BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

0 1,333

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang lebih juga bagi wanita muda yang turut sama mengalaminya.

Keputihan pada wanita sebenarnya adalah normal, tetapi keputihan yang berlebihan akan menyebabkan banyak masalah dan menganggu keselesaan. Bahkan juga ia bergantung kepada bau dan warna keputihan pada bahagian faraj anda.

Cara Menghilangkan Keputihan Pada Faraj

Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau, tidak gatal, lendir yang dikeluarkan hanya sedikit dan berbentuk cecair. Tetapi keadaan ini sering kali membuatkan anda berasa tidak selesa dan gelisah.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti faraj berasa gatal, lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau dan berbau busuk, anda mungkin mengalami jenis keputihan yang tidak normal dan penyakit.

Berikut adalah enam belas cara untuk mencegah keputihan pada faraj anda iaitu:

  1. Anda perlu sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan yang bersih dan kering sepanjang waktu. Jangan menggosok atau mengusap faraj dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya iritasi.
  2. Kerap mengganti atau menukar tuala wanita ketika anda menstruasi (haid).
  3. Anda perlu menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada waktu yang diperlukan sahaja.
  4. Hindari juga pemakaian seluar dalam yang ketat serta diperbuat daripada kain satin.
  5. Sekiranya keputihan sangat banyak, anda mungkin perlu menggantikan seluar dalam lebih kerap. Hal ini dilakukan supaya kelembapan pada bahagian faraj dapat dikekalkan dengan baik.
  6. Hindari penggunaan pembersih faraj yang boleh menganggu keseimbangan pH atau menyebabkan kegatalan, dan bakteria di dalam faraj.
  7. Jika keputihan yang anda alami disebabkan oleh jangkitan kulat, maka anda boleh mengatasinya dengan ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj dalam bentuk krim atau gel. Sila rujuk kepada doktor sebelum anda menggunakan mana-mana ubat antikulat.
  8. Anda perlu menggunakan kondom atau tunda hubungan seksual sehingga seminggu selepas rawatan.
  9. Anda tidak digalakkan daripada menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian alat sulit.
  10. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat daripada doktor.
  11. Kurangkan daripada pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  12. Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menghindari aktiviti seks bebas atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang pasangan.
  13. Elakkan daripada kehadiran benda asing di bahagian dalam faraj anda seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  14. Rajin dalam membasuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  15. Lakukan sebarang aktiviti yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong, bersenam mahupun beriadah dengan cara yang sihat.
  16. Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera dan melakukan pemeriksaan pada bahagian faraj sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan seperti di atas.
Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.