Utama Make Up 4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bedak boleh dikatakan sebagai salah satu produk makeup yang wajib untuk dimiliki setiap wanita. Dengan menggunakan bedak, seorang wanita dapat meningkatkan keyakinan diri kerana ia bukan sahaja mampu membuatkan kulit muka menjadi lebih cerah tetapi juga dapat menutup cela-cela yang ada pada kulit muka.

Namun, bedak juga boleh menjadi penyebab kepada keyakinan diri seseorang menurun. Antara sebabnya adalah pemilihan warna bedak yang salah dan tidak sesuai dengan warna kulit muka sehingga kelihatan seperti menggunakan topeng. Berikut adalah cara memilih warna bedak yang sesuai dengan warna kulit anda iaitu:

1. Cuba Warna Bedak Pada Pergelangan Tangan

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 1

Cara memilih warna bedak yang betul adalah dengan mencuba pada pergelangan tangan anda. Dengan melihat bedak daripada kemasan kurang membantu dalam menentukan warna yang paling sesuai untuk kulit muka anda.

Anda perlu cuba untuk sapukan sedikit bedak pada jari lalu sapukan pada pergelangan tangan anda atau boleh juga dengan cara menepuk bedak menggunakan sponge pada pergelangan tangan. Hal ini kerana kawasan warna kulit tersebut hampir sama dengan warna kulit muka.

2. Cuba Warna Bedak Pada Pipi, Rahang Atau Leher

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 2

Cara memilih warna bedak yang lebih efektif daripada mengoleskan pada pergelangan tangan adalah dengan cara mencubanya pada muka. Tetapi, anda tidak perlu mengoleskan bedak pada keseluruhan muka anda dan hanya cuba pada kawasan pipi, rahang atau leher sahaja. Kulit muka akan kelihatan berbelang antara muka, tangan dan leher sekiranya anda salah dalam memilih warna bedak pada muka.

3. Pilih Warna Bedak Dengan Betul

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 3

Anda perlu memilih warna bedak mengikut warna kulit anda. Hal ini kerana fungsi bedak bukan untuk membuatkan kulit muka menjadi lebih putih tetapi untuk menjaga makeup anda supaya tahan lama sepanjang hari. Selain itu, anda juga perlu memilih warna bedak yang ketika digunakan masih kelihatan natural pada kulit muka.

Jangan memilih warna bedak yang lebih terang daripada warna kulit kerana dapat membuatkan muka anda kelihatan seperti badut, berbelang atau seperti menggunakan topeng dan jangan pula memilih warna bedak yang lebih gelap kerana muka anda akan kelihatan lebih kusam. Jadi, cara yang terbaik untuk menghindari masalah ini adalah dengan memastikan warna bedak disesuaikan dengan warna kulit muka anda.

i. Kulit Putih

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 4

Bagi anda yang memiliki kulit berwarna putih, anda disarankan untuk menggunakan warna yang hampir dengan warna kulit seperti warna natural white atau white cream. Selain itu, anda juga perlu menghindari warna bedak yang lebih terang kerana akan membuatkan kulit muka anda kelihatan semakin pucat.

ii. Kulit Kemerahan

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 5

Anda perlu memilih warna bedak seperti natural whitegolden beige atau ivory sekiranya anda mempunyai kulit kemerahan. Pastikan anda memilih warna yang sama dengan warna kulit muka.

iii. Kulit Kuning Langsat

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 6

Kebanyakan wanita Asia memiliki warna kulit kuning langsat, pilihlah warna bedak yang lebih kekuningan iaitu warna natural beige, yellow beige, oriental yellow atau ivory untuk anda yang mempunyai kulit seperti ini.

iv. Kulit Sawo Matang

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 7

Bagi wanita yang memiliki warna kulit sawo matang, anda disarankan untuk memilih warna bedak seperti warna natural beige atau tropical beige. Jangan menggunakan bedak dengan warna yang lebih terang kerana akan membuatkan kulit muka anda kelihatan belang atau seperti menggunakan topeng.

v. Kulit Gelap

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 8

Walaupun anda memiliki kulit gelap tidak bererti anda perlu mengelakkan penggunaan bedak. Hal ini kerana bedak merupakan salah satu produk makeup yang sangat penting dan dapat membuatkan kulit muka anda kelihatan lebih bermaya dan segar. Pilihlah warna bedak yang lebih kecoklatan seperti warna tropical beige.

4. Blend Bedak Dengan Betul

4 Cara Memilih Warna Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda 9

Sekiranya anda tidak blend bedak pada muka dengan betul akan dapat menghasilkan solekan yang tidak mulus pada kulit muka. Anda semestinya tidak suka melihat kulit muka kelihatan cakey dan berbelang. Jadi, anda perlu blend bedak dengan betul terutamanya selepas menggunakan foundation supaya kelihatan lebih natural pada kulit muka.

Selain itu, anda juga perlu perhatikan sudut-sudut pada muka seperti ekor mata, hidung, bibir dan kawasan yang berdekatan dengan kening kerana kawasan tersebut memerlukan perhatian yang lebih dalam blending.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...