Utama Badan 23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 9 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Ketiak hitam dan kasar adalah salah satu perkara yang sangat menakutkan terutamanya untuk anda yang sangat menjaga penampilan diri. Bagi anda yang memiliki masalah tersebut tentu sahaja akan mencari pelbagai cara untuk mengatasinya dan tidak terkecuali dengan datang ke klinik kecantikan.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi sebelum anda membuat keputusan untuk mengatasi masalah ketiak hitam dengan melakukan rawatan ke klinik kecantikan. Berikut adalah beberapa bahan-bahan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk mengembalikan ketiak anda menjadi putih dan bersih.

1. Lemon

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 1

Lemon sentiasa mempunyai peranan yang aktif dalam penjagaan kecantikan wanita. Ia mengandungi limonin yang merupakan pelembap (astrigen) yang membantu dalam mencegah kulit menjadi kusam dan mudah terkena dengan jangkitan kulat.

Cara untuk menggunakannya adalah cukup mudah iaitu dengan hanya memotong buah lemon. Kemudian, potongan tersebut perlulah digosokkan pada bahagian ketiak yang berwarna hitam. Lakukan tips ini dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

2. Baking Soda

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 2

Baking soda bukan sahaja digunakan untuk membuat kuih sahaja tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai skrub untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada ketiak anda.

Caranya adalah dengan sediakan 1 sudu makan baking soda dan air secukupnya. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi dan sapukan pada kulit ketiak anda sambil digosok secara perlahan-lahan. Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit sampai mengering. Basuh dengan air bersih. Anda boleh melakukannya pada setiap 2 kali seminggu. Sebaiknya anda tidak disarankan lagi menggunakan baking soda sekiranya ketiak sudah kelihatan lebih putih kerana dengan selalu menggunakannya akan menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit ketiak anda.

3. Yoghurt dan Susu

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 3

Yoghurt dan susu mengandungi banyak asid laktik yang dapat dijadikan sebagai pemutih semulajadi kulit dan ketiak anda. Dengan menggunakan dua bahan ini, ketiak anda akan kelihatan lebih halus dan putih.

Caranya adalah dengan mencampurkan 2-3 sudu yoghurt dan 3-4 sudu susu. Kemudian kacau dengan rata, sapukan pada ketiak anda dan biarkan selama lebih kurang 40-60 minit. Seterusnya, basuh dengan air suam.

4. Timun dan Kunyit

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 4

Timun dan kunyit merupakan buah yang sangat berkesan untuk memberikan kesegaran serta memutihkan ketiak anda. Hal ini kerana dengan menggunakan timun dan kunyit, noda hitam pada ketiak anda dapat dihilangkan dengan cara menghaluskan timun dan mencampurkannya dengan serbuk kunyit. Kemudian, sapukan pada ketiak anda. Lakukan secara rutin selama 2-3 kali dalam seminggu agar anda mendapatkan hasil yang diinginkan.

5. Kulit Limau

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 5

Kulit limau ini boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jerawat pada muka dan juga ia boleh digunakan untuk memutihkan ketiak secara cepat.

Caranya adalah dengan sediakan kulit limau terlebih dahulu dan keringkan ia dibawah sinaran matahari dalam beberapa hari. Seterusnya, parut kulit limau yang telah dikeringkan dan campurkan dengan sedikit susu serta air mawar. Gunakan campuran tadi sebagai skrub selama 10-15 minit. Basuh dengan air sejuk sehingga bersih.

6. Kentang

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 6

Anda boleh memarut kasar kentang dan sapukannya pada ketiak. Setelah disapukan biarkan selama lebih kurang 10-15 minit, kemudian gosokkan parutan tersebut pada ketiak anda.

7. Madu dan Timun

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 7

Anda perlu sediakan setengah timun yang telah dikupas dan 3 sudu makan madu. Kemudian, tumbuk timun terlebih dahulu dan pastikan anda tidak menumbuknya sehingga halus. Setelah itu, campurkan dengan madu dan gosokkan campuran tersebut pada ketiak anda. Setelah digosokkan selama lebih kurang 3-4 minit lalu biarkan selama 10 minit. Langkah terakhir cukup dengan membasuh ketiak dengan air suam.

8. Minyak Kelapa dan Kulit Limau

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 8

Minyak kelapa kaya dengan Vitamin E yang sangat bermanfaat untuk kecantikan. Apabila Vitamin E digabungkan dengan vitamin C maka kesannya akan lebih baik kerana dapat digunakan untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit ketiak. Selain itu, minyak kelapa juga bermanfaat untuk melembapkan kulit.

Caranya adalah dengan sediakan blender kulit limau yang sebelumnya telah diberikan sedikit titisan minyak kelapa dan jangan blender sehingga halus. Kemudian gosokkan pada kulit ketiak anda.

