Utama Muka 4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka

4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 2 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Jerawat merupakan salah satu masalah utama yang sering terjadi di kalangan wanita mahupun lelaki. Bagi menghilangkan jerawat tersebut dengan cepat, anda perlu mengetahui sebab-sebab berlakunya jerawat pada muka. Berikut adalah empat penyebab jerawat mengikut bahagian pada muka anda.

Punca Jerawat Mengikut Kawasan Pada Muka

1. Punca jerawat pada bahagian hidung dan dahi

4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka 1

Biasanya jerawat pada hidung dan dahi ini disebabkan oleh keadaan kulit yang berminyak dan stres. Keadaan stres ini sememangnya tidak mempengaruhi penghasilan minyak tetapi boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Malah, kekurangan tidur juga boleh menyebabkan jerawat muncul pada kawasan tersebut.

Bagi mencegah masalah ini, anda perlu bijak dalam menguruskan stres dengan baik seperti melakukan senaman secara teratur dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, anda perlu rajin dalam menjaga kebersihan kulit dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi salicylic acid kerana ia boleh membantu dalam mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka anda.

2. Punca jerawat pada bahagian pipi

4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka 2

Jerawat pada bahagian ini boleh tumbuh disebabkan oleh beberapa perkara seperti telefon bimbit yang kotor, sentuh muka dengan tangan yang kotor dan sarung bantal yang tidak bersih. Hal ini kerana bakteria boleh melekat di mana-mana sahaja termasuklah pada telefon bimbit, tangan dan sarung bantal.

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda perlu membersihkan sarung bantal secara kerap begitu juga dengan telefon bimbit dan tangan anda. Pastikan ia semua dalam keadaan yang bersih dan tidak kotor.

3. Punca jerawat pada bahagian dagu

4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka 3

Biasanya jerawat pada kawasan ini disebabkan oleh kadar hormon yang tidak stabil. Hal ini berlaku kerana penghasilan androgens yang berlebihan sehingga kelenjar minyak menghasilkan minyak yang banyak dan menyumbat pori-pori pada muka.

Keadaan ini sering dialami oleh wanita sebelum haid. Tambahan pula, diet juga mempengaruhi kadar hormon sehingga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka anda. Jadi, segera ubah pola pemakanan anda dan elakkan makanan berlemak dan gula yang tinggi.

4. Punca jerawat pada sekitar garis rambut

4 Penyebab Jerawat Mengikut Bahagian Pada Muka 4

Penggunaan minyak rambut akan menyebabkan munculnya jerawat pada kawasan sekitar garis rambut. Hal ini kerana minyak rambut boleh menghalang minyak semulajadi yang dilkeluarkan daripada pori-pori dan menyebabkan ia tersumbat seterusnya membolehkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka.

Anda perlu menghentikan penggunaan produk minyak rambut sekiranya perkara tersebut terjadi pada anda. Terdapat juga produk-produk di pasaran yang noncomedogenic (nonclogging). Apabila anda menggunakan hairspray atau dry shampoo, anda perlu melindungi kulit muka dengan tangan atau kain.

Baca Lagi: 8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...