Utama Make Up 17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 8 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Sekiranya anda mempunyai jenis kulit kering, anda harus perhatikan bahan-bahan yang terdapat pada foundation yang anda pilih kerana tidak semua foundation boleh digunakan bagi kulit kering.

Ini sangat berbeza pula bagi kulit berminyak yang mana anda harus menghindari produk yang berasaskan minyak disebabkan kulit kering sangat disarankan untuk memilih produk yang mengandungi minyak.

Apa Itu Kulit Kering?

Kulit kering adalah keadaan yang mana kulit kekurangan lembapan semulajadi kerana jumlah minyak yang boleh melindungi dan mengekalkan kelembapan kulit hanya sedikit sahaja. Ciri-ciri yang biasa kelihatan pada kulit kering adalah pori-pori besar, kulit kusam atau kasar, kurang elastik dan garis-garis halus pada kulit muka.

Sekiranya anda mempunyai kulit muka yang sangat kering, maka berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan, pilihlah produk yang mengandungi pelembap dan dapat mengurangkan kekeringan pada kulit muka anda. Cara-cara untuk menjaga kulit kering adalah sangat mudah iaitu dengan menggunakan sabun atau pencuci muka yang mild, hindari sabun yang mengandungi deodoran dan detergen.

Seterusnya gunakan pelembap setelah membasuh muka dan jangan mandi terlalu lama serta cukup hanya dua kali sehari sahaja, jika anda kerap mandi keadaan ini boleh mengurangkan kadar minyak dalam kulit.

17 Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering

Berikut adalah 17 foundation yang baik dan sesuai bagi anda yang memiliki kulit kering. Pilihlah yang sesuai dengan jenis yang anda inginkan.

1. Dior Nude Air Serum Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 1

Kulit muka yang sihat dan segar

Foundation yang berbentuk liquid ini memiliki formula yang ringan dan tidak akan menyebabkan breakout pada kulit muka anda walaupun semasa berpeluh. Ia mengandungi serum yang akan membuatkan muka anda kelihatan lebih sihat, segar dan lembap serta sangat sesuai sekali bagi anda yang memiliki kulit kering.

Selain itu, ia termasuk dalam kategori sheer to medium coverage dan sangat ringan serta selesa digunakan. Ianya juga tahan lama sehingga 5 jam tanpa mudah luntur dan tersedia dalam lapan warna iaitu Ivory, Light Beige, Linen, Peach, Medium Beige, Honey Beige, Dark Beige dan Mocha. 

2. Maybelline Fit Me Dewy + Smooth Foundation SPF 18

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 2

Makeup ringan dan natural

Sekiranya anda lebih memilih makeup dengan hasil yang ringan dan kelihatan natural, foundation ini boleh menjadi pilihan anda. Ia termasuk dalam kategori light to medium coverage sehingga menghasilkan solekan yang ringan dan natural serta sangat sesuai untuk digunakan setiap hari.

Selain itu, foundation ini juga mengandungi SPF 18 yang boleh melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya dan warna yang tersedia sangat banyak. Jadi tunggu apalagi segera sesuaikan dengan warna kulit anda! Pilihan yang tepat bagi anda yang ingin kelihatan natural tetapi masih dilindungi.

3. The Body Shop Moisture Foundation SPF 15

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 3

Kulit muka yang lembap sepanjang hari

Foundation ini mengandungi vitamin E, beeswax dan marula nut oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit agar tetap lembap sepanjang hari. Produk ini termasuk dalam kategori light to medium coverage.

Selain teksturnya yang ringan dan dewy, ia juga mengandungi SPF 15 yang boleh melindungi kulit anda dari sinaran UVA dan UVB. Bagi anda yang sering terganggu dengan aroma foundation, anda boleh memilih foundation ini kerana ia tidak memiliki aroma sehingga tetap selesa ketika digunakan. Pelbagai warna yang tersedia untuk pilihan yang tepat bagi warna kulit anda.

4. LA Girl Pro Coverage HD Liquid Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 4

Flawless sepanjang hari

Foundation dengan tekstur yang creamy ini sangat sesuai untuk anda yang bermasalah dengan kulit kering. Ianya mudah untuk diratakan dan menghasilkan kesan yang basah. Walaupun termasuk dalam kategori full coverage ia tetap ringan ketika digunakan.

