Utama Make Up 20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 6 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Salah satu produk makeup yang harus dimiliki oleh setiap wanita adalah bedak kerana ia tidak hanya berfungsi sebagai solekan sahaja tetapi juga mampu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Minyak yang berlebihan pada muka akan menyebabkan kulit muka anda kelihatan lebih kusam dan berkilap.

Penyelesaian bagi masalah ini adalah anda perlu mengggunakan salah satu jenama bedak yang dikhususkan untuk kulit berminyak dan tahan lama pada kulit muka. Berikut adalah beberapa jenama produk bedak berkualiti yang sesuai untuk kulit berminyak:

1. Maybelline Clear Smooth All-In-One Two Way Cake

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 1

Maybelline Clear Smooth All-In-One Two Way Cake ini mengandungi formula mineral perlite yang dapat menyerap minyak 5 kali lebih banyak daripada bedak biasa dan mampu menutup bintik hitam pada kulit muka anda.

Selain itu, ia juga sangat lembut dan ringan ketika digunakan serta mengandungi SPF yang mampu melindungi kulit daripada sinaran UV. Produk ini juga menyediakan 5 shades yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

2. Bare Minerals Matte Foundation Broad Spectrum SPF 15

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 2

Produk ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan sangat sesuai digunakan pada kulit muka yang berminyak dan berjerawat. Selain itu, ia juga mengandungi bahan anti-kilap dan SPF 15 yang memberikan hasil matte serta mampu melindungi kulit muka daripada sinaran UV yang berbahaya.

3. Innisfree No Sebum Mineral Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 3

Bedak tabur ini merupakan jenama kosmetik dari Korea Selatan. Dengan formula double sebum-control, jeju minerals dan mint ini, ia boleh mengawal sebum atau minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Selain itu, produk ini sangat sesuai digunakan pada kulit yang berminyak dan mudah berjerawat.

4. Revlon Color Stay Pressed Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 4

Revlon Color Stay Pressed Powder ini memiliki tekstur yang sangat halus dan mudah untuk diratakan di seluruh muka anda. Tambahan pula, ia boleh mengurangkan kilap pada kulit muka dengan baik dan tahan lama ketika digunakan tanpa menyebabkan kulit menjadi lebih kering.

5. Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 5

Produk Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder ini menjadi kegemaran bagi setiap wanita kerana hasilnya yang baik dan tahan lama. Selain itu, ia mengandungi tekstur yang halus dan nipis yang mana boleh memberikan hasil matte dan mampu mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka anda dengan baik.

6. Bourjois Healthy Balance Unifying Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 6

Produk ini dapat menjadikan warna kulit anda sekata dan sangat sesuai digunakan pada kulit muka yang berminyak. Selain itu, ia mengandungi buah sharon yang mana mampu memberikan khasiat pada kulit sekaligus dapat melembapkan kulit muka anda.

7. Clinique Loose Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 7

Bedak tabur Loose Powder dari Clinique ini sangat baik dalam mengunci produk makeup foundation yang anda gunakan atau tanpa foundation. Selain itu, ia tidak akan menyebabkan kulit muka anda menjadi berminyak dan sangat sesuai digunakan pada kulit muka yang sensitif serta mudah berjerawat.

8. Coty Airspun Loose Face Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 8

Produk Coty Airspun Loose Face Powder yang telah lama popular di Amerika syarikat dan Eropah ini mempunyai seri Loose Face Powder yang boleh menyamarkan pori-pori pada muka dengan baik dan memberikan hasil yang matte pada kulit muka anda. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

9. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 9

Produk ini mengandungi smoothing formula yang mana dapat membantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih lembut dan halus sekaligus mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka.

Selain itu, ia sangat lightweight pada muka dan tidak akan menyebabkan kulit muka kelihatan cakey. Bedak ini tahan sepanjang hari selama 16 jam, hasil matte yang baik dan tidak akan menyumbat pori-pori kerana teksturnya yang lembut serta ringan pada kulit muka.

10. The Face Shop Face It Oil Cut Powder Pact

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 10

Produk The Face Shop Face It Oil Cut Powder Pact yang berasal dari Korea Selatan ini hadir dengan hasil matte yang sangat sesuai untuk kulit muka berminyak. Tambahan pula, kelebihan daripada bedak ini adalah kandungan air yang terdapat di dalamnya tidak akan menyebabkan muka anda menjadi lebih berkilap.

