Utama Badan 5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Wanita pada hari ini sangat suka untuk melakukan rawatan kecantikan supaya kelihatan lebih cantik dan salah satunya adalah merawat kuku. Bagi anda yang suka menggunakan pelbagai warna pengilat kuku, jangan lupa untuk melakukan penjagaan kuku setiap minggu untuk menjaga kesihatan kuku. Tidak perlu ke salun kerana anda boleh merawat kuku anda sendiri di rumah. Berikut adalah lima cara membersihkan kuku tangan yang boleh dilakukan di rumah iaitu:

Langkah 1: Rendam Kuku Dengan Larutan Air Garam

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 1

Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum memotong dan mengikir kuku adalah dengan merendamkan kuku terlebih dahulu dalam larutan air garam. Anda hanya perlu sediakan mangkuk kecil yang berisi air suam, kemudian larutkan garam dalam air tersebut dan rendam kuku selama 5-10 minit. Ini dilakukan bagi menghilangkan kotoran pada kuku yang boleh menyebabkan kulat dan memudahkan anda ketika memotong kuku.

Langkah 2: Potong Kuku Dengan Mengikuti Garis Kuku

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 2

Selepas kuku direndam dalam larutan air garam, anda perlu melakukan langkah kedua iaitu memotong kuku dengan mengikuti garis kuku supaya kelihatan lebih kemas. Akan tetapi, jika anda ingin mencuba perkara baru anda boleh memotong kuku bersesuaian dengan bentuk yang diinginkan dan salah satunya adalah yang berbentuk oval.

Langkah 3: Kikir Kuku Yang Telah Dipotong

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 3

Selepas memotong kuku, anda harus mengikir kuku agar permukaan kuku yang telah dipotong tidak kasar dan lebih halus. Mengikir kuku juga tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati dan anda harus mengikirnya dengan perlahan kerana boleh menyebabkan bentuk kuku menjadi pelik dan tidak sesuai dilakulan.

Langkah 4: Bersihkan Kutikel Kuku (Kulit Luar)

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 4

Selepas mengikir kuku anda perlu bersihkan kutikel kuku yang kelihatan terkeluar pada permukaannya. Pada asasnya kutikel adalah pelindung bagi kuku dan anda perlu rajin untuk menjaganya supaya lebih bersih. Apabila membersihkan kutikel kuku anda perlu cuba untuk tidak mencederakan permukaan kulit kerana ia boleh menyebabkan rasa sakit dan juga boleh menjadikan permukaan kulit di sekitar kuku anda kelihatan kurang menarik.

Langkah 5: Sapukan Baby Oil Pada Permukaan Kuku

5 Cara Membersihkan Kuku Tangan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 5

Langkah terakhir adalah dengan memberikan nutrisi kepada kuku anda. Tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak hanya cukup dengan menyapukan baby oil pada permukaan kuku anda dengan cara diurut perlahan. Selain itu, anda perlu melakukan perkara ini sekerap mungkin terutamanya pada kawasan kutikel agar tangan dan kuku anda dapat mengekalkan kelembapannya. Masa yang paling sesuai untuk menyapukannya adalah sebelum anda tidur pada waktu malam.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...