BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering

0 209

Anda menginginkan kulit kering yang sihat dan makeup lebih tahan lama, berikut adalah tips pemilihan foundation yang tepat untuk kulit kering.

1. Jenis Foundation

Foundation yang sesuai untuk kulit kering adalah yang mengandungi pelembap atau moisturizer. Selain itu, pilih foundation yang hasilnya dewy atau luminous kerana ia tidak akan membuat kulit anda kelihatan kering.

Cream foundation

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 1

Foundation dengan tekstur krim ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Pilih cream foundation yang berasaskan minyak (oil based) kerana ianya akan sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering.

Liquid foundation yang ringan

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 2

Foundation dengan tekstur cecair ini sangat sesuai untuk kulit kering kerana formulanya yang sangat ringan juga sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

Sekiranya anda membandingkan dengan cream foundation, ia jauh lebih ringan semasa digunakan dan bagi anda yang memiliki kulit sensitif ianya juga sangat sesuai untuk anda.

Cushion compacts foundation

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 3

Baru-baru ini cushion compacts foundation menjadi produk kecantikan yang popular. Pelbagai jenama kecantikan yang bersaing untuk mengeluarkan cushion compacts foundation terbaik mereka. Selain teksturnya yang ringan, ia juga sangat praktikal untuk digunakan. Tetapi sekali lagi, pilih produk yang mengandungi pelembap atau moisturizer.

Powder foundation

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 4

Foundation dengan tekstur bedak ini tidak sesuai bagi anda yang mempunyai kulit kering kerana ia hanya memiliki sedikit kandungan minyak yang diperlukan bagi kulit kering.

2. Memeriksa Kandungan Pelembap

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 5

Untuk anda yang mempunyai jenis kulit kering jangan lupa untuk memeriksa kandungan pelembap atau moisturizer pada foundation yang anda pilih.

Selain itu, moisturizer atau pelembap menjadi komponen yang penting bagi anda yang memiliki kulit kering dan jenis moisturizer yang sesuai untuk kulit kering adalah oil based. Walaupun mengandungi minyak, pelembap ini tidak akan membuat penghasilan minyak pada wajah anda semakin bertambah.

Sekiranya foundation mengandungi pelembap yang mencukupi, anda tidak perlu risau tentang kulit akan menjadi lebih kering dan iritasi serta makeup yang anda gunakan akan stay lebih lama.

3. Pilih Foundation Yang Mesra Untuk Kulit Anda

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 6

Bagi anda yang mempunyai kulit kering biasanya lebih cenderung sensitif dan mudah terkena iritasi. Jadi, pilih foundation yang mesra untuk kulit anda. Perhatikan juga kandungan yang terdapat dalam foundation tersebut, jangan sampai kandungan yang ada memburukkan lagi keadaan kulit anda.

Selain itu, pilih pencuci yang boleh menjaga kelembapan wajah anda. Dan menggunakan pencuci muka yang mengandungi bahan pelembap yang tinggi seperti sabun yang mengandungi aloevera, olive oil, ekstrak alpukat, cocoa butter dan vitamin E yang bermanfaat untuk meningkatkan kelembapan pada kulit muka.

4. Pilih Foundation Yang Mudah Diratakan

4 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Kering 7

Pilih foundation yang mudah diratakan pada kulit muka anda. Jika anda menggunakan foundation yang sukar untuk diratakan, hal ini boleh memburukkan lagi keadaan kulit kering anda. Jadi, ratakan foundation pada kulit anda dengan lembut supaya kulit tetap sihat.

Biasanya, foundation yang lebih cecair mempunyai coverage lebih rendah daripada ianya yang teksturnya kental. Tetapi jika anda ingin wajah lebih coverage, anda boleh menggunakan foundation menjadi 2 layer atau anda juga boleh menambahkan concealer untuk menyempurnakan foundation anda.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.