11. Make Over Silky Smooth Translucent Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 11

Silky Smooth Translucent Powder merupakan jenama bedak tabur dari Make Over. Produk ini mengandungi tekstur yang sangat halus yang mana dapat memberikan hasil lembut dan natural pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga akan menjadikan kulit muka anda kelihatan lebih matte dan bebas minyak.

12. Nars Soft Velvet Loose Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 12

Produk Nars Soft Velvet Loose Powder ini banyak digunakan untuk mengunci foundation agar tahan lama sehinggakan kulit muka menjadi lebih bersih dan bebas minyak. Selain itu, ia juga boleh menyamarkan pori-pori besar dan kedutan halus pada kulit muka anda. Produk ini sememangnya dikhususkan untuk kulit yang berminyak.

13. Chanel Poudre Universelle Libre – Natural Finish Loose Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 13

Chanel Poudre Universelle Libre – Natural Finish Loose Powder ini mampu mengawal minyak pada kulit muka anda dengan baik. Dengan teknologi photo-reflective yang terdapat di dalam bedak ini boleh menutup beberapa kekurangan pada kulit muka anda seperti garis-garis halus dan pori-pori yang besar.

14. Cover FX Pressed Mineral Foundation

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 14

Produk ini sangat baik bagi menjadikan warna kulit muka anda kelihatan lebih segar dan flawless. Selain itu, ia juga memiliki bahan mineral yang baik dalam menyerap minyak yang berlebihan dan memberikan hasil matte yang menawan pada kulit muka. Bedak padat ini sangat sesuai bagi pemilik kulit berminyak.

15. Rimmel Stay Matte Pressed Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 15

Rimmel Stay Matte Pressed Powder ini mengandungi tekstur yang halus dan tahan lama pada kulit muka. Selain itu, ia juga boleh menstabilkan penghasilan minyak pada muka, memberikan hasil yang matte dan menjadikan muka anda kelihatan lebih halus serta flawless. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.

16. Shu Uemura Lightbulb Glowing Face Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 16

Produk Shu Uemura Lightbulb Glowing Face Powder ini boleh memberikan hasil muka yang glowy tanpa menyebabkan kulit menjadi berminyak. Tambahan pula, ia mempunyai tekstur yang halus dan lembut pada muka sehinggakan sangat ringan ketika digunakan. Bagi coverage produk ini pula sangat baik dan kelihatan sekata pada kulit muka anda.

17. Make Up For Ever Pro Finish

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 17

Produk seterusnya yang boleh digunakan untuk kulit muka berminyak adalah Make Up For Ever Pro Finish. Bedak ini mampu mengurangkan minyak yang berlebihan pada muka anda dengan baik sehinggakan muka kelihatan lebih natural dan matte. Selain itu, ia juga memiliki coverage yang baik dan boleh menyamarkan bintik hitam atau bekas jerawat pada kulit muka anda.

18. MAC Blot Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 18

Produk MAC Blot Powder ini merupakan bedak yang tidak mengandungi warna atau transparent. Bedak ini boleh digunakan untuk mengunci makeup secara keseluruhan sehinggakan makeup anda tidak mudah pudar dan solekan menjadi tahan lama sepanjang hari. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

19. NYX Mineral Finishing Powder

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 19

NYX Mineral Finishing Powder ini merupakan bedak mineral yang sesuai digunakan untuk kulit muka yang berminyak. Tambahan pula, produk ini boleh menjadikan muka anda bebas minyak dan bebas kilap serta memberikan hasil yang natural pada kulit muka anda.

20. L’Oreal Paris True Match Two Way Cake

20 Pilihan Bedak Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 20

Produk bedak dari L’Oreal Paris ini boleh menjadi pilihan yang utama bagi anda yang mempunyai kulit muka berminyak. Walaupun bedak jenis two way cake agak kurang sesuai untuk kulit berminyak. Namun, bedak ini mampu menutup kekurangan pada kulit muka anda dan mengurangkan kilap sehingga 8 jam. Selain itu, ia juga mengandungi SPF 20 dan PA++ yang bermanfaat bagi melindungi kulit muka anda daripada sinaran UV.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...