BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

3 Cara Agar Foundation Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak

0 297

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, anda perlu untuk menggunakan foundation yang tahan lama atau tidak mudah luntur pada kulit muka. Akan tetapi bagaimana untuk menjadikan foundation lebih tahan lama, tidak cepat hilang dan tidak mudah luntur agar makeup anda tidak kelihatan teruk.

Bagi mengatasinya, ini adalah beberapa cara agar foundation tahan lama dan tidak mudah luntur untuk kulit berminyak:

1. Rutin Penjagaan Kulit

Rutin penjagaan bagi kulit berminyak adalah untuk menghilangkan minyak berlebihan dan menjaga kulit supaya tetap kelihatan lembap. Walaupun anda mempunyai kulit berminyak bukan bererti anda tidak memerlukan sekali pelembap kulit muka. Sekiranya kulit muka anda lembap maka secara automatik kulit muka akan mengurangkan penghasilan minyak atau sebum dengan sendirinya.

Penggunaan vitamin juga akan membantu kulit muka anda supaya tetap kelihatan lembap. Vitamin C sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Selain boleh melembapkan, vitamin C juga mempunyai banyak manfaat bagi kulit muka dan salah satunya dapat mencerahkan muka anda.

Selain itu, penggunaan serum juga sangat penting untuk kulit muka. Jadi, gunakanlah serum yang mengandungi ceramide, hyaluronic acid dan berfungsi untuk mengekalkan kelembapan wajah anda.

2. Pemilihan Makeup Base

Hal yang sangat penting semasa mengaplikasikan foundation adalah menggunakan makeup base atau primer sebelumnya. Terdapat banyak produk foundation yang mengandungi makeup base atau primer pada masa kini.

Akan tetapi, sekiranya anda memilih primer yang sesuai untuk kulit berminyak ia akan lebih menguntungkan anda kerana foundation akan dapat bertahan lama. Pilihlah primer yang tidak memiliki kandungan minyak di dalamnya.

Selain kulit berminyak yang cenderung untuk berjerawat, anda dapat memilih foundation yang bersifat non-comedogenic kerana dapat mencegah atau mengurangkan risiko timbulnya jerawat pada wajah anda.

3. Gunakan Bedak (Loose Powder)

Penggunaan bedak boleh membantu menyerap sebum atau minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Bedak yang mempunyai bentuk serbuk seperti loose powder boleh menjadi pilihan yang terbaik bagi anda yang memiliki kulit berminyak dan menggunakan bedak di akhir makeup akan membuatkan ia lebih tahan lama.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.