Utama Badan 12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Setiap orang menginginkan badan yang cantik, langsing dan ideal. Perut buncit merupakan salah satu masalah yang boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang. Selain itu, anda juga tidak memerlukan corak diet dan senaman yang terlalu drastik. Berikut adalah dua belas cara mengecilkan perut buncit dengan cepat dan efektif iaitu:

1. Mengatur Pengambilan Sayur-sayuran Mentah Dan Buah-buahan

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 1

Memakan terlalu banyak sayur-sayuran mentah dan buah-buahan dalam satu hidangan adalah tidak digalakkan. Pengambilan yang betul ialah dengan memakannya dalam satu hidangan yang kecil namun dilakukan secara kerap dalam satu hari. Ia boleh mencegah lingkaran perut anda dari melebar.

2. Makan Makanan Yang Mengandungi Potassium

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 2

Makanan yang kaya dengan potassium seperti betik, yogurt, mangga, pisang dan avokado sangat baik bagi mengurangkan kembung perut. Hal ini disebabkan potassium adalah natural diuretic yang membantu mengurangkan pengumpulan air di dalam perut.

3. Mengamalkan Meminum Smoothie

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 3

Meminum smoothie adalah salah satu cara yang baik untuk sentiasa kelihatan sihat kerana mudah untuk disediakan dan boleh meningkatkan mood baik bagi memulakan hari anda. Anda disyorkan untuk meminum smoothie tembikai kerana ia kaya dengan amino acid yang dipanggil sebagai arginine yang mana dapat mengurangkan lemak badan dan jisim otot. Selain itu, pilihan lain adalah smoothie nanas yang mengandungi bromelain yang mana dapat membantu dalam mengurai protein dan mencegah kembung perut.

4. Makan Dengan Satu Hidangan Yang Lebih Kecil

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 4

Kebiasaannya anda akan makan tiga kali sehari, anda perlu untuk mencuba mengubah rutin tersebut secara perlahan-lahan dengan makan dalam satu hidangan kecil yang jaraknya diantara 2 hingga 3 jam. Kebaikannya adalah dapat mencegah lingkaran perut semakin melebar dan mengalakkan sistem metabolisme membakar lemak dengan lebih banyak.

5. Senaman

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 5

Selain mengawal corak pemakanan, anda juga perlu bersenam untuk memudahkan anda mengecilkan perut. Terdapat beberapa jenis senaman yang mempunyai manfaat khusus untuk bahagian perut seperti latihan aerobik, berjalan pantas, berenang, planking dan push up. Jadi, anda boleh melakukan senaman tersebut bagi mengecilkan perut yang buncit kerana ianya sangat berkesan.

6. Minum Lebih Banyak Air Kosong

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 6

Selain memberikan kebaikan kepada badan, meminum air kosong juga sangat berguna bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dan mengecilkan perut buncit. Sekiranya anda minum air kosong yang mencukupi, ia dapat mengekalkan keseimbangan air di dalam badan. Keseimbangan air di dalam perut boleh mengurangkan pengumpulan air dan merupakan salah satu punca utama kembung perut. Dengan meminum air kosong akan dapat membuatkan anda berasa kenyang dan mengelakkan daripada makan terlalu banyak.

7. Tidur Dengan Lebih Awal

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 7

Tedapat pelbagai sebab perut buncit termasuklah kurang tidur. Dengan tidur lebih awal anda akan dapat banyak kebaikannya seperti terhindar daripada rasa lapar pada waktu malam. Menjaga corak pemakanan dan senaman akan lebih efektif dalam mengecilkan perut apabila anda cukup tidur. Tambahan pula, kekurangan tidur dapat menghasilkan hormon stress yang dipanggil sebagai cortisol yang mana kesannya dapat membuatkan pengumpulan lemak di bahagian perut.

8. Mengamalkan Minum Teh Hijau

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 8

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dipanggil sebagai catechin yang mana sangat baik bagi mengurangkan lemak perut. Meminum teh hijau sebelum bersenam merupakan salah satu cara yang baik untuk mengecilkan perut anda dengan lebih berkesan.

9. Makan Lebih Banyak Buah Beri

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 9

Buah beri mempunyai banyak khasiat untuk melawan lemak dan telah dibuktikan melalui penyelidikan yang mampu mencegah sel-sel lemak daripada bertambah banyak. Selain itu, ia juga dapat membantu perut menghasilkan adiponectin yang mana hormon tersebut dapat membantu mengurangkan peradangan sekaligus menurunkan gula dalam darah.

10. Makan Lebih Banyak Kekacang

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 10

Memakan kekacang merupakan salah satu cara yang boleh membantu mengecilkan perut buncit anda. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan seseorang yang memakan kekacang dua kali dalam seminggu akan lebih mudah menjaga berat badan berbanding mereka yang tidak memakannya.

11. Mengurangkan Pengambilan Produk Tenusu

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 11

Produk tenusu dapat menyebabkan perut menjadi kembung kerana gas. Anda disyorkan untuk mengambil sejumlah kecil produk tenusu dan digabungkan dengan ramuan makanan yang lain agar dapat mengekalkan bentuk badan anda.

12. Menambah Halia Dalam Minuman

12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif 12

Halia bukan sahaja dapat mengurangkan kembung perut dan menjaga usus tetapi ia juga mampu membuang lebihan gas dalam tubuh badan anda. Anda boleh memotong sedikit halia dan mencampurkannya ke dalam minuman teh hijau atau merebus akarnya untuk membuat teh halia. Selain halia, peppermint juga boleh melawan kembung perut. Jadi, anda boleh menggunakannya dalam bentuk gula-gula, teh ataupun memasukkan daunnya ke dalam air minuman.

Baca Lagi: 10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...