Selain itu, foundation ini juga berfungsi untuk mencerahkan kulit muka kerana formulanya yang ringan dan sangat sesuai untuk digunakan setiap hari. Terdapat pelbagai warna yang tersedia iaitu 16 warna yang mana dapat anda sesuaikan dengan warna kulit anda. Pilihan tepat untuk anda yang ingin kelihatan flawless sepanjang hari.

5. Nars Sheer Glow Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 5

Kulit muka kelihatan lebih cerah

Foundation dengan tekstur liquid ini mengandungi pelembap yang boleh memberikan kelembapan sekaligus mencerahkan kulit muka anda. Ia termasuk dalam kategori sheer to medium coverage yang mana hasil akhir adalah satin finish.

Selain itu, foundation ini juga mengandungi antioksidan yang cukup tinggi yang mana dapat melindungi kulit muka anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan bahan ekstrak kunyitnya juga boleh mencerahkan kulit muka anda. Formulanya yang sangat ringan sesuai bagi anda yang mempunyai kulit normal cenderung kering dan tersedia dalam 20 warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

6. Revlon Touch & Glow Moisturizing Makeup

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 6

Kulit muka yang lembap dan bebas blackhead

Produk ini akan memberikan hasil makeup yang natural dan semulajadi. Bahan moisturizer yang terdapat di dalam foundation ini boleh melembapkan kulit muka anda yang kering dan membuatkan muka kelihatan lebih segar serta flawless. Ia juga sangat sesuai digunakan sebagai makeup setiap hari.

Selain itu, foundation ini termasuk dalam jenis non-comedogenic sehingga tidak akan menimbulkan blackhead dan jerawat pada muka anda. Ianya tersedia dalam empat warna iaitu Ivory Mist, Gold Mist, Natural Mist dan Rose Mist. Bagi anda yang menginginkan kulit muka lembap setiap hari dan bebas blackhead, anda tidak perlu ragu lagi untuk memilih foundation ini.

7. Revlon Colorstay Makeup Normal/Dry

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 7

Makeup kelihatan natural dan lebih tahan lama

Liquid foundation ini termasuk dalam kategori medium coverage, ringan dan sangat selesa ketika digunakan sepanjang hari. Hasil akhir yang ditawarkan adalah semi matte dan flawless.

Selain itu, foundation ini boleh mencerahkan muka tetapi masih kelihatan natural dan mampu menyamarkan kemerahan pada kulit muka anda. Produk ini tahan lama sehingga 24 jam dan mempunyai pelbagai warna yang ditawarkan. Pilihan yang tepat bagi anda yang ingin kelihatan natural setiap hari.

8. Bourjois Healthy Mix Serum Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 8

Kulit muka yang sihat dari ekstrak buah

Bagi anda yang ingin menggunakan foundation dengan jumlah yang sedikit berbanding dengan yang lain pada umumnya, anda boleh memilih produk dari Bourjois ini. Ia mempunyai tekstur yang ringan dan mengandungi ekstrak buah-buahan yang dapat menyihatkan kulit anda iaitu ekstrak buah laici, goji beri dan delima yang kaya dengan vitamin. Produk ini termasuk dalam kategori medium coverage dan memberikan hasil makeup yang glowing.

Selain melembapkan kulit muka, foundation ini juga akan memberi kesan yang kenyal dan kulit kelihatan sihat. Ianya tersedia dalam enam warna iaitu Vanille Clair, Vanille, Beige Clair, Beige Vonce, Hale Clair dan Hale Fonce.

9. Yves Saint Laurent Youth Liberator Serum Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 9

Glowing sepanjang hari

Sekiranya anda menginginkan kulit yang sihat dan glowing setiap hari, anda boleh memilih foundation ini mengandungi serum yang boleh menyihatkan muka, menghaluskan, memberikan khasiat kepada kulit dan mencerahkan kulit muka. Hasil akhir yang dihasilkan adalah dewy dan glowing serta sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit kering.

