Utama Badan 10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 7 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Rambut adalah mahkota bagi sesiapa sahaja kerana ia merupakan perkara kedua yang dilihat oleh orang lain setelah melihat muka anda. Apabila rambut kusam dan bercabang sudah tentunya akan mengurangkan keyakinan diri anda untuk kelihatan cantik setiap masa.

Jadi, anda perlu memberikan rawatan ekstra pada rambut anda, bukan hanya menggunakan syampu dan conditioner sahaja tetapi juga penjagaan lainnya seperti creambath.

Creambath boleh dilakukan pada jenis rambut yang normal, berminyak dan kering. Tetapi, elakkan daripada menggunakan creambath seandainya rambut anda mengalami keguguran rambut kerana urutan rambut di kepala akan membuat rambut anda semakin gugur.

Jika anda malas untuk pergi ke salon kerana terpaksa menunggu giliran yang lama, anda boleh melakukan creambath sendiri di rumah. Berikut adalah bahan-bahan dan tipsnya iaitu:

1. Santan

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 1

Santan mengandungi banyak protein yang dapat menyihatkan rambut, menjadikan rambut berkilau, mengelakkan keguguran rambut dan banyak lagi manfaat lainnya. Berikut adalah cara menyediakan santan:

  1. Sediakan beberapa potong kelapa tua dan parutkan;
  2. Perah parutan di atas penapis kain atau penapis jaring kecil;
  3. Panaskan periuk seterusnya tuangkan air kelapa tadi dan masak selama 5 minit;
  4. Matikan api kemudian tunggu santan itu sejuk;
  5. Apabila telah sejuk, sejukkan di dalam peti sejuk untuk tempoh semalaman sebelum boleh digunakan.

Tetapi, jika anda merasa susah untuk menyediakannya, anda juga boleh menggunakan santan segera. Cara-cara menggunakan santan segera sebagai creambath adalah dengan menyediakan santan secukupnya.

Anda harus memanaskan santannya terlebih dahulu dan tidak perlu sehingga mendidih hanya sekadar suam-suam sahaja (tidak membakar kulit). Gunakan santan yang suam tersebut untuk mengurut kulit kepala selama 15 minit.

Setelah kulit kepala selesai diurut, ratakan juga santan pada seluruh rambut anda. Selain itu, tutup / bungkus rambut anda dengan shower cap (yang biasa digunakan ketika mandi) atau tuala yang suam dan biarkan selama 45 minit. Selepas itu, bilas rambut anda seperti biasa.

2. Strawberry

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 2

Creambath strawberry yang dicampurkan dengan mayonis ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai rambut kering, kusam dan bercabang kerana kandungan antioksidannya boleh menyihatkan dan mengilaukan rambut. Selain itu, mayonis yang diperbuat daripada telur, lemon dan minyak zaitun boleh menjadikan rambut anda lembut dan lembap.

Sediakan lapan buah strawberry yang segar dan satu sudu besar mayonis. Seterusnya, anda harus menghancurkan strawberry tersebut menggunakan blender atau garpu dan campurkan dengan mayonis sehingga rata. Aplikasikan krim strawberry tadi pada rambut dan kulit kepala anda.

Kemudian, urut kulit kepala anda dengan hujung jari selama 5 minit agar semua bahan boleh diserap dengan baik ke dalam akar rambut dan biarkan selama 15 minit lalu basuh rambut anda menggunakan syampu dan bilas dengan air suam. Akhir sekali, basuh semula dengan air sejuk untuk menjadikan rambut anda lebih berkilau.

3. Yogurt

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 3

Yogurt adalah makanan dan snek yang lazat tetapi ia juga baik untuk rambut. Anda boleh menggunakan yogurt secara langsung mahupun ditambah dengan bahan-bahan lain seperti madu, pisang, minyak zaitun, telur, lidah buaya, avokado, lemon dan serbuk kelapa.

4. Kopi

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 4

Jika anda suka minum kopi yang ada ampasnya jangan dibuang dan simpan ampas tersebut kerana anda boleh gunakan untuk creambath, scrub sehingga masker.

Cara-cara untuk membuat creambath kopi adalah anda memerlukan 8 sudu makan ampas kopi dan shower cap serta anda juga boleh mencampurkan ampas kopi dengan yogurt.

Urut kulit kepala anda dengan ampas kopi lalu ratakan sisanya ke seluruh permukaan rambut. Tutup rambut anda dengan tuala panas atau shower cap dan biarkan selama setengah jam. Creambath semulajadi dengan kopi sangat baik untuk pertumbuhan rambut anda.

Bagi anda yang suka mewarnai rambut, selang selikan aktiviti creambath ini dengan hair spa atau hair mask agar rambut anda tidak rosak disebabkan pewarnaan rambut.

5. Lobak

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 5

Lobak mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, vitamin B1, B2, B3, B6, B9, vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium dan sodium. Creambath lobak ini sesuai untuk anda yang mempunyai rambut gugur, kering dan kusam.

Cara-cara menggunakan lobak untuk dijadikan sebagai creambath adalah seperti menghaluskan lobak dengan menggunakan blender ataupun boleh juga dengan cara diparut, lalu saring untuk diambil sarinya. Campurkan sari lobak dan yogurt dengan nisbah 2:3.

Selain itu, gunakan krim lobak setelah menggunakan syampu rambut dan setelah itu aplikasikan krim lobak pada rambut serta kulit kepala anda kemudian lakukan urutan di kepala seperti melakukan creambath pada umumnya.

Langkah terakhir adalah tutup rambut anda dengan menggunakan tuala hangat dan biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air hangat, kemudian basuh semula dengan air dingin untuk menjadikan rambut anda lebih berkilau.

