Utama Badan 18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 7 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu yang tidak sesuai, pemakanan tidak seimbang, cuaca panas yang menyebabkan rambut terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi.

Jadi, masalah ini dapat dikurangkan dengan memilih syampu yang sesuai untuk kelemumur teruk dan merawat kulit kepala anda dari sekarang agar kelemumur yang kronik dapat diatasi dengan segera. Berikut adalah 18 produk syampu untuk kelemumur yang terbaik pada tahun ini iaitu:

1. Selsun Blue 2 in 1 With Conditioner Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 1

Selsun Blue 2 in 1 With Conditioner Shampoo ini diformulasikan dengan selenium sulfide yang bukan sahaja menyerang sumber akar kelemumur tetapi ujian makmal juga menunjukkan bahawa ia adalah salah satu ramuan yang paling berkesan untuk merawat kelemumur dan mengawalnya daripada berulang lagi.

Selain itu, ia kini dengan formula yang baru diperbaiki dengan honeyquat 50 untuk mendapatkan hasil rambut yang lebih lembut dan terurus. Untuk hasil terbaik, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

2. Clear Ice Cool Menthol Anti-Dandruff Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 2

Syampu Clear diperkaya dengan triple anti-dandruff technology untuk mengaktifkan kulit kepala bagi menghilangkan, menahan dan mencegah kelemumur. Seterusnya, ia dapat membersihkan kulit kepala dan memberikan sensasi sejuk untuk memastikan anda berasa lebih segar sepanjang hari. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki masalah kelemumur, lebih-lebih lagi di bawah cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia.

3. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo Gentle Clean

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 3

Shampoo himalaya untuk kelemumur ini dirumus khas dengan tea tree oil bersama herba semulajadi yang berkesan dalam menghilangkan kelemumur. Tambahan pula, ekstrak grapeseed dan rosemary dapat menyumbang kepada pertumbuhan semula rambut, pelembap secara semulajadi serta menenangkan kulit kepala yang gatal untuk mengelakkan kelemumur.

Dengan penggunaan biasa, masalah kelemumur, kegatalan dan keguguran rambut dapat dikurangkan. Syampu ini juga boleh digunakan untuk mencegah pembentukan kelemumur pada kulit kepala anda.

4. Head & Shoulders Shampoo Apple Fresh

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 4

Head & Shoulders Shampoo Apple Fresh ini mampu membersihkan rambut dan kulit kepala anda dengan aroma epal hijau segar. Bahkan juga ia lembut dan pH seimbang untuk kegunaan seharian walaupun untuk warna atau rambut yang dirawat secara kimia. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan hasil rambut yang bersih, cantik dan bebas kelemumur.

5. Alpecin Double Effect Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 5

Produk syampu yang berasal dari Jerman ini mengandungi kafein yang dapat merangsang rambut semasa anda mencucinya. Ia mampu menyingkirkan kelemumur dengan lembut, merangsang dan meningkatkan produktiviti akar rambut dengan lebih baik.

Lebih-lebih lagi ia dapat menyelesaikan masalah kulit kepala dan pada masa yang sama dapat merawat keguguran rambut serta kelemumur. Biarkan pada kulit kepala anda selama dua minit untuk kesan yang lebih baik.

6. The Body Shop Ginger Scalp Care Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 6

Syampu anti-kelemumur ini mengandungi ginger essential oil from Sri Lanka, birch bark, white willow extracts dan Community Trade honey yang dapat membersihkan dan melegakan kulit kepala. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit kepala yang kurang flaky, terasa lebih sihat dan rambut yang lebih kuat. Produk ini sangat sesuai untuk kulit yang kering dan berpeluh.

7. Pantene Anti-Dandruff Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 7

Pantene Anti-Dandruff Shampoo dengan perlahan-lahan dapat membersihkan rambut tanpa mengeringkan kulit kepala dan adanya pelembap untuk rambut yang lebih sihat dan berkilat. Tambahan pula ia diperkaya dengan zinc pyrithione untuk membantu mencegah reaksi kelemumur yang berulang. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mengelakkan semula kelemumur daripada berlaku semula.

8. Loreal Paris Fall Resist Anti-Dandruff Hair Fall Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 8

Dengan menggunakan syampu Loreal Paris Fall Resist Anti-Dandruff Hair Fall ini akan dapat membuatkan kulit kepala anda menjadi lebih sihat, rambut lebih tahan dari akar dan lebih kuat, kelihatan lebih sihat dan cantik. Formula ini dapat membantu menyuburkan akar, menyusun semula serat rambut dan tumbuh lebih kuat.

Bahkan juga ia dirumus khas dengan arginine dan znpt yang aktif untuk pertumbuhan rambut, meningkatkan peredaran mikro di kulit kepala, menghapuskan kelemumur secara berkesan dan mengurangkan kerosakan pada rambut anda.

9. Good Virtues Co Anti-Dandruff Care Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 9

Produk Good Virtues Co Anti-Dandruff Care Shampoo ini kaya dengan organic habbatus sauda oil untuk menyahtoksik rambut anda. Ianya membantu dalam menghilangkan dan mencegah kemunculan semula kelemumur sementara campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 mampu menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Syampu ini juga bebas dari minyak mineral, sles, ales, parabens, colour sintetik dan tidak diuji pada haiwan.

