Utama Badan 4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Pada hari ini, terdapat banyak perfume untuk wanita di pasaran. Walau bagaimanapun, sebelum membeli anda perlu tahu cara untuk memilih perfume yang sesuai dan betul. Perkara yang paling penting dalam memilih perfume adalah kesannya yang anda gunakan. Berikut adalah empat tips memilih perfume yang anda perlu tahu iaitu:

1. Pilih Berdasarkan Jenis Perfume

Terdapat banyak jenis perfume yang dijual di pasaran dengan ketahanan wangian yang berbeza-beza. Berikut adalah cara memilih berdasarkan jenisnya.

i. Pilih berdasarkan ketahanan wangian perfume

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu 1

Perfume boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu perfume (Parfum), eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), eau de cologne (EDC) dan eau fraiche. Jenis-jenis perfume ini mempunyai tempoh wangian yang berbeza.

Perfume (Parfum) mempunyai wangian yang boleh bertahan lama selama 8 jam atau lebih bergantung kepada jenis kulit anda dan biasanya memiliki wangian yang lebih kuat daripada jenis perfume yang lain. Eau de parfum (EDP) memiliki tempoh yang lebih pendek daripada perfume (Parfum) iaitu selama 3-5 jam dan wangiannya tidak lebih kuat daripada perfume (parfum).

Selain itu, eau de toilette (EDT) memiliki tempoh wangian yang kurang lebih sama dengan eau de parfum (EDP) iaitu selama 2-4 jam tetapi mempunyai wangian yang lebih ringan. Tambahan pula, eau de cologne (EDC) memiliki tempoh yang paling pendek iaitu hanya 2 jam dan mempunyai wangian yang paling ringan berbanding jenis yang lainnya.

Anda boleh memilih jenis perfume yang anda sukai berdasarkan tempoh dan intensity wangiannya.

ii. Pilih berdasarkan jenis wangian

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu 2

Wangian yang paling popular dan yang paling disukai merupakan jenis wangian floral. Terdapat jenis wangian floral yang cenderung segar disebabkan gabungan wangian floral dengan buah-buahan atau fruity. Kebiasaannya, wangian fruity floral menggabungkan warna bunga-bungaan dengan wangian buah segar seperti citrus.

Citrus terkenal dengan wangian yang segar dan selalu wangiannya juga digabungkan dengan wangian pokok yang menghasilkan wangian shipley. Selain itu, wangian yang cenderung seksi seperti wangian oriental juga agak popular manakala musk dan amber yang masuk ke dalam kategori wangian oriental juga sangat popular di kalangan perfume lelaki. Lebih-lebih lagi, wangian fuzeau juga banyak digunakan oleh lelaki terutamanya pada perfume mereka.

Bagi wanita, perfume jenis floral adalah yang paling popular dan sesuai untuk semua acara kerana kesan feminin yang dihasilkan.

2. Pilih Berdasarkan Kesan Wangian

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu 3

Perfume mempunyai pelbagai pilihan wangian dan anda boleh memilihnya mengikut citarasa anda. Tahukah anda, wangian perfume boleh mempengaruhi mood anda kerana apabila menggunakan wangian yang anda sukai boleh membuatkan anda merasa lebih fresh dan bersemangat.

Kesan yang dihasilkan daripada wangian perfume yang anda gunakan juga penting untuk diperhatikan kerana setiap wangian menghasilkan kesan yang berbeza.

3. Perubahan Wangian Yang Berlaku Mengikut Masa

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu 4

Perkara yang sering berlaku apabila anda memilih wangian perfume adalah dengan memberi perhatian kepada kesan wangian pertama. Sebenarnya, perkara ini tidak benar kerana wangian perfume boleh berubah dari semasa ke semasa.

Wangian perfume mempunyai top notes iaitu wangian yang dihidu lebih awal. Seterusnya, adalah middle notes yang merupakan wangian yang keluar setelah masa top notes berakhir. Middle notes merupakan wangian yang bertahan paling lama manakala base notes pula merupakan wangian terakhir yang terdapat pada perfume. Sekiranya anda memilih perfume sebaiknya anda perlu perhatikan keseluruhannya mulai daripada top notes sehingga base notes perfume tersebut.

Anda disarankan untuk memilih wangian perfume ketika anda memiliki keadaan yang sangat baik supaya wangian perfume yang anda akan pilih sesuai dengan apa yang anda bayangkan.

4. Sesuaikan Perfume Dengan Masa, Tempat, dan Acara Anda

4 Tips Memilih Perfume Yang Anda Perlu Tahu 5

Anda perlu sesuaikan perfume dengan masa, tempat dan acara anda. Selain itu, anda juga boleh menyesuaikannya dengan pakaian mahupun makeup anda. Anda boleh memilih perfume dengan wangian musk yang dapat meningkatkan kesan seksi jika anda mengenakan pakaian yang seksi. Apabila anda memakai pakaian yang cenderung feminin anda boleh memilih wangian floral atau bunga-bungaan.

Sekiranya pakaian dan perfume yang anda kenakan tidak sama akan menyebabkan perfume yang anda gunakan juga akan menjadi berbeza. Jadi, tidak ada salahnya jika anda menyesuaikannya.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...