Utama Muka 4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui

4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 2 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Pada asasnya, pori-pori adalah tempat keluar dan masuknya minyak pada permukaan kulit anda. Minyak pada kulit muka atau sebum secara umum diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit dan melindungi kulit anda daripada bakteria.

1. Ukuran Pori-Pori Adalah Genetik

4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui 1

Apa itu pori-pori? Pori-pori adalah tempat tumbuhnya folikel rambut anda. Pada kulit muka pori-pori adalah tempat keluarnya minyak semulajadi yang boleh melembapkan kulit. Selain itu, pada seorang dewasa terdapat 5 000 000 pori-pori di seluruh kawasan tubuh badan manakala 20 000 pori-pori terdapat di kawasan kulit muka.

Dalam kes lain, pori-pori besar itu adalah genetik. Orang yang memilki kulit berminyak lebih cenderung mempunyai pori-pori yang besar kerana ia boleh memberi jalan keluar kepada minyak semulajadi yang mana menghasilkan minyak berlebihan pada kulit muka.

2. Pori-Pori Tidak Boleh Membesar dan Mengecil

4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui 2

Pori-pori tidak mempunyai otot dan disebabkan itulah ia tidak boleh membesar dan mengecil. Terdapat masa yang mana pori-pori membesar namun ukurannya tetap sama.

Dalam keadaaan lain, sememangnya pori-pori akan kelihatan besar kerana terdapatnya pengumpulan sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan faktor penuaan pada permukaan kulit muka. Inilah sebabnya pori-pori di bahagian hidung, pipi dan kening kelihatan lebih besar dibandingkan dengan kawasan lain.

Di kawasan ini penghasilan kelenjar sebum cenderung lebih banyak ketika debu, kotoran dan minyak yang melekat pada kulit muka. Hal ini tentu sekali memberikan potensi kepada penyumbatan pada pori-pori yang boleh menyebabkan pori-pori menjadi lebih besar.

3. Jerawat Boleh Menyebabkan Pori-Pori Semakin Membesar

4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui 3

Anda mempunyai tabiat memicit jerawat? Tahukah anda tabiat ini mempunyai kesan yang kurang baik kerana jerawat boleh menjadi lebih teruk, bekas jerawat menjadi hitam dan pori-pori semakin membesar. Jika jerawat dikeluarkan sebelum waktunya atau dipicit sehingga meradang, hal ini akan mempengaruhi ukuran pori-pori. Oleh itu, hentikan tabiat memicit jerawat dan atasi ia dengan rawatan yang tepat supaya jerawat tidak semakin teruk.

4. Bahan Semulajadi yang Boleh Membersihkan Pori-Pori Dengan Berkesan

4 Fakta Menarik Tentang Pori-Pori Besar Yang Perlu Anda Ketahui 4

Dengan anda menjaga kebersihan pori-pori dapat menghilangkan masalah kulit seperti bintik hitam dan jerawat. Penting juga anda untuk memerhatikan kebersihan kulit muka mulai sekarang supaya tidak ada pengumpulan kotoran dan sebum yang tersumbat di dalam pori-pori lagi.

Selain itu, pastikan anda memilih produk pencuci muka dengan kandungan yang berkesan dan dapat membersihkan pori-pori seperti clay atau charcoal. Kedua daripada bahan ini mempunyai bahan aktif yang mampu menarik minyak dan kotoran dari dalam pori-pori.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...