Utama Muka 10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Serum muka merupakan penyelesaian kepada masalah kulit muka seperti kedutan, kasar, kering, jerawat, berminyak, liang pori-pori terbuka dan pelbagai lagi masalah kulit muka lainnya. Lebih-lebih lagi ia boleh melembapkan, mengetatkan dan mencegah penuaan pramatang daripada berlaku pada kulit muka anda. Serum muka juga mampu untuk meresap dengan lebih cepat dan lebih baik daripada krim muka biasa.

10 Pilihan Serum Muka Terbaik

Berikut adalah serum muka terbaik yang disyorkan dan pilihlah serum muka yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

1. Fresh Rose Deep Hydration Face Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 1

Dengan menggunakan Rose Water dan Rose Flower Oil, jenama Fresh menghasilkan serum yang boleh membantu melembapkan kulit muka anda. Produk ini bukan sahaja sesuai untuk pemilik kulit kering bahkan juga disarankan untuk semua jenis kulit.

Serum ini akan memberikan nutrisi kepada kulit anda sehingga tekstur kulit menjadi lebih halus. Selain itu, produk ini boleh menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah hari-demi-hari. Anda juga boleh menggunakan serum ini untuk rawatan pada waktu malam anda sebelum tidur.

2. Ponds Age Miracle Firm & Lift Targeted Lifting Massager

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 2

Pond’s adalah salah satu produk kecantikan yang paling laris pada masa ini. Harganya yang sangat berpatutan dan mampu memberikan hasil yang terbaik pada kulit muka anda.

Salah satu produk Pond’s yang terbaru adalah Age Miracle Firm & Lift ini. Ia mempunyai fungsi untuk menguatkan dan mengetatkan kulit muka dengan cepat dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda. Serum ini juga sangat sesuai untuk anda yang berusia 20-30 tahun ke atas.

3. Olay Regenerist Micro Sculpting Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 3

Anti-aging daripada jenama Olay ini merupakan serum yang telah melalui ujian dermatologi. Ia mengandungi non-greasy formula dan boleh menggantikan sel-sel kulit mati serta mengetatkan kulit. Serum ini juga mudah diserap oleh kulit dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Selain itu, formula anti-aging bagi produk ini berfungsi untuk melembapkan dan melakukan proses regenerasi kulit muka dengan cepat. Jadi, dengan formula ini, garis-garis kedutan pada muka anda akan berkurangan dalam masa dua minggu sahaja.

4. SK-II R.N.A Power Essence Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 4

Tidak dapat dinafikan bahawa SK-II sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Walaupun harga agak mahal tetapi hasil yang diberikan tidak akan membuatkan anda merasa kecewa. Salah satu produk SK-II adalah serum anti-aging ini yang mana anda boleh jadikan sebagai pilihan sempurna untuk anda yang ingin melambatkan proses penuaan kulit.

Selain itu, produk ini mengandungi bahan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, organic acids, mineral dan asid amino. Gabungan daripada bahan ini menghasilkan serum dengan kualiti yang terbaik bagi membantu melembapkan kulit muka anda. Serum ini juga mampu menghilangkan kedutan pada muka dengan sempurna dan menjadikannya kelihatan lebih cerah. Produk ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

5. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 5

The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Serum ini mengandungi khasiat vitamin E dan minyak germa gandum (wheat germ oil) yang berfungsi sebagai pelembap. Ia juga membantu dalam merawat kulit secara mendalam dan melindungi kulit muka setiap hari agar kulit anda kekal halus dan lembut. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan pada waktu siang mahupun malam.

6. Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 6

Ini adalah serum terbaik yang boleh memperbaiki tanda-tanda penuaan kulit muka anda. Tanda-tanda penuaan yangs sering kelihatan pada muka adalah garis halus, kedutan, kusam, kering dan warna kulit yang tidak sekata. Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II ini juga boleh mengatasi masalah tersebut.

Tambahan pula, produk ini telah dilengkapi dengan teknologi ChronoluxCB™ yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan secara drastik. Serum ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

7. Dr. Rashel 8 in 1 Silver Collagen Elastin Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 7

Serum ini mempunyai 8 fungsi sekaligus dalam satu produk iaitu untuk mencerahkan, melembapkan, melembutkan, memberikan khasiat kepada kulit, menggantikan sel-sel kulit mati, mengurangkan jerawat, mencerahkan dan mengurangkan kedutan pada kulit muka.

Kandungan elastinnya juga berfungsi untuk menjaga kulit anda supaya lebih ketat dan fleksibel. Bukan sahaja itu malah serum ini juga mengandungi serbuk mutiara yang berguna untuk merawat kulit muka yang letih dan mengembalikannya seperti semula. Anda boleh mencuba produk ini bagi anda yang bermasalah dengan kulit kusam kerana terlalu letih bekerja dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk merawat kulit muka.

8. Garnier Sakura White Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 8

Garnier Sakura White Serum ini diekstrak daripada bunga sakura yang mana boleh menjadikan kulit muka anda lebih lembut dan halus. Ia boleh membantu dalam mencerahkan parut pada kulit muka dan bertindak tiga kali ganda untuk mencerahkan kulit muka anda. Bukan sahaja itu malah serum ini juga boleh memudarkan garis halus pada kulit muka dan memastikan kulit lebih tegang agar kelihatan sentiasa muda.

9. The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 9

Serum ini dihasilkan bukan hanya untuk menghaluskan dan memberikan khasiat pada kulit tetapi juga diformulasikan supaya boleh mengawal sebum serta minyak pada kulit muka anda.

Selain itu, produk ini turut dilengkapi dengan City Defender Complex untuk melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kecantikan pada kulit muka anda. Penggunaan serum ini secara teratur juga boleh mengecilkan pori-pori pada muka anda.

10. Laneige Clear-C Peeling Serum

10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia 10

Produk ini diperkaya dengan tumbuhan AHA yang membantu menjaga lapisan kulit anda. Ia juga memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit kering agar lembap sepanjang hari. Selain itu, serum ini juga membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit mati pada kulit muka anda. Bagi anda yang menginginkan kulit halus dan bebas daripada cela gunakanlah serum ini pada waktu siang dan malam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Baca Lagi: 7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...