Utama Make Up 4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kulit kombinasi memiliki keadaan kulit yang tidak rata pada beberapa bahagian kulit muka. Contohnya, kawasan T-Zone seperti dahi dan hidung cenderung berminyak tetapi bahagian pipi dan sekitarnya cenderung lebih kering. Sekiranya anda mengaplikasikan bedak yang tidak sesuai untuk kulit kombinasi akan menyebabkan bahagian T-Zone biasanya lebih cepat pudar daripada bahagian pipi atau ia kelihatan lebih kering daripada biasanya. Hasilnya, solekan anda akan kelihatan bertompok. Berikut adalah cara memilih foundation terbaik untuk kulit kombinasi iaitu:

1. Pilih Jenis Foundation Yang Berasaskan Liquid Atau Bedak

4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 1

Anda disarankan untuk menggunakan dua jenis foundation iaitu yang berasaskan liquid dan bedak. Bagi kawasan U-Zone yang mudah kering, anda boleh melembapkannya terlebih dahulu dengan pelembap. Seterusnya, bahagian T-Zone dan sekitarnya boleh ditutupi dengan jenis foundation yang berasaskan bedak tabur.

Pada masa kini terdapat banyak jenis foundation yang berasaskan cair atau liquid yang telah dijual. Liquid foundation akan menjadikan solekan anda lebih mudah melekat dan juga lebih cepat meresap pada kulit berbanding yang berasaskan compact atau loose powder. Ia juga sangat sesuai digunakan pada bahagian muka yang kering tetapi hanya disapukan secara nipis pada bahagian muka yang berminyak. Apabila anda mengalami kesukaran untuk menggunakan liquid foundation, anda boleh memilih yang berasaskan krim yang mana mempunyai tekstur ringan dan memiliki consistency kandungan air yang tinggi.

Terdapat dua jenis bedak foundation yang pertamanya adalah padat atau dikenali dengan compact powder. Keduanya, bedak tabur atau loose powder yang bertekstur ringan seperti bedak bayi. Selain itu, jenis bedak padat ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan coverage yang ekstra. Anda juga turut disarankan untuk memilih jenis bedak tabur yang ringan bagi anda yang menginginkan keselesaan dan finishing yang lebih natural.

2. Pilih Yang Mengandungi Pelembap Dan Oil-Controlling

4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2

Bagi kulit remaja, sebum dihasilkan secara semulajadi supaya kulit tetap lembap. Namun, bagi kulit wanita dewasa penghasilan kelenjar minyak tersebut cenderung lebih menurun. Selain itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering dan kelembapan semulajadi tidak dapat dihasilkan secara natural meskipun anda bukan pemilik kulit kering sekalipun. Penggunaan skincare dan pencuci berasaskan bahan kimia yang kuat juga boleh menghilangkan sebum yang diperlukan sehingga kulit menjadi semakin kering.

Begitu juga dengan kulit kombinasi, anda disarankan untuk menggunakan foundation dengan bahan pelembap yang boleh mencegah kulit kering daripada berlaku dan boleh mengawal lebihan minyak pada muka. Kulit kering juga boleh menyebabkan kedutan awal dan perubahan pada warna kulit anda.

3. Pilih Mineral Foundation Bagi Kulit Kombinasi Yang Sensitif Dan Bermasalah

4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 3

Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi akan lebih cenderung mengalami kesukaran dalam mengatasi keadaan kulit yang tidak rata pada setiap bahagiannya. Misalnya dahi anda yang berminyak dan berjerawat tetapi bahagian pipi sebaliknya sangat kering dan gatal. Sekiranya anda menggunakan terlalu banyak kosmetik akan menyebabkan berlakunya iritasi pada muka dan boleh memburukkan lagi masalah kulit. Untuk lebih selamat, anda disyorkan bagi memilih mineral foundation sebagai pilihan bagi kulit kombinasi yang sensitif.

Mineral foundation diperbuat daripada bahan mineral sehingga tidak hanya lembut pada kulit tetapi boleh menjadikan muka anda lebih mudah untuk dibersihkan. Anda juga tidak perlu lagi menggosok kulit dengan makeup remover yang keras ataupun dengan menggunakan larutan pencuci berasaskan bahan kimia yang kuat. Mineral foundation biasanya tidak memiliki coverage yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenama yang terkenal telah menghasilkan mineral foundation dengan coverage yang baik. Oleh itu, anda boleh jadikan mineral foundation sebagai pilihan yang tepat jika anda ingin mengurangkan masalah pada kulit kombinasi.

4. Perlindungan Terhadap Sinaran UV Adalah Sangat Penting

4 Cara Memilih Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 4

Bahagian muka seperti dahi yang mudah berjerawat dan tulang hidung yang menonjol adalah bahagian yang mudah terdedah terhadap sinaran ultraviolet. Bahaya daripada sinaran ultraviolet boleh menyebabkan kulit terbakar dan bernoda kerana terdedah dengan cahaya matahari. Namun, sinaran ultraviolet boleh merosakkan lapisan perlindungan kulit dan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kulit kering. Kulit kering juga boleh menjadi penyebab pada kedutan atau perubahan pada warna kulit. Jadi, anda perlu untuk melindungi kulit daripada terdedah dengan sinaran ultraviolet.

Selain itu, anda harus memilih foundation dengan kandungan UV yang tinggi apabila anda mudah terdedah dengan sinaran ultraviolet. Jika anda pergi ke luar rumah dalam waktu yang tidak terlalu lama anda perlu menggunakan foundation dengan formula SPF 10 hingga SPF 20. Tambahan pula, ketika anda pergi ke suatu tempat yang mempunyai pendedahan sinaran matahari yang sangat kuat adalah sebaiknya anda memilih produk dengan nilai PA yang tinggi pula.

Foundation dengan feature UV cut adalah sangat efektif daripada foundation biasa terutamanya pada waktu siang hari dengan panas yang terik. Jangan lupa untuk menggunakan payung, topi atau aksesori lainnya untuk memberikan perlindungan kepada kulit muka dan badan anda.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...