Utama Muka 10 Produk Skincare Terbaik di Watson

10 Produk Skincare Terbaik di Watson

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana semuanya ingin kelihatan lebih cantik, sihat dan flawless setiap masa. Bagi anda yang menginginkan kulit muka yang cantik dan sihat, anda perlu untuk membuat pilihan produk skincare yang betul mengikut jenis kulit muka. Jadi, terdapat banyak pilihan produk skincare terbaik di Watson yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama untuk anda miliki. Berikut adalah sepuluh pilihan skincare terbaik di Watson pada tahun ini iaitu:

1. Garnier Micellar Cleansing Water

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 1

Produk ini mengandungi bahan utama seperti air, hexylene glycol dan glycerin yang sangat sesuai untuk membersihkan makeup, kotoran dan debu pada muka terutamanya bagi kulit sensitif. Selain itu, ia juga bebas alkohol dan perfume sehingga dapat mengurangkan berlakunya iritasi pada kulit muka anda yang cenderung sensitif.

2. Biore Makeup Remover Cleansing Oil

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 2

Produk ini merupakan cleansing oil yang berasaskan minyak dan dapat menghilangkan makeup yang degil dengan sangat cepat serta mudah termasuk maskara yang susah untuk dihilangkan. Selain itu, muka anda juga tidak akan merasa melekit selepas menggunakannya kerana formula yang lembut pada kulit.

3. Sebamed Cleansing Bar

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 3

Sebamed Cleansing Bar ini mempunyai formula 100% bebas sabun dan alkali yang dapat membersihkan jauh ke dalam pori-pori muka anda. Selain itu, ia juga mengandungi amino acids, vitamins dan lecithin yang dapat mengekalkan kelembapan kulit serta mempunyai nilai pH 5.5 sehingga dapat membuatkan kulit muka anda kelihatan lebih bersih dan sihat.

4. Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 4

Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion ini merupakan chemical exfoliating toner yang berasal dari Korea. Selain itu, ia mempunyai formula yang ringan dan tidak akan menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga mampu menghilangkan sel-sel kulit mati, mencerahkan muka dan membuatkan kulit muka menjadi lebih sihat dan lembut.

5. Avene Thermal Spring Water

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 5

Produk ini dapat membuatkan muka anda menjadi lebih lembap, lembut, halus, segar dan mampu memberikan khasiat pada muka sehingga boleh mengurangkan bintik putih pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga bebas bahan pengawet dan pewangi serta tidak akan menyebabkan berlakunya alahan pada muka. Ianya juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.

6. Garnier Sakura White Serum

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 6

Produk ini merupakan salah satu serum yang terbaik dalam mencerahkan kulit muka. Ia mempunyai tekstur yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit muka anda. Selain itu, ia mengandungi ekstrak sakura dan 5000 kapsul pencerah yang mampu membuatkan kulit muka anda lebih halus, warna kulit lebih sekata dan kelihatan putih ke merah jambu.

7. Cetaphil Moisturizing Cream

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 7

Cetaphil Moisturizing Cream adalah pelembap yang bukan sahaja dapat digunakan untuk muka tetapi juga untuk seluruh tubuh badan. Ianya memiliki tekstur seperti butter yang berwarna putih dan mudah untuk diratakan pada muka tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak.

Selain itu, ia mengandungi bahan humectant yang dapat mengekalkan kelembapan pada kulit muka anda. Pelembap ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering atau sangat kering. Namun, ia juga sangat sesuai bagi pemilik kulit sensitif kerana tidak mengandungi pewangi sintetik dan menggunakan pelembap semulajadi daripada minyak biji almonds.

8. Biore Aqua Rich Watery Essence

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 8

Biore Aqua Rich Watery Essence ini merupakan produk sunscreen yang berasal dari Jepun. Ianya mengandungi SPF50 dan PA++++ tanpa meninggalkan kesan melekit pada muka anda. Selain itu, ia juga mengandungi hyaluronic acid dan mix citrus essence bagi melembapkan dan memberikan khasiat pada kulit muka. Hasilnya yang matte juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan dapat digunakan sebagai asas makeup.

9. Freeman Facial Clay Mask Mint & Lemon10 Produk Skincare Terbaik di Watson 9

Masker ini dapat mengecilkan dan mengeringkan jerawat yang ada pada muka. Ianya mempunyai tekstur yang tidak melekit dan lebih mudah untuk kering ketika digunakan pada kulit muka anda. Selain itu, ia mengandungi lemon dan mint yang mampu membuatkan muka anda lebih segar dan sihat. Masker ini juga dapat membantu mencerahkan muka anda yang kusam.

10. St Ives Fresh Skin Apricot Scrub

10 Produk Skincare Terbaik di Watson 10

St Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti apricot dan walnut yang dapat menjadikan muka anda lebih cerah dan glowing. Selain itu, ia dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada kulit muka. Produk ini juga tidak membuatkan kulit muka anda terasa perih ketika digunakan.

Baca Lagi: 10 Produk Skincare Terbaik Di Malaysia

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...