Utama Muka 10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Jerawat dan pori-pori besar dianggap sebagai musuh utama dikalangan wanita tidak kira umur sama ada remaja mahupun yang sudah meningkat dewasa. Sementara, kedua-duanya juga tidak boleh dibandingkan.

Pori-pori besar seringkali menjadi punca stress pada wanita dan ia seperti kulit limau yang dianggap mampu mengurangkan kepercayaan diri kerana akan membuatkan kulit muka anda tidak lagi kelihatan flawless dan kulit kelihatan letih serta tidak bermaya.

Tahukah anda, bahawa sebenarnya pori-pori tidak boleh dibandingkan dengan jerawat? Ianya berbeza dengan jerawat yang mana tumbuh kerana pelbagai faktor dan boleh dihilangkan setelah melakukan pelbagai rawatan kulit berbanding dengan pori-pori tersebut yang tidak boleh dihilangkan. Bentuk pori-pori juga boleh berubah sedikit dengan penggunaan produk yang tepat tetapi tidak boleh menghilang kerana ia merupakan bahagian daripada struktur kulit manusia.

Pori-pori mempunyai peranan yang penting dalam kesihatan kulit. Ia ada untuk menjaga kulit agar lebih kenyal, lembap dan sihat. Tanpa pori-pori ini, kulit akan kelihatan kusam dan kering kerana minyak tidak akan mempunyai tempat untuk bersembunyi malah akan membuatkan jerawat lebih banyak tumbuh lagi.

Walaupun begitu, pori-pori besar boleh dikurangkan dengan produk yang tepat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidur yang mencukupi, mengurangkan pengambilan rokok, kerap menggunakan produk sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, pencemaran udara yang menyebabkan radikal bebas yang merupakan perosak kolagen sehingga elasticity berkurangan dan membuat pori-pori kelihatan semakin besar. Berikut merupakan produk kegemaran anda yang mampu membuatkan pori-pori kelihatan lebih mengecil:

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 1

1. Smashbox Photo Finish Foundation Primer

Smashbox ini adalah salah satu produk primer yang terbaik dalam dunia primer. Produk ini bukan sahaja akan membuat makeup anda tahan lama tetapi juga akan membuat pori-pori besar kelihatan lebih mengecil. Formula bebas minyak akan menghasilkan solekan yang matte setiap hari.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 2

2. Perricone MD Intensive Pore Treatment

Produk ini ringan dan mudah meresap pada kulit muka anda serta mempunyai tekstur yang sama seperti serum. Ia mampu membuat pori-pori kelihatan mengecil dengan hasil segera tetapi tidak akan menyumbat pori-pori. Apabila anda menggunakan produk ini secara rutin, kandungan minyak yang berlebihan juga akan berkurangan kerana ia mengandungi salicylic acid.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 3

3. Origins Clear Improvement Active Charcoal Mask

Salah satunya masker yang terlaris dari Origins. Produk ini bukan sahaja mengandungi charcoal yang efektif dalam membersihkan pori-pori secara mendalam tetapi juga tidak disertai dengan bahan-bahan yang berbahaya seperti paraben, sulfat dan phthalate.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 4

4. The Body Shop Tea Tree Mattifying Face Lotion

Moisturizer ringan yang mengandungi tea tree dari Kenya dan tamanu oil dari Madagaskar berfungsi untuk melembapkan sekaligus mengawal kadar sebum dan mencegah jerawat sehingga kulit kelihatan lebih matte, pori-pori mengecil dan kulit muka anda bebas kilap.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 5

5. Peter Thomas Roth Pore Putty Wrinkle and Pore Reducer

Primer ini sesuai bagi pemilik pori-pori besar kerana ia mampu menghaluskan permukaan kulit muka dan membuat garis-garis halus serta kedutan anda kelihatan menghilang.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 6

6. Kiehl’s Precision Lifting & Pore-Tightening Concentrate

Bukan sahaja menjadikan kulit lebih ketat dan pori-pori mengecil, produk ini juga mengandungi bahan aktif utama berupa ragi yang kaya dengan antioksidan dan bahan-bahan yang boleh memperbaiki pembaharuan sel-sel sehingga kulit anda akan selalu kelihatan muda.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 7

7. Algenist Multi-Perfecting Pore Corrector Gel Moisturizer

Diperkaya dengan salicylic acid dan alguronic acid yang mampu membuat pori-pori kelihatan lebih halus. Ianya mempunyai tekstur gel sehingga mudah meresap dan sesuai untuk pemilik kulit berminyak.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 8

8. Boscia Charcoal Deep-Pore Cleansing Stick Treatment

Pencuci muka dengan bentuk yang unik dan mengandungi charcoal iaitu bahan aktif yang baik untuk merawat pori-pori besar. Selepas menggunakan cleansing water, aplikasikan stick ini dengan gerakan memutar pada kulit muka, kemudian urut menggunakan jari anda dan bilas.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 9

9. Murad Pore Extractor Pomegranate Mask

Masker ini akan mengeksfoliasi sel-sel kulit mati sehingga pori-pori muka lebih bersih dan sihat. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan masker ini dua kali dalam seminggu.

10 Produk Untuk Mengecilkan Pori-Pori Pada Kulit Muka 10

10. Benefit Porefessional Face Primer

Primer ini memang bertujuan untuk membuat pori-pori besar anda kelihatan pudar. Makeup akan melekat dengan tahan lama, tekstur kulit lebih mulus dan foundation lebih halus tanpa cela.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...