping itu, ia bukan hanya menghilangkan sel-sel kulit mati sahaja tetapi boleh juga membersihkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit muka. Jadi, anda perlu rajin menggunakan exfoliating toner yang mengandungi BHA kerana dengan mudah masalah whitehead dan jerawat dapat diatasi.

3. Rajin melakukan spot treatment

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 12

Spot treatment atau biasanya dikenali sebagai ubat jerawat sangat efektif dalam menghilangkan masalah whitehead yang mengandungi benzoyl peroxide dan boleh juga menghilangkan jerawat pada kulit muka anda.

4. Gunakan moisturizer

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 13

Jika menggunakan exfoliating toner atau spot treatment akan lebih cenderung membuatkan kulit muka menjadi lebih kering. Jadi, pentingnya dalam menggunakan moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Kebiasaannya kulit berminyak atau acne-prone sebaiknya tidak menggunakan terlalu rich misalnya yang bertekstur gel dan krim.

5. Jangan sentuh muka anda!

5 Cara Menghilangkan Whitehead Pada Kulit Muka 14

Tanpa disedari anda seringkali menyentuh kawasan muka dengan menggunakan tangan misalnya ketika berfikir sesuatu, bercakap dan tengah membaca ataupun aktiviti lainnya yang menyentuh kawasan pada muka sedangkan tangan anda tidak selalunya bersih.

Hal ini menyebabkan muka anda terdedah kepada kotoran dengan tangan yang tidak bersih dan akhirnya membawa kepada masalah timbulnya jerawat serta whitehead pada kulit muka. Selain itu, jangan membiasakan diri untuk menyentuh kawasan muka apabila tengah berjerawat dengan menggunakan tangan.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...