Utama Badan 5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh...

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bukan hanya kuku tangan sahaja yang memerlukan penjagaan rapi tetapi kuku kaki juga memerlukan perhatian yang sama. Kuku kaki cenderung lebih bermasalah kerana penggunaan kasut yang sesak dan terlalu lama. Anda boleh melakukan pedicure jika diperlukan. Namun, terdapat beberapa tips yang mudah untuk merawat kuku kaki sebelum anda pergi ke salun iaitu dengan hanya melakukannya di rumah sahaja.

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik

1. Basuh dan gosok kuku kaki dengan bersih

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 1

Basuh kaki anda apabila selesai melakukan aktiviti di luar dan gosok dengan lembut supaya kotoran dapat dihilangkan dengan sempurna. Hal ini kerana kotoran hitam yang muncul di celah-celah kuku kaki yang menyebabkan kuku menjadi kotor. Jadi, anda harus membersihkan kuku kaki dan rajin untuk memberus ia sekurang-kurangnya tiga hari atau sekali seminggu.

2. Rendam kaki dengan air garam

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 2

Dengan merendam kaki boleh memberikan kesan relaxation yang akan menjadikan kaki berasa sangat selesa. Bukan hanya kaki, kuku kaki juga akan mendapat kebaikan daripada melakukan rendaman tersebut. Hanya tambahkan garam atau minyak zaitun pada air suam dan rendam kaki anda.

Selain itu, anda boleh merendamkan kuku kaki yang gatal dalam mangkuk kecil yang mengandungi cuka atau boleh  menggunakan botol semburan yang diisi dengan cuka untuk disembur ke jari anda yang terkena kulat. Biarkan selama beberapa minit dan jangan digaru. Selepas itu, basuh dengan air bersih dan biarkan kering. Tahap keasidan cuka terbukti mampu mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh kulat.

Bukan sahaja itu malah anda juga boleh merendamkan kuku kaki dengan ubat kumur kerana ia mengandungi bahan-bahan seperti thymol, eucalyptol dan salicylate. Semua bahan ini ternyata efektif untuk membunuh bakteria dan kulat. Bersih dan keringkan kuku anda, lalu rendam dalam air yang telah ditambahkan dengan ubat kumur ataupun anda boleh menggunakan botol semburan sahaja. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh dan keringkan.

Di samping itu, garam memang terbukti memiliki fungsi untuk mencegah pertumbuhan dan perkembangan bakteria. Anda boleh merendam kaki anda dalam rendaman air garam yang suam setiap hari bagi menghindarkan kuku kaki yang terkena infeksi. Rendaman air garam ini juga terbukti dapat membantu mempercepat kekeringan luka pada kuku kaki yang telah rosak yang mana boleh tumbuh semula secara optimum.

3. Rutin memotong kuku kaki

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 3

Kuku kaki sememangnya lebih lama untuk tumbuh jika dibandingkan dengan kuku tangan. Namun begitu bukan bererti anda boleh membiarkannya panjang. Anda perlu rutin dalam memotong kuku kaki walaupun ia tidak terlalu panjang untuk mengelakkan kotoran dan memastikan ia dalam keadaan yang bersih. Selain itu, kuku kaki yang panjang boleh membuatkan anda kurang selesa semasa menggunakan kasut yang tertutup.

Lebih-lebih lagi, anda perlu rutin dalam memendekkan kuku kaki kerana ia lebih mudah terdedah dengan kulat dan bakteria. Apabila kuku kaki anda panjang ia juga agak susah untuk dibersihkan. Meskipun pertumbuhan kuku kaki lebih lambat daripada pertumbuhan kuku tangan tetapi kuku kaki perlu dipotong dan dirapikan.

Sebaiknya pemotongan kuku kaki haruslah dilakukan 2 minggu sekali agar kelihatan cantik dan bersih. Kuku kaki yang pendek dan rapi juga merupakan salah satu cara merawatnya yang akan menambah keselesaan jika menggunakan sandal atau kasut yang terbuka tanpa perlu anda merasa terganggu dengan penampilan kuku kaki yang panjang.

4. Penggunaan kasut yang selesa

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 4

Anda perlu menghindari daripada menggunakan kasut yang tidak selesa kerana tidak baik dan buruk bagi kuku kaki. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih kasut yang bersesuaian dengan anda. Sebaiknya anda perlu mengelak daripada menggunakan beberapa kasuk tertutup terutamanya yang bersaiz kecil atau sesak kerana kuku kaki yang rosak boleh menyebabkan infeksi yang teruk.

Buat sementara waktu, anda boleh menggunakan kasut terbuka seperti sandal untuk memberi lebih banyak ruang yang terbuka pada kaki anda sehingga luka atau sel-sel kuku yang rosak dapat kering dengan cepat.

5. Guna pelembab sekiranya perlu

5 Cara Membersihkan Kuku Kaki Agar Lebih Sihat dan Cantik Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 5

Pelembap sangat penting untuk menjaga kaki dan kuku anda agar lebih sihat dan dapat mengekalkan kelembapannya. Gunakan pelembap secara menyeluruh sehingga ke hujung kuku kaki anda terutamanya selepas mandi pada setiap pagi dan malam supaya kuku selalu dalam keadaan yang lembap dan tidak mudah patah.

Anda turut disarankan untuk menggunakan losyen pelembap pada tapak kaki, terutamanya bagi anda yang sering menggunakan kasut sepanjang hari. Tujuan utama daripada penggunaan pelembap tapak kaki ini adalah supaya celah-celah pada jari kuku kaki anda sentiasa dalam keadaan yang lembut.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...