9. Cuka Apple

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 9

Cuka apple yang mengandungi asid ringan yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencerahkan kawasan ketiak yang gelap. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai disinfectant yang akan membunuh kuman di sekitar ketiak anda.

Caranya adalah dengan sediakan 2 sudu teh cuka apple dan baking soda. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tadi dan kacau sehingga rata, biarkan campuran menggelembung. Setelah gelembung berkurang, sapukan campuran ini pada kawasan ketiak dan biarkan sehingga kering. Basuh dengan air sejuk. Ulang rawatan ketiak ini setiap 3 kali seminggu. Jika kulit anda sensitif, gunakan setiap 1 sudu teh cuka apple, air dan bakimg soda.

10. Minyak Zaitun

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 10

Minyak zaitun atau olive oil mengandungi antioksidan yang mana dapat menangani masalah radikal bebas, mencerahkan dan menghaluskan kulit ketiak. Gunakan minyak zaitun pada waktu malam sebelum tidur supaya dapat memberikan khasiat dan manfaatnya dengan baik.

Caranya adalah dengan sapukan minyak zaitun yang telah dipanaskan pada bahagian ketiak dan urut selama lebih kurang 10-15 minit. Lakukan rawatan ini sebelum tidur dan anda boleh membasuhnya pada waktu pagi semasa mandi.

11. Lidah Buaya

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 11

Gel lidah buaya mengandungi anthraquinone yang efektif dalam menghilangkan sel-sel kulit mati dan mampu mencerahkan kulit terutama pada bahagian ketiak. Bahan lignin gel aloevera ini juga dapat membantu melembapkan kulit dan mencegah daripada berlakunya iritasi yang dapat menyebabkan kulit ketiak menjadi hitam.

Caranya adalah dengan sapukan gel lidah buaya pada ketiak anda dan biarkan selama lebih kurang 20 minit. Basuh dengan air suam dan keringkan. Ulang rawatan ini pada setiap hari agar hasilnya lebih ketara.

12. Papaya

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 12

Buah papaya mengandungi enzim papain yang boleh mencerahkan kulit dan dapat mengatasi masalah ketiak hitam yang disebabkan oleh hiperpigmentasi atau sebab lain. Selain itu, ia juga mengandungi alpha hydroxy acid yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati yang mana boleh menyebabkan kulit ketiak kelihatan kusam dan hitam.

Caranya adalah dengan potong dan haluskan buah papaya sehingga teksturnya menyerupai bubur. Kemudian, sapukan papaya tadi pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 15-30 minit. Basuh dengan air bersih dan keringkan. Lakukan rawatan ini setiap 3-4 kali seminggu supaya kulit ketiak anda semakin cerah.

13. Tomato

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 13

Tomato mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan yang dapat menangani masalah radikal bebas pada kulit. Selain itu, ia juga mengandungi whitening agent yang boleh mencerahkan kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati pada ketiak anda.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan menghaluskan tomato dan sapukan jusnya pada ketiak anda. Kemudian, biarkan mengering selama lebih kurang 20 minit. Basuh dengan air suam. Lakukan rawatan ini setiap 3-4 kali seminggu.

14. Minyak Kastor

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 14

Minyak kastor atau olive oil dapat membantu dalam membersihkan kotoran yang terdapat pada kulit dan pori-pori ketiak anda. Tambahan pula, ia juga dapat menghilangkan sel-sel kulit mati sehingga menjadikan kulit ketiak anda kelihatan lebih cerah semulajadi.

Caranya adalah dengan sediakan 1-2 sudu teh minyak kastor. Seterusnya, gosokkan minyak kastor pada ketiak anda dengan lembut selama lebih kurang 5 minit. Basuh seperti biasa dan anda boleh menggunakan minyak kastor setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

15. Minyak Almond

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 15

Minyak almond mengandungi phytochemicals yang dapat memutihkan dan mencerahkan kulit gelap hanya dalam beberapa kali penggunaan. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin E di dalamnya yang boleh membantu dalam meremajakan kulit anda.

Caranya adalah dengan sediakan beberapa titis minyak almond. Kemudian, sapukan pada ketiak anda sambil memberikan urutan ringan selama lebih kurang 5-10 minit. Lakukan rawatan ketiak ini setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

16. Minyak Bunga Matahari

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 16

Minyak bunga matahari ini mengandungi vitamin E yang dapat membantu menjaga kulit anda kelihatan lebih sihat, lembap dan cerah. Ia juga boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit anda.

Caranya adalah dengan sediakan beberapa titisan minyak bunga matahari. Kemudian, sapukan dan urut pada ketiak anda menggunakan minyak bunga matahari tadi selama lebih kurang 1-2 minit. Seterusnya, biarkan selama lebih kurang 15-20 minit sebelum dibasuh dengan air suam. Lakukan 2 kali sehari sehingga anda mendapatkan hasil yang terbaik.

