Utama Muka 5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Masalah pori-pori besar memang amat menjengkelkan, yang mana disebabkan faktor utamanya iaitu genetik. Ia boleh membuatkan kulit muka anda kelihatan sangat kusam dan tidak sihat, pori-pori besar juga membuatkan penggunaan makeup menjadi kurang mulus dan tidak halus.

Jadi, apakah anda boleh mengecilkan pori-pori? Jawapannya tentu tidak sekali kerana pori-pori itu sendiri tidak boleh membesar dan mengecil. Tetapi, anda boleh membuatkan pori-pori besar di kulit muka kurang kelihatan dan menjaganya supaya tidak tersumbat daripada kotoran dan minyak.

Namun, yang membuatkan pori-pori lebih kelihatan adalah kerana kekurangan keanjalan dan kolagen pada kulit muka. Disebabkan itu, betapa pentingnya untuk anda melakukan skincare asas iaitu double cleansing, exfoliating, sunscreen dan juga menggunakan pelembab serta lima cara di bawah ini boleh mengurangkannya.

1. Menggunakan sunscreen pada waktu pagi

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka 1

Terkena sinaran matahari tanpa perlindungan dari sunscreen menyebabkan kerosakan kolagen dan juga mengurangkan keanjalan di sekitar kulit muka. Disebabkan itu, kulit akan menjadi lebih kendur dan tentu saja pori-pori kita kelihatan lebih besar. Jadi, jangan lupa untuk menggunakan sunscreen sebelum keluar rumah.

2. Rajin membersihkan wajah dengan Double Cleansing

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka 2

Pengumpulan sel kulit mati dan minyak berlebihan di kulit muka kita akan membuat pori-pori tersumbat dan kelihatan lebih besar. Oleh itu, proses pembersihan wajah haruslah dalam keadaan yang sempurna dengan teknik double cleansing.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang double cleansing.

3. Menghindari produk yang boleh menyebabkan iritasi

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka 3

Elakkan memilih produk yang salah boleh mengakibatkan iritasi dan membuatkan kulit wajah semakin kering misalnya foaming cleanser yang mengandungi SLS (Sodium Lauryl Sulfate), alkohol dan lain-lain.

Hal ini kerana bahan-bahan tersebut boleh membuatkan kulit menjadi semakin kering dan mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan akhirnya menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar.

4. Eksfoliasi seharian

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka 4

Eksfoliasi mampu menghilangkan sel kulit mati dari pori-pori wajah kita yang mana boleh membuatkan kulit muka kita kelihatan lebih cerah dan halus.

Anda turut disarankan menggunakan eksfoliating toner yang mengandungi salicylic acid (BHA) kerana tidak hanya mengeksfoliasi di permukaan kulit sahaja tetapi boleh menghilangkan sel kulit mati sehingga sampai ke lapisan dalam pori-pori. Hal ini menyebabkan pori-pori kita tidak lagi tersumbat dan akan terhindar dari blackhead dan whitehead.

5. Menggunakan produk tretinoin

5 Cara Mengecilkan Pori-pori Besar Pada Kulit Muka 5

Bagi masalah blackhead dan whitehead yang sukar untuk dihilangkan kita perlulah menggunakan produk yang mengandungi tretinoin.

Tretinoin berfungsi untuk menghilangkan sel kulit mati, mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan juga meningkatan penghasilan kolagen. Tambahan pula, mampu menghilangkan kerutan di wajah serta membuat kulit anda lebih halus.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...