6. Kuning Telur

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 6

Kuning telur adalah conditioner rambut semulajadi yang sangat baik kerana mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk rambut anda seperti protein yang mengandungi vitamin A, E, D dan sulfur. Selain itu, kuning telur dapat memulihkan rambut yang rosak, mengawal masalah rambut gugur dengan sangat baik dan membawa semula sinar semulajadi pada rambut anda.

Untuk anda yang memiliki rambut kerinting dan tidak teratur boleh menggunakan kuning telur untuk menjadikan rambut lebih mudah diurus. Ia juga mengandungi sulfur dan vitamin B12 yang dapat membantu rambut anda tumbuh dengan lebih cepat serta dapat mengatasi iritasi pada kulit kepala. Tambahan pula, ia mengandungi lecithin tulen iaitu bahan semulajdi yang sangat berguna dalam memulihkan rambut anda yang tidak sihat seperti rambut bercabang atau rapuh apabila disikat.

Cara membuat creambath sendiri dengan kuning telur adalah sediakan dua kuning telur, dua sudu makan minyak zaitun dan satu cawan air, lalu masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk kecil. Seterusnya, kacau sehingga merata dan aplikasikan krim kuning telur tadi pada rambut serta kulit kepala anda. Akhir sekali, biarkan selama 15 minit lalu basuh rambut anda menggunakan syampu, bilas dengan air suam dan basuh semula dengan air sejuk untuk menjadikan rambut anda lebih berkilau.

7. Avokado

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 7

Avokado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lebih daripada 25 nutrisi penting termasuk vitamin A, B, C, E, K, tembaga, besi, fosforus, magnesium dan potasium. Dalam satu hidangan buah avokado (sekitar 50 gram) mengandungi lapan puluh kalori, lapan gram lemak, empat gram karbohidrat dan satu gram protein. Selain itu, avokado tidak hanya baik apabila dimakan tetapi juga boleh merawat rambut kering, rambut rosak akibat pengerintingan mahupun pewarnaan rambut.

Cara membuat creambath avokado cukup mudah iaitu haluskan isi avokado dengan blender atau garpu dan campurkan dengan yogurt atau mayonis dengan nisbah 2:3. Gunakan krim avokado setelah membasuh menggunakan syampu. Aplikasikan krim avokado pada rambut dan kulit kepala, kemudian lakukan urutan di kepala seperti anda melakukan creambath pada umumnya.

Akhir sekali, tutup rambut anda menggunakan tuala yang telah direndamkan dengan air suam, biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air suam dan basuh semula dengan air sejuk untuk menjadikan rambut anda lebih berkilau.

8. Rumpai Laut

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 8

Cara membuat creambath sendiri yang seterusnya adalah menggunakan rumpai laut. Anda mungkin selalu melihat syampu, conditioner dan creambath yang mengandungi rumpai laut kerana ia sangat baik untuk rambut anda.

Selain itu, ia juga dapat mengawal minyak di kulit kepala agar lebih stabil dan anda boleh menggunakan serum rumpai laut ataupun rumpai laut basah. Campurkan serum rumpai laut dengan yogurt atau anda boleh menggunakan rumpai laut basah yang di blender lalu ratakan pada kulit kepala dan rambut anda.

9. Lidah Buaya

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 9

Lidah buaya atau aloevera adalah sejenis tumbuhan yang sudah dikenali sejak beribu-ribu tahu dahulu dan digunakan untuk menyuburkan rambut, menyembuhkan luka serta menjaga kulit anda. Tumbuhan ini dapat ditemui dengan mudah di kawasan kering Afrika. Selain itu, aloevera atau lidah buaya juga mengandungi semua jenis vitamin kecuali vitamin D. Creambath lidah buaya ini sangat sesuai untuk rambut yang gugur, kering dan kusam.

Cara membuat lidah buaya menjadi creambath adalah cukup mudah iaitu sediakan lidah buaya dengan ukuran yang sederhana, ambil ia isinya lalu haluskan menggunakan blender. Campurkan lidah buaya yang telah di blender dengan yogurt, kacau sehingga merata dan membentuk krim dengan kepadatan yang tepat. Gunakan krim lidah buaya setelah membasuh dengan menggunakan syampu.

Setelah itu, aplikasikan krim lidah buaya pada rambut dan kulit kepala, kemudian lakukan urutan di kepala seperti melakukan creambath pada umumnya. Tutup rambut menggunakan tuala yang telah direndamkan dengan air suam, biarkan selama 15-30 minit lalu bilas dengan air suam atau jika merasa lekit boleh dibasuh dengan menggunakan syampu dan conditioner, kemudian basuh semula dengan air sejuk untuk menjadikan rambut anda lebih berkilau.

10. Madu

10 Tips DIY Creambath Rambut Sendiri Tanpa Perlu Ke Salon 10

Anda boleh menggunakan madu untuk mengatasi rambut bercabang dan rosak. Cara membuat creambath sendiri dengan madu adalah sediakan madu asli sebanyak 45 ml, olive oil 125 ml, 2 titis minyak essential dan 10 ml cider vinegar, campurkan semuanya sampai rata kemudian aplikasikan krim madu tadi pada rambut dan kulit kepala anda.

Lalu urutkan kulit kepala anda dengan hujung jari selama 5 minit agar semua bahan boleh diserap dengan baik ke dalam akar rambut. Kemudian biarkan selama 15 minit lalu basuh rambut dengan menggunakan syampu dan bilas dengan air suam, lalu basuh kembali dengan air sejuk untuk membuat rambut anda lebih berkilau.

Lakukan perawatan creambath ini setiap dua minggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Selain itu, hindari penggunaan bahan-bahan kimia pada rambut jika keadaan rambut anda sedang rosak kerana akan lebih menjadikan rambut anda semakin gugur.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...