Utama Make Up 11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Primer merupakan salah satu produk yang digunakan pada muka sebelum makeup. Ia boleh membantu untuk menjadikan makeup anda tahan lebih lama sepanjang hari. Tetapi, anda tentunya akan merasa agak sukar untuk memilih primer yang sesuai bagi diri anda.

Sekiranya anda salah dalam memilih primer akan menyebabkan makeup anda tidak tahan lebih lama dan kelihatan tidak sempurna. Artikel ini akan mencadangkan 10 pilihan primer makeup yang sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering.

1. Philosophy The Present Invisible Skin Perfector Oil-Free Makeup Primer

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 1

Primer dari Philosophy ini mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai pelembap yang melembutkan, primer makeup yang memudarkan bintik hitam dan krim malam yang akan memberikan kesan optimum. Selain itu, primer ini juga mengandungi oil-free yang mana tidak akan menyebabkan breakout pada kulit muka tetapi tetap akan menjadikan kulit anda terasa lebih lembut dan lembap.

2. Jouer Anti-Aging Moisture Primer

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 2

Primer ini mempunyai kelebihan dalam melembapkan walaupun bebas minyak. Hal ini kerana ia bergantung pada minyak argan dan shea butter untuk melembapkan serta menghaluskan.

Selain itu, ia juga mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan antioksidan seperti ekstrak ginkgo biloba, ginseng dan vitamin E. Campuran peptida membantu meningkatkan keanjalan sehingga anda mendapatkan kelembapan, smoothing dan memberikan khasiat pada kulit muka.

3. Hippie Skin Hippie Luxe

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 3

Primer ini merupakan produk organik yang mana berfungsi sebagai toner yang kaya dengan minyak tetapi juga dapat digunakan sebagai pencuci muka dan menghilangkan makeup.

Selain itu, ia juga menggunakan kombinasi organik, minyak kelapa dan minyak zaitun dengan sedikit bantuan daripada minyak pati seperti serai dan limau yang membantu melembapkan, melindungi dan menjadikan kulit glowing dengan sihat.

4. Pure AloeCare Aloe Vitality Hydrating Makeup Primer Cream

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 4

Kelebihan utama dari primer ini adalah untuk melembapkan kulit muka anda. Selain itu, ia juga menggunakan kombinasi lidah buaya, shea butter dan asid hyaluronik untuk memberikan perlindungan yang mana boleh melembapkan, mengunci kelembapan yang tinggi dan menjadikan kulit lebih halus. Produk ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit kering.

5. Skindinavia The Makeup Primer Spray

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 5

Primer makeup ini menggunakan teknologi yang mengawal suhu unik bagi memastikan bahawa solekan tetap tahan lama sepanjang hari. Selain itu, ia juga adalah pilihan yang baik untuk anda yang mempunyai kulit kering kerana akan melembapkan, menyerap minyak yang tidak diperlukan pada kawasan t-zone dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

6. Mac Prep + Prime Moisture Infusion Serum

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 6

Primer ini disarankan bagi anda yang mempunyai kulit kering dan dehidrasi. Selain itu, ia adalah gabungan di antara skincare dan makeup yang dapat meningkatkan kelembapan pada kulit muka anda.

Produk ini juga mampu menenangkan, menyegarkan, memberikan khasiat pada muka dan mempersiapkan kulit muka sebelum menggunakan foundation. Gunakan primer ini secara rata pada kulit muka yang telah dibersihkan. Kemudian, teruskan dengan menggunakan pelembap kegemaran anda.

7. Glossier Priming Moisturizer

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 7

Produk ini adalah pelembap bertekstur ringan yang mampu mempersiapkan kulit muka anda untuk menggunakan makeup. Selain itu, ia dapat menenangkan dan mengurangkan kemerahan pada kulit muka anda.

Kelebihan pada produk ini adalah dapat melembapkan muka tetapi juga boleh memberikan khasiat pada kulit muka anda. Tambahan pula, bahan-bahan dalam produk ini adalah seperti hyaluronic acid, mushroom super hydrator, anti-redness complex, oxygenating agent, dan antioxidant blend. 

8. Missha M B.B Boomer

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 8

Produk ini dapat memberikan kesan brightening sekaligus merawat kulit muka anda. Hal ini kerana ia mengandungi pearls dan pink shimmer yang boleh menjadikan kulit kelihatan lebih radiant dan fresh.

Selain itu, ia juga mengandungi bahan yang baik untuk kulit seperti moringa oil, squalene dan niacinamide yang boleh melembapkan kulit, melindunginya daripada pencemaran, menghaluskan kulit, meningkatkan kesihatan kulit muka dan sangat efektif dalam mencerahkan kulit muka anda.

9. NYX Hydra Touch Primer

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 9

Produk ini disarankan bagi anda yang memerlukan primer dengan tekstur yang light, melembapkan kulit dan menjadikan makeup anda lebih tahan lama. Selain itu, ia mempunyai tekstur gel yang ringan pada muka dan memberikan kesan cooling ketika digunakan pada kulit muka anda.

Primer ini juga cepat menyerap ke kulit dan menjadikan kulit terasa lebih lembap dan halus. Tambahan pula, produk ini mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kulit seperti chamomile untuk anti-bacterial dan anti-inflammatory, green tea yang terkenal untuk anti-aging dan ekstrak akar ginseng yang dapat membantu kulit muka anda agar lebih lembut dan halus.

10. Milani Prime Perfection Hydrating + Pore – Minimizing

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 10

Primer ini mempunyai tekstur yang lebih creamy dan light serta dapat menyamarkan pori-pori pada kulit muka anda sehingga kelihatan lebih mengecil. Jika anda menggunakan primer ini dengan foundation yang full coverage akan menjadikan makeup anda kelihatan lebih flawless dan memberikan kesan kulit muka yang halus. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang ingin kelihatan glowy tetapi tidak greasy dan ia juga cruelty-free dan vegan.

11. Loreal Professional Visible Lift Radiance Booster

11 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2018/2019 11

Primer ini memberikan kelembapan selama 24 jam dan kulit muka anda semakin halus selepas menggunakannya. Ia diperkaya dengan nourishing oils dan formula iridescent pearls yang menjadikan kulit muka anda kelihatan lebih halus dan glowing.

Inilah produk primer dari Loreal Professional yang membantu kulit kering anda mendapatkan khasiat untuk kulit sehingga lembap dan mencegah daripada berlakunya iritasi pada kulit muka anda. Primer ini juga ringan dan mencerahkan kulit sehingga mampu menyamarkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit muka anda.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...