Selain itu, ia mengandungi SPF 20 yang boleh melindungi kulit muka anda daripada sinaran matahari. Ianya termasuk dalam kategori medium to full coverage dan tidak perlu risau dengan makeup anda akan mudah luntur kerana produk ini tahan lama sehingga 24 jam. Terdapat sepuluh pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

10. Mineral Botanica Air Cushion Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 10

Kulit muka yang cerah dan berkilauan dari dalam

Produk ini mempunyai bentuk seperti cushion foundation yang sangat praktikal. Ianya mampu melembapkan dan membuatkan kulit muka menjadi lebih cerah dan berkilauan. Hasil akhir yang dihasilkan adalah glowy dan natural.

Selain itu, foundation ini mengandungi hyaluronic acid yang berfungsi untuk memberikan kelembapan pada kulit muka agar tidak semakin kering. Ia juga tersedia dalam lima warna yang mana warna-warnanya sangat sesuai digunakan untuk kulit orang asia iaitu Light, Rose, Medium, Beige dan Deep Beige.

11. Clinique Anti-Blemish Solutions Liquid Makeup

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 11

Terbaik untuk kulit yang kering dan berjerawat

CLINIQUE Anti-Blemish Solutions Liquid Makeup ini adalah produk yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan kering. Foundation ini bebas minyak yang mana mampu untuk menutup jerawat, parut dan cela yang terdapat pada wajah. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang baik untuk merawat jerawat dan boleh menghindari kulit daripada pertumbuhan jerawat.

12. Kate Powderless Liquid ForCover Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 12

Foundation full coverage yang terbaik

Foundation ini merupakan produk yang sangat lembut, ringan dan mampu menaikkan seri pada kulit muka anda. Ia mengandungi SPF20 dan PA++ serta tidak memerlukan bedak asas untuk sentuhan yang terakhir. Meskipun sangat sesuai untuk semua jenis kulit, namun anda harus memerlukan cara-cara yang betul untuk menggunakannya dan mendapatkan hasil yang terbaik bagi menutup cela dan parut.

13. Loreal Paris True Match Liquid Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 13

Foundation yang tahan lama dan waterproof

Foundation ini mempunyai bentuk cecair yang mana membantu untuk memberikan kelembapan selama 24 jam pada kulit. Ia juga memiliki UV protection kerana mengandungi SPF 16 dan mampu untuk menutup cela pada kulit muka tanpa menyumbat pori-pori. Selain itu, ianya bebas minyak, bebas pewangi dan telah diuji oleh pakar dermatologist.

14. Lancome Teint Miracle Bare Skin Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 14

Foundation yang kelihatan natural

Produk ini bertindak sebagai foundation pelindung kerana mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit muka dari sinaran UV dan membantu untuk memberikan aura kulit yang sempurna pada muka anda. Ia mengandungi pearlescent pigments yang memberikan hasil makeup dewy dan berseri. Selain itu, ia juga mampu tahan lama sehingga 12 jam dengan memberikan kulit muka anda lebih fresh, lembut, natural dan berseri-seri.

15. Olay Total Effects Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 15

Terbaik untuk kegunaan sepanjang hari

Foundation ini mengandungi moisturizer dan mempunyai 7 kebaikan anti-penuaan. Ia memberikan kelembapan pada kulit muka dan memberikan hasil makeup yang natural. Selain itu, ia juga mengandungi SPF 15 yang mana sangat ringan pada muka, tidak berminyak dan non-comedogenic. Malah, produk ini telah diuji oleh pakar dermatologist bagi mendapatkan pengesahan kegunaannya.

16. Maybelline Dream Velvet

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 16

Terbaik untuk remaja dan pemula

Produk ini merupakan foundation pertama Maybelline yang soft-matte dan berfungsi untuk memberikan kelembapan pada kulit muka anda. Ia memiliki tekstur yang lembut dan tidak kasar serta memberikan kesegaran pada muka. Selain itu, ia juga mampu untuk menutup sebarang cela yang terdapat pada kulit muka anda.

17. Wardah Exclusive Liquid Foundation

17 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering 2018/2019 17

Foundation farmasi yang terbaik

Foundation ini mempunyai perlindungan UV dan teknologi soft focus agent yang membantu untuk menutup garis-garis halus pada kulit muka anda. Ia memiliki tekstur yang lembut, ringan, mudah meresap, tahan lama dan mudah diratakan pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga mengandungi SPF 30 yang mana terdiri daripada lima jenis tona warna dan bertindak secara efektif pada kulit kering.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...