17. Minyak Pokok Teh

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 17

Minyak pokok teh atau tea tree oil merupakan bahan yang boleh anda manfaatkan untuk memutihkan ketiak. Selain itu, ia mengandungi antioksidan di dalamnya yang mampu menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat dan juga memiliki sifat antimicrobial yang akan membunuh microorganism serta menghilangkan bau pada kawasan ketiak anda.

Caranya adalah dengan sediakan 4-5 titisan minyak pokok teh, secawan air dan botol semburan. Larutkan tea tree oil tadi menggunakan air di dalam botol semburan dan kacau sehingga merata. Seterusnya, semburkan larutan tadi pada ketiak anda dan biarkan sehingga mengering dengan sendirinya. Gunakan setiap hari untuk hasil yang diinginkan. Peringatan bagi anda juga adalah minyak pokok teh boleh menyebabkan reaksi alahan kepada sesetengah orang. Oleh itu, lakukan ujian alahan terlebih dahulu sebelum anda melakukan rawatan tersebut secara berterusan.

18. Batu Apung

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 18

Batu apung atau pumice stone telah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya sebagai exfoliant. Selain itu, ia juga dapat membantu menghilangkan lapisan kulit gelap pada ketiak anda.

Caranya adalah dengan sediakan batu apung yang bersih. Kemudian, basahkan batu apung tadi dan gosokkan pada kulit ketiak anda secara perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan rawatan ini sebelum mandi dan anda boleh menerapkan cara ini setiap 2-3 kali seminggu.

19. Multani Mitti/Fullers Earth

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 19

Multani mitti ini merupakan tanah liat semulajadi yang dapat menyerap kotoran daripada kulit dan mengatasi pori-pori yang tersumbat. Ia juga berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati sehingga kulit ketiak anda akan kelihatan lebih cerah.

Caranya adalah dengan sediakan 2 sudu makan multani mitti/fullers eart, 1 sudu air lemon dan air secukupnya. Seterusnya, campurkan multani mitti tadi, air lemon dan air secukupnya. Sapukan campuran tadi pada kulit ketiak anda dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, basuh menggunakan air bersih. Anda boleh melakukan rawatan ini setiap 2 kali seminggu. Selain itu, bagi pemilik kulit sensitif ia tidak sesuai untuk anda.

20. Air Mawar

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 20

Air mawar ini mempunyai beberapa manfaat untuk kulit seperti mencerahkan, menyejukkan, melembapkan, menyeimbangkan pH dan melancarkan peredaran darah. Bagi rawatan ketiak ini anda akan memerlukan baking soda yang bertindak sebagai exfoliant.

Caranya adalah dengan sediakan air mawar secukupnya dan 1 sudu makan baking soda. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi dan sapukan pada kulit ketiak anda secara merata. Biarkan selama lebih kurang 5-7 minit. Selepas itu, basuh dengan air sejuk.

21. Tawas

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 21

Selain dapat menyeimbangkan pH kulit ketiak anda, tawas juga akan membunuh semua microorganism yang boleh menyebabkan kegatalan, peluh dan ketiak hitam.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan sediakan 1-2 sudu teh serbuk tawas dan air secukupnya. Seterusnya, sapukan campuran tadi pada kulit ketiak anda dan biarkan selama lebih kurang 10-15 minit sebelum mandi. Lakukan rawatan ini setiap 1-2 kali seminggu secara rutin.

22. Bengkoang

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 22

Bengkoang sememangnya digunakan sebagai bahan pemutih muka semula jadi. Selain memutihkan kulit muka, ia juga boleh dimanfaatkan untuk memutihkan ketiak yang hitam dan gelap.

Caranya adalah dengan sediakan 1 buah bengkoang. Kemudian, kupas bengkoang dan parut sehingga halus. Gosokkan hasil parutan pada kulit ketiak anda selama beberapa saat. Selepas itu, biarkan selama lebih kurang 15 minit. Basuh dengan air bersih dan anda boleh melakukan rawatan ini setiap hari setelah mandi untuk hasil yang terbaik.

23. Gula

23 Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam Secara Semulajadi 23

Gula menjadi salah satu bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai skrub. Butiran gula yang kasar akan membantu menghilangkan sel-sel kulit mati pada kulit ketiak anda. Dengan menambahkan minyak zaitun yang kaya dengan vitamin E pada gula akan membantu anda dalam menjaga kesihatan kulit dan merangsang pembentukan sel-sel kulit baru.

Caranya adalah dengan sediakan 1 sudu makan gula pasir atau gula merah dan 1 sudu makan minyak zaitun. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapukan pada kulit ketiak anda. Seterusnya, biarkan selama lebih kurang 1-2 minit. Selepas itu, basuh sehingga bersih. Lakukan cara ini secara rutin setiap 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Baca Lagi: 10 Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal dan Semulajadi

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...