Utama Badan 5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Payudara merupakan bahagian tubuh badan wanita yang paling cantik dan mempunyai daya tarikan yang sangat tinggi. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakan lelaki menyukai wanita dengan payudara yang besar. Ukuran atau saiz payudara yang kecil boleh mengurangkan keyakinan diri bagi seorang wanita.

Selain itu, terdapat banyak perkara yang dapat merencatkan pertumbuhan payudara seperti hormon yang tidak stabil, kekurangan zat makanan (Malnutrisi), lemak rendah dalam badan, penyumbatan tenaga, masalah emosi seperti stres atau kemurungan dan faktor genetik.

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi Tanpa Perlukan Pembedahan

1. Pengambilan Makanan Yang Boleh Menghasilkan Hormon Estrogen

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 1

Dengan pengambilan makanan yang boleh menghasilkan hormon estrogen yang mana dapat meransang perkembangan tisu payudara.

Antara makanan yang boleh menghasilkan hormon estrogen seperti kacang panjang, kacang soya, daging ayam, bijirin gandum, kacang tanah, buah prun, buah aprikot kering, kacang buncis dan kurma. Memakan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teratur dapat membesarkan ukuran payudara anda secara semulajadi.

2. Buat Urutan Pada Payudara

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 2

Pengurutan ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, merangsang peningkatan hormon dan menghindari pembentukan toksin agar payudara anda menjadi lebih sihat, montok dan kencang.

Anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk melakukan urutan pada payudara seperti minyak zaitun danĀ baby oil. Lakukan urutan secara lembut dan perlahan-lahan dengan gerakan memutar selama lebih kurang 15-20 minit. Ulang rawatan yang sama sebanyak 2-3 kali dalam seminggu.

3. Bersukan Seperti Berenang

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 3

Dengan melakukan aktiviti bersukan seperti berenang bukan sahaja baik untuk pembentukan postur badan dan pernafasan tetapi juga mampu bagi membesarkan payudara anda. Anda digalakkan berenang dengan memulakan gaya renang yang ringan terlebih dahulu sebelum anda melakukan yang lebih susah.

Anda boleh mencuba gerakan seperti gaya dada. Gaya renang ini akan melatih otot bahu, lengan dan dada serta menarik payudara sehingga kelihatan lebih besar. Tambahan pula, berenang dengan gaya kupu-kupu juga mampu membesarkan ukuran payudara anda.

4. Beri Nutrisi Pada Payudara

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 4

Payudara terbahagi kepada beberapa bahagian otot yang memerlukan pengambilan nutrisi yang cukup agar mampu membesarkan payudara anda.

Selain itu, otot-otot pada payudara anda juga akan menjadi lebih besar dan kencang apabila keperluan protein dan nutrisi mencukupi. Antara nutrisi yang diperlukan pada payudara iaitu vitamin, kalsium dan mineral. Nutrisi tersebut boleh didapatkan daripada tomato, kubis, brokoli, lobak dan kekacang.

5. Guna Masker Payudara Dengan Bahan-Bahan Semulajadi

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 5

I. Minyak Badam

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 6

Urutan payudara dengan menggunakan minyak badam akan dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah menjadi lancar, maka pembuluh darah pada payudara mampu mengembang sehingga dapat mengencangkan dan membesarkan ukuran payudara anda.

Sediakan minyak badam dan sapukan pada kawasan payudara kecuali bahagian puting. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air bersih atau air suam. Jadi, anda boleh memanfaatkan minyak badam sebagai salah satu cara untuk membesarkan payudara.

II. Lidah Buaya

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 7

Lidah buaya bukan sahaja mampu melembapkan kulit muka tetapi juga mampu mengencangkan payudara anda. Urutan payudara dengan menggunakan gel lidah buaya akan mampu mengencangkan payudara anda kerana gel tersebut akan meresap ke dalam kulit.

Sediakan gel lidah buaya dan sapukan pada kawasan payudara anda kecuali bahagian puting. Kemudian, biarkan gel tersebut sehingga agak melekit dan kering. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air bersih atau air suam. Rawatan yang dilakukan secara kerap mampu mempercepatkan proses regenerasi sel-sel pada payudara anda.

III. Timun Dan Kuning Telur

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 8

Timun dan kuning telur sangat baik untuk merawat kecantikan kulit. Kedua-dua bahan ini mampu memberikan nutrisi yang sangat baik bagi mempercepatkan pertumbuhan otot di bawah kulit.

Selain itu, bahan-bahan ini juga bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga mampu mengencangkan payudara anda sehingga boleh digunakan sebagai cara membesarkan payudara wanita secara semulajadi. Caranya adalah dengan sediakan satu biji telur (ambil kuningnya sahaja) dan kupas timun secukupnya.

Kemudian, campurkan kuning telur dan timun tadi lalu blender kedua-duanya sekali sehingga lembut. Sapukan masker tersebut pada payudara anda kecuali bahagian puting. Urut payudara anda dengan arah dari luar ke dalam dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu, basuh payudara anda dengan menggunakan air bersih atau air suam. Lakukan rawatan ini setiap pagi dan malam.

IV. Kacang Panjang

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 9

Biasanya kacang panjang hanya digunakan sebagai menu diet harian sahaja tetapi anda perlu tahu bahawa ia juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk membesarkan ukuran payudara anda.

Kisar kacang panjang sehingga halus dengan menggunakan blender. Kemudian, sapukan pada kawasan payudara kecuali bahagian puting. Biarkan selama lebih kurang 15 minit sehingga agak kering. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air suam secara perlahan-lahan dan lembut.

V. Minyak Zaitun

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 10

Minyak zaitun merupakan salah satu minyak yang sangat baik dan boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi untuk membesarkan payudara. Selain itu, ia mempunyai banyak bahan gizi yang cukup baik dalam meningkatkan kekenyalan dan struktur kulit pada payudara anda.

Sediakan minyak zaitun dan sapukan pada kawasan payudara anda sedikit demi sedikit kecuali bahagian puting dan urut dengan lembut ke bahagian dalam. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

VI. Minyak Ikan

5 Cara Membesarkan Payudara Secara Semulajadi 11

Walaupun memiliki bau yang agak tajam minyak ikan ini sangat baik untuk membesarkan payudara. Hal ini kerana ia dapat melancarkan peredaran darah pada payudara anda. Sediakan minyak ikan dan sapukan pada kawasan payudara kecuali bahagian puting. Biarkan selama lebih kurang 10 minit sahaja. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air bersih atau air suam.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...