BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

10 Produk Skincare Terbaik Di Malaysia

0 4,330

Pada hari ini, wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana semuanya ingin kelihatan menawan dan cantik setiap masa. Tetapi untuk mendapatkan kulit yang sihat, anda perlu melakukan penjagaan kulit yang betul. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan skincare yang terbaik dan anda perlu sesuaikan dengan jenis kulit muka. Berikut adalah sepuluh produk kecantikan terbaik dan terlaris di Malaysia pada tahun ini iaitu:

1. SK-II Facial Treatment Essence

SK-II Facial Treatment Essence ini mengandungi lebih daripada 90% pitera dengan amino acids, vitamins, dan minerals yang baik untuk kulit muka. Ia dapat melembapkan dan meningkatkan tekstur kulit menjadi lebih halus dan cerah. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang sihat dan berseri-seri.

2. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini memiliki formula yang ringan, bebas sabun dan tidak akan membuatkan iritasi pada kulit. Ianya dapat melembutkan, menenangkan dan membantu kulit untuk mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit muka anda. Selain itu, ia khusus untuk pembersihan setiap hari walaupun anda memiliki kulit yang sangat sensitif. Produk ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka dan badan. Ia juga bersifat non-comedogenic, bebas pewangi dan disyorkan oleh pakar dermatologi.

3. The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask

Produk ini diperkaya dengan arang buluh dari kaki bukit gunung himalaya, daun teh hijau dari Jepun dan minyak pokok teh organik dari Kenya. Ianya dapat menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka dengan sangat baik. Selain itu, ia mampu membersihkan kulit dan membantu kulit agar kelihatan lebih sihat dan glowing. Masker ini kaya dengan antioksidan dan catechin yang sangat berkesan dalam menyental kulit muka anda. Ia juga tidak mengandungi bahan paraben, parafin, silikon dan minyak mineral.

4. Nano White Cell Moist Whitenor

Nano White Cell Moist Whitenor ini dapat mengatasi masalah warna kulit yang tidak sekata dan mampu melembapkan kulit muka anda yang kusam. Selain itu, ia dapat mencerahkan bintik-bintik hitam dan memperbaiki kulit yang tidak sihat serta kusam. Produk ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

5. Hada Labo UV Gel SPF 50

Produk ini mengandungi dua jenis asid iaitu nano hyaluronic acid dan hyaluronic acid yang berfungsi untuk memberikan penghidratan yang kuat dan tahan lama. Selain itu, ia mengandungi vitamin C derivative untuk mencerahkan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV dan meningkatkan kesihatan kulit agar lebih glowing dan berseri-seri. Ianya juga tidak mengandungi bahan fragrances, mineral oil dan colorant.

6. Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX ini diperbuat daripada ekstrak akar dan buah ginseng untuk mengembalikan semula sel-sel kulit serta mencegah penuaan pada kulit muka. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih lembut, halus dan cantik.

7. Innisfree Orchid Enriched Cream

Produk kecantikan ini mengandungi bahan aktif dari Jeju orchid sebagai antioksidan untuk membantu memberikan kelembapan bagi kulit kering dan kombinasi. Selain itu, ia juga dapat membantu mencegah penuaan, mengurangkan garis-garis halus, meningkatkan keanjalan kulit, membuatkan warna kulit sekata dan mengetatkan pori-pori pada kulit muka anda. Kulit muka anda akan kelihatan lebih sihat dan awet muda apabila menggunakan produk ini secara berterusan.

8. Laneige Water Bank Essence

Laneige Water Bank Essence ini mengandungi Hydro Ionized Mineral Water untuk membantu kulit muka agar kelihatan lebih lembut, halus dan licin. Selain itu, ia memiliki enam mineral yang dapat meningkatkan kelembapan pada kulit muka anda. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus dan lembap sepanjang hari.

9. St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub + Mask

Produk ini mengandungi dua bahan utama iaitu oatmeal dan madu yang mampu meneutralkan pH kulit dan melembapkan kulit muka selepas proses exfoliation. Selain itu, ia dapat memberikan khasiat pada kulit ketika digunakan sebagai masker dan mampu mencerahkan kulit yang kusam apabila anda menggunakannya sebagai scrub. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit normal dan kering.

10. Naruko Lupin Anti Wrinkle Firm Eye Cream

Naruko Lupin Anti Wrinkle Firm Eye Cream ini mempunyai manfaat antioksidan dan self-repairing ingredients bagi kawasan di sekitar mata. Ianya sangat sesuai untuk rawatan lingkaran hitam di bawah mata, puffs, garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata. Produk ini juga dapat meningkatkan keanjalan di sekeliling mata dan mengurangkan garis-garis halus serta penuaan.

Baca Lagi: 10 Produk Skincare Terbaik di Watson

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.