10. Sunsilk Hijab Recharge Anti-Dandruff Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 10

Syampu ini berfungsi dalam dua cara iaitu melicinkan dan melembutkan rambut anda daripada akar ke hujung. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan kelemumur dan menghalangnya daripada kembali semula. Dengan adanya zinc pyrithine (zpt) dapat melawan penyebab kelemumur degil. Untuk hasil terbaik, gunakan dengan kerap untuk mendapatkan rambut yang lebih licin dan bebas kelemumur.

11. Safi Shayla Anti-Kelemumur Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 11

Bagi kulit kepala anda yang tertutup dalam tempoh lama akan mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur. Jadi, atasinya dengan syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur kerana ia mengandungi habbatus sauda serta bahan aktif zpt dan menthol yang dapat mencegah kelemumur bermula daripada cucian pertama dan haruman yang kekal sehingga 24 jam.

12. Rejoice Shampoo Anti Dandruff

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 12

Jika anda sedang mencari syampu yang melakukan segala-galanya. Inilah Rejoice Shampoo Anti Dandruff kerana ia telah dirumuskan untuk memberikan rambut yang licin dan mudah diurus. Tambahan pula, ia membantu menghindari kelemumur serta memberikan rambut anda wangi segar yang menjadikannya lebih bersih dan segar sepanjang hari.

13. Kerasys Anti Dandruff & Sebum Control Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 13

Kerasys Anti Dandruff & Sebum Control Shampoo ini dirumus khas untuk anda yang memiliki kulit kepala berminyak dan bermasalah. Aromaterapeutic kesan peppermint semulajadi dan mentol ekstrak dapat menyegarkan kulit kepala. Seterusnya mampu mengawal minyak yang berlebihan dan menyediakan tindakan pembersihan yang mendalam untuk kelemumur anda dan kulit kepala bebas daripada kegatalan.

14. Dove Dandruff Care Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 14

Syampu ini mengandungi zink pyrithione yang terbukti berkesan untuk menghilangkan kelemumur, kulit kepala yang gatal dan membersihkan serpihan putih dengan penggunaan biasa.

Selain itu, ia kaya dengan serum moisture micro bagi memastikan rambut berasa lebih lembut dan menyuburkannya dari akar ke hujung untuk menjadikannya lebih sihat. Dengan adanya formula ini dapat berfungsi dengan cepat untuk membersihkan serpihan dan melawan gejala kelemumur bermula daripada cucian yang pertama.

15. Tresemme Scalp Care Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 15

Produk Tresemme Scalp Care Shampoo ini dilengkapi dengan ZPTO dan tea tree oil yang dapat membantu merawat kulit kepala anda agar rambut terhindar daripada kelemumur dan rambut gugur.

Selain itu, ia juga mengandungi zinc mineral dan pro-nutri essence untuk membuatkan kulit kepala lebih bersih dan selesa. Dengan penggunaan secara rutin, anda akan mendapatkan hasil rambut yang bebas kelemumur dan rambut gugur.

16. Nunature Anti-Dandruff Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 16

Melindungi kulit kepala anda dengan Nunature Anti-Dandruff Shampoo untuk rambut yang kuat dan sihat. Ianya mengandungi ekstrak pokok kino India, bahan anti-penuaan yang kuat dalam meningkatkan nutrien kulit kepala dan rambut anda dengan antioksidan.

Syampu ini menggabungkan bahan-bahan yang menenangkan dan aktif untuk mengatasi kegatalan kulit kepala yang serius, meredakan kerengsaan, mengawal minyak, mengurangkan kemerahan dan mengeluarkan serpihan pada rambut.

Selain itu, ia juga menggabungkan bahan-bahan aktif lain seperti hydrolyzed yeast protein dan ekstrak lada hitam yang berfungsi dengan baik dalam mengawal minyak dan kemerahan pada kulit kepala anda. Produk ini sangat sesuai untuk jenis rambut yang sensitif atau berminyak

17. Bawang Anti-Dandruff Shampoo With Chinese Herbal

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 17

Syampu anti-kelemumur dengan ekstrak herba Cina diturunkan dari herba tradisional Cina. Jenama bawang telah merumuskan dan mengeluarkan produk anti-kelemumur premium dengan menggunakan formula rahsia tradisional.

Seterusnya, ia diperkaya dengan pelbagai herba Cina yang berharga, syampu ini bertindak secara dalam dan di permukaan rambut untuk mengurangkan sebum yang berlebihan, mencegah kelemumur serta berkesan dalam meredakan kegatalan pada kulit kepala anda. Ini dapat menghasilkan rambut yang lebih sihat dan bebas kelemumur.

18. Follow Me Green Tea Anti-Dandruff Shampoo

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019 18

Shampoo follow me untuk kelemumur ini diilhamkan oleh teknologi penjagaan rambut terkini dari Jepun iaitu gabungan green tea dan extract seaweed. Ianya diperkaya dengan ekstrak rumpai laut dan mengandungi kompleks pro-tec yang dapat membantu bagi menghilangkan kelemumur, sel-sel mati yang berlebihan dan mengurangkan kegatalan pada kulit kepala anda. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit kepala akan menjadi lebih sihat dan bebas kelemumur.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...