Utama Muka 13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Jerawat merupakan musuh utama bagi semua wanita dan juga lelaki terutamanya yang sangat mementingkan penjagaan kulit muka. Anda telah mencuba pelbagai ubat dan krim jerawat tetapi ia masih tumbuh dalam keadaan yang teruk. Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat pelbagai serum yang dapat merawat kulit berjerawat anda. Berikut adalah empat belas pilihan produk serum muka untuk kulit berjerawat iaitu:

Serum Muka Untuk Jerawat

1. The Body Shop Tea Tree Anti Imperfection Daily Solution

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 1

The Body Shop Tea Tree Anti Imperfection Daily Solution ini diperkaya dengan community trade tea tree oil yang dapat membantu kulit kelihatan lebih bersih, halus dan ketidaksempurnaan pada kulit muka dikurangkan dari semasa ke semasa. Tambahan pula, ia mampu mengurangkan minyak yang berlebihan dan kemerahan pada kulit muka anda disebabkan oleh jerawat ataupun iritasi.

2. Dr. Jart+Cicapair Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 2

Serum ini mengandungi centella asiatica yang dapat membantu menenangkan keadaan kulit yang sangat sensitif, iritasi atau keradangan kulit. Malah, ia dapat menyeimbangkan kadar air dan minyak sehingga terasa lebih sihat dan lembut pada kulit muka anda. Ianya juga mengandungi bahan aktif yang dapat memulihkan kerosakan dan keradangan kulit.

3. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 3

Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop ini mengandungi vitamin C yang sangat lembut untuk kulit sensitif. Ianya sangat berkesan dalam memudarkan bekas jerawat dan tidak menimbulkan kesan iritasi pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga mampu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti mencerahkan, mengetatkan pori-pori, memudarkan pigmentasi dan membuatkan warna kulit sekata.

4. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 4

Serum ini mengandungi bahan niacinamide yang dapat memberikan manfaat sebagai anti keradangan dan membantu jerawat menjadi lebih cepat kering. Selain itu, ia juga memiliki bahan zinc yang sangat baik dalam mengawal penghasilan minyak yang berlebihan dan mengurangkan saiz pori-pori pada kulit muka anda. Dengan penggunaan yang rutin, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih licin, halus dan berseri sepanjang hari.

5. Mario Badescu Anti-Acne Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 5

Mario Badescu Anti-Acne Serum ini mengandungi salicylic acid yang mampu mencegah tumbuhnya jerawat pada kulit. Ianya juga memiliki formula gel yang ringan, tidak kering, mudah untuk diserap oleh kulit dan membantu mengekalkan kulit muka agar lebih bersih dan halus. Bahkan juga ia mampu menyeimbangkan kadar minyak dan air pada kulit muka anda. Dengan penggunaan yang kerap, produk ini dapat mencerahkan kulit dengan menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit.

6. Skin Inc Vitamin B3+ Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 6

Skin Inc Vitamin B3+ Serum ini mengandungi vitamin B3+, niacinamide dan panthenol yang dapat mengatasi jerawat, pigmentasi, cacat cela dan kemerahan pada kulit muka. Selain itu, ia diperkaya dengan humectant-rich formula dan glycerin yang mampu memberikan penghidratan yang tahan lama dan tidak melekit pada kulit. Produk ini juga boleh digunakan pada sekitar kawasan mata yang halus.

7. Yves Rocher Sebo Vegetal Pore Minimizing Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 7

Serum ini diperkaya dengan Baikal Powder yang dapat menghaluskan dan menjadikan kulit muka lebih matte bagi tekstur kulit yang berminyak dan kombinasi. Ianya memiliki tekstur gel cecair dan segar pada kulit. Malah, ia mampu menyerap sebum yang berlebihan dan mengecilkan pori-pori yang tersumbat.

Dengan penggunaan secara berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang bebas daripada kekusaman dan risiko tumbuhnya jerawat semakin berkurang. Produk ini diuji di bawah penyeliaan dermatologi dan bebas paraben, minyak mineral dan pewarna.

8. Nacific Fresh Herb Origin Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 8

Nacific Fresh Herb ini mengandungi extract of aloe vera, lilies, greentea, apples, sunflowers, oranges dan grapes. Terdapat banyak bahan semulajadi pada produk ini yang dapat memulihkan jerawat dengan sangat berkesan. Tambahan pula, ia dapat menghilangkan bekas atau parut jerawat serta mengecilkan pori-pori pada kulit muka anda. Ianya juga dapat menyeimbangkan penghasilan minyak dan menjadikan kulit muka lebih sihat, cerah, elastik dan glowing.

9. Farsali Volcanic Elixir

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 9

Serum ini mengandungi bahan yang diekstrak daripada nut kernels bagi tamanu fruit yang dapat memberikan kelembapan dan meningkatkan kecerahan pada kulit. Ianya membantu dalam menenangkan kulit yang berjerawat dan membantu dalam memperbaiki kulit keseluruhan anda semasa tidur. Selain itu, ia kaya dengan antioksidan yang sangat sesuai untuk mengeringkan kulit kering dan eczema. Produk ini juga boleh digunakan pada muka atau badan sebagai pelembap harian anda.

10. Alpha-H Vitamin E Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 10

Alpha-H Vitamin E Serum ini kaya dengan antioksidan yang dapat memberikan kelembapan dan meningkatkan sistem imunisasi pada kulit. Bahkan juga ia dapat memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dan memberikan perlindungan daripada sinaran cahaya matahari. Ianya mampu mempertingkatkan lapisan kulit agar bakteria tidak dapat menembusi permukaan kulit muka anda dan dapat mencegah daripada munculnya jerawat.

11. Caudalie Vinoperfect Radiance Serum Complexion Correcting

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 11

Serum ini mengandungi viniferine yang dapat membuatkan tona kulit lebih sekata dan membuatkan kulit muka lebih berseri sepanjang hari. Seterusnya, ia mampu menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat. Produk ini juga dapat memperbaiki kulit kusam dan menghilangkan kesan-kesan jerawat daripada permukaan kulit muka anda.

12. Eucerin Pro Acne Solution Super Serum

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 12

Eucerin Pro Acne Solution Super Serum ini sangat ringan dan mudah untuk diserap ke dalam kulit. Ianya mempunyai kepekatan lactic acid yang mampu memperbaiki kulit anda yang bermasalah. Selain itu, ia mengandungi decandiol yang berfungsi sebagai anti-bakteria bagi mencegah pertumbuhan jerawat dan membersihkan pori-pori muka anda yang tersumbat. Dengan penggunaan secara rutin, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih sihat, licin dan berseri sempurna.

13. Garnier Light Complete White Speed Super Essence

13 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat 13

Garnier Light Complete White Speed Super Essence ini diperkaya dengan vitamin C yang dapat memudarkan bekas atau parut jerawat dengan membuatkan kulit kelihatan lebih cerah sempurna. Bahkan juga ia dapat menghilangkan kulit kusam dalam masa enam hari sahaja. Dengan penggunaan yang rutin, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih sihat, cerah dan berseri sepanjang hari.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...