Utama Muka 11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering, kemerahan dan sangat mudah untuk berjerawat. Artikel ini akan mencadangkan sebelas produk pelembab muka untuk kulit sensitif yang terbaik pada tahun ini iaitu:

1. The Body Shop Aloe Soothing Day Cream

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 1

The Body Shop Aloe Soothing Day Cream ini mengandungi Aloe Vera yang dapat melembutkan dan menenangkan kulit sensitif dan kering. Selain itu, ia dapat melegakan ketidakselesaan dan menyejukkan kulit muka anda. Produk ini juga dirumus khas untuk kulit sensitif dan tidak mengandungi pengawet tambahan, wangian, warna serta alkohol. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus dan lembut.

2. Kiehl’s Pure Vitality Skin Renewing Cream

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 2

Pelembab muka ini kaya dengan new zealand manuka honey yang dapat mencegah penuaan dan garis-garis halus pada kulit. Di samping itu, ia juga mengandungi korean red ginseng root yang mampu memperbaiki sel-sel kulit dan menghaluskan kulit muka anda. Produk ini mempunyai tekstur yang mudah diserap oleh kulit dan tidak mengandungi parabens, mineral oils, synthetic colours, dan synthetic fragrances.

3. Innisfree Green Tea Balancing Cream

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 3

Innisfree Green Tea Balancing Cream ini mengandungi 3.5 kali lebih banyak 16 asid amino yang dapat mengembalikan kelembapan pada kulit tanpa berasa melekit. Tambahan pula, ia mempunyai tekstur seperti krim yang dapat memberikan penghidratan segera untuk kulit yang lebih sihat dan bersih. Fresh green tea water yang terdapat di dalam produk ini juga dapat melegakan kulit, melembapkan dan meresap ke dalam kulit secara cepat.

4. Fresh Lotus Youth Preserve Face Cream With Super 7 Complex

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 4

Pelembab muka ini dirumus khas dengan super 7 complex bagi mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit. Selain itu, ia dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan membuatkan kulit muka menjadi lebih elastik. Produk ini juga kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan sangat sesuai untuk digunakan bagi anda yang memiliki kulit sensitif dan berjerawat.

5. Paula’s Choice Calm Redness Relief Nighttime Moisturizer

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 5

Paula’s Choice Calm Redness Relief Moisturizer ini dapat mengurangkan minyak yang berlebihan dan memberikan penghidratan pada kulit muka agar tidak terlalu kering. Seterusnya, ia mampu mengurangkan kemerahan kerana berlakunya iritasi pada kulit yang sensitif. Produk ini juga mengandungi antioksidan yang dapat menenangkan kulit kemerahan dan mempertahankan kelembapan semulajadi kulit muka anda agar kelihatan lebih berseri hari demi hari.

6. Perricone Md Hypoallergenic Nourishing Moisturizer

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 6

Produk ini diperkaya dengan olive polyphenol dan squalane yang mampu melembapkan, mengurangkan garis-garis halus serta perubahan warna kulit. Tambahan pula, ia memiliki vitamin E yang dapat mengurangkan penampilan luka pada kulit muka kerana bekas jerawat mahupun luka lainnya. Pelembab muka ini juga bersifat non-comedogenic dan tidak mengandungi wangian.

7. Sebamed Moisturizing Cream For Sensitive Skin

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 7

Sebamed Moisturizing Cream ini mempunyai tekstur yang ringan dan sangat mudah untuk diserap oleh kulit. Ianya mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan kulit muka anda. Selain itu, ia dapat melembapkan kulit selama 24 jam dan diformulasikan untuk kulit sensitif. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif dan cenderung berminyak.

8. Neutrogena Oil Free Moisture Sensitive Skin

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 8

Pelembab muka ini sangat ringan kerana ia berasaskan air dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Lebih-lebih lagi ia dapat memberikan kelembapan pada kulit sensitif yang sangat kering dan tidak akan menyumbat pori-pori muka anda. Produk Neutrogena Oil Free Moisture Sensitive Skin ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan yang boleh menyebabkan masalah iritasi pada kulit sensitif.

9. Cetaphil Moisturizing Cream

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 9

Cetaphil Moisturizing Cream ini mengandungi extra-strenght emollients dan humectants system yang dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit muka. Ianya bersifat non-comedogenic yang mana tidak akan menyumbat pori-pori muka anda. Produk ini juga tidak mengandungi fragrances, parabens dan lanolin. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih lembap dan halus.

10. Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 10

Produk ini diperkaya dengan chamomile dan licorice yang mampu membersihkan kulit, menenangkan, melegakan ekzema, mengurangkan mata bengkak, mengelakkan masalah kulit, merawat kulit gatal serta radang. Tambahan pula, ia mampu menyediakan penghidratan selama 24 jam sambil menghaluskan dan menenangkan kulit muka anda sepanjang hari. Pelembab muka ini juga diformulasikan khas untuk kulit sensitif dan tidak mengandungi fragrance, colorants, mineral oil, alcohol dan animal testing.

11. Rosken Sensitive Skin Cream

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019 11

Rosken Sensitive Skin Cream ini mengandungi soybean oil, olive oil dan jojoba oil yang kaya dengan antioksidan semulajadi, meningkatkan penghidratan kulit serta memberikan penghalang perlindungan untuk mencegah daripada kehilangan lembapan pada kulit muka anda. Seterusnya, ia memiliki formula yang tidak berminyak dan menyerap dengan mudah ke dalam kulit tanpa berasa melekit.

Produk ini juga telah dirumuskan untuk digunakan pada kulit yang sensitif dan bebas daripada kerengsaan kulit seperti sodium lauryl sulfates, artificial colours, fragrance, mineral oils, animal derivatives, harsh detergents, triethanolamine dan parabens. Dengan penggunaan secara berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih lembap, lembut dan licin sempurna.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...