Utama Muka 4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Dengan melakukan double cleansing dengan betul boleh membantu menambah baik keadaan kulit anda kerana makeup dan kotoran dapat dibersihkan secara keseluruhan.

Selain itu, hasil daripada double cleansing juga bergantung kepada produk pencuci muka yang digunakan dan perlu disesuaikan dengan jenis kulit anda.

Kenapa Perlu Double Cleansing?

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 1

Muka anda perlu dibersihkan dengan sempurna supaya pori-pori tidak tersumbat bagi membolehkan produk penjagaan kulit yang digunakan seterusnya dapat menyerap dengan lebih baik.

Penggunaan sunscreen pada kulit muka secara rutin adalah salah satu sebab kenapa perlunya melakukan double cleansing bagi memastikan sisa dari sunscreen dapat dibersihkan dengan baik. Anda sudah tentunya tidak selesa tidur dengan bahan kimia yang melekat pada muka.

1st Cleanser

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 2

Fungsi first cleanser adalah untuk menanggalkan sisa-sisa makeup seperti foundation, bb krim, bedak atau eye makeup, kotoran, debu dan minyak yang terdapat pada permukaan kulit muka anda. Selain itu, bagi produk pencuci muka ini mestilah yang berasaskan minyak, cleansing balm dan losyen yang boleh berubah kepada minyak.

2nd Cleanser

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 3

Fungsi second cleanser pula untuk memastikan tidak terdapat kotoran yang tertinggal dan membersihkan sisa-sisa daripada pencuci pertama yang anda gunakan. Bagi produk pencuci muka ini adalah dalam bentuk yang lebih ringan seperti losyen, gel dan krim.

Cara-cara Melakukan Double Cleansing

1) Gunakan tuala muka yang dicelup dengan air suam

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 4

Bagi membersihkan sisa-sisa produk pencuci anda dengan sempurna gunakan tuala muka yang telah dibasuh dengan air suam. Pastikan tuala muka dibersihkan setiap hari agar bakteria tidak melekat pada permukaan tuala muka.

2) Hindari foaming cleanser

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 5

Hindari produk pencuci muka yang berasaskan foaming cleanser yang mana mengandungi SLS (Sodium Lauryl Sulfate) kerana bahan ini membuatkan kulit anda terlalu kering dan boleh menyebabkan iritasi walaupun pada mula penggunaanya anda merasa lebih bersih serta segar tetapi dalam masa yang sama merasa kulit muka terlalu kering.

3) Perhatikan keadaan kulit muka

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 6

Pada umumnya, keadaan kulit muka boleh dipengaruhi oleh cuaca, hormon, umur dan kesihatan. Anda perlu memerhatikan keadaan kulit muka. Gantikan produk pencuci muka jika merasakan ia tidak lagi efektif untuk digunakan.

4) Kaedah double cleansing hanya pada waktu malam sahaja

4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea 7

Rutin double cleansing hanya dilakukan pada waktu malam sahaja bagi menanggalkan sisa-sisa makeup, minyak dan kotoran yang terdapat pada permukaan kulit muka disebabkan penggunaan makeup seharian dan melakukan aktiviti di luar.

Pada waktu pagi memadai hanya membersihkan muka sekali sahaja dengan menggunakan pencuci muka yang berasaskan losyen, krim dan gel.

Oleh itu, dengan melakukan pembersihan kulit muka dengan sempurna anda akan dapat melihat kulit muka yang bersih dan lebih sihat.

Baca Lagi: Apa Itu Double Cleansing

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.
Artikel seterusnyaApa Itu Double Cleansing

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...