Utama Muka 10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Oleh itu, scrub muka sangat baik dalam membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih halus, cantik dan cerah sempurna. Berikut adalah 10 produk scrub muka terbaik yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan hasil akhir makeup yang flawless.

1. Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 1

Scrub muka ini menggabungkan gula hitam dan campuran pelembap khas jojoba seed oil, shea butter dan cranberry oils untuk membuatkan kulit sehalus sutera. Bahan-bahan lembut ini berkesan dalam mengatasi masalah kulit kusam dan membantu mengawal sebum yang terperangkap pada kulit muka anda. Selain itu, ia mampu menyediakan penjagaan dan keselesaan tambahan untuk kulit kering serta mengawal penuaan kulit daripada berlaku.

Andiroba oil yang terdapat di dalam produk ini juga berfungsi sebagai bahan anti-radang untuk menenangkan kulit dan vitamin E yang dapat meningkatkan keanjalan kulit serta keupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Produk ini juga mempunyai 4 free system iaitu no alcohol, no animal testing, no paraben dan no artificial coloring.

2. Mario Badescu Strawberry Face Scrub

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 2

Mario Badescu Strawberry Face Scrub ini mengandungi real strawberry seeds dan cornmeal yang secara lembut dapat menghilangkan kulit kusam dan kering. Bahkan juga ia mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih lembut, licin dan segar.

3. Frank Body Original Face Scrub

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 3

Produk ini diformulasikan dengan campuran coffee, bamboo dan walnut yang dapat menyahtoksikan pori-pori, melawan jerawat dan memudarkan parut pada kulit muka. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu menggunakannya dua hingga tiga kali seminggu selepas pembersihan. Frank Body Original Face Scrub ini juga bebas daripada PEGs, parabens dan phthalates.

4. Kate Somerville Exfolikate Intensive Exfoliating Treatment

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 4

Dengan mengandungi papaya, pineapple dan pumpkin enzymes ini dapat menghapuskan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit. Tambahan pula, ia memiliki lactic acid, rosewood, cinnamon extracts, aloevera, honey dan vitamin E yang mampu bertindak sebagai proses pengelupasan kulit secara semula jadi, mengurangkan garis-garis halus, kedutan, melicinkan serta melembutkan kulit pada muka anda. Produk ini juga bebas daripada parabens, sulfates dan phthalates.

5. The Face Shop Smart Peeling White Jewel

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 5

The Face Shop Smart Peeling White Jewel ini diperkaya dengan pearl powder yang dapat membuatkan kulit muka menjadi lebih cerah, bersih dan berseri selepas proses pengelupasan. Seterusnya, bahan natural cellulose secara lembut dapat berfungsi pada kulit yang mengeluarkan sel-sel kulit mati.

6. St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 6

Produk St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini diperbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi iaitu green tea dan exfoliating mineral. Ianya mengandungi 1% salicylic acid yang dapat membantu dalam menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka anda.

Selain itu, ia tidak menyumbat minyak dan kotoran daripada pori-pori muka serta dapat membersihkan bintik-bintik hitam dengan berkesan. Scrub muka ini juga bebas paraben, hypoallergenic, non-comedogenic dan telah diuji oleh pakar dermatologi. Dengan serta merta anda akan mendedahkan kulit muka yang lebih berseri secara semulajadi.

7. The Body Shop Tea Tree 3 – in – 1 Wash Scrub Mask

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 7

Produk ini diperkaya dengan organic community trade tea tree oil yang dapat membuatkan kulit muka anda terasa lebih segar dan licin. Dengan pembersihan 3 dalam 1, ia akan membantu dalam membersihkan kulit, menghilangkan kotoran melalui proses pengelupasan yang lembut dan mampu membersihkan kulit tanpa membuatkan kulit anda terlalu kering. Tambahan pula, ia dapat mengurangkan penampilan pori-pori dan kulit yang berminyak pada muka.

8. Garnier Light Complete Scrub

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 8

Produk scrub muka Garnier Light Complete Scrub ini diperkaya dengan pure lemon essence dan 1000 micro-beads yang lembut secara intensif dalam membersihkan kulit dan membuatkan kulit muka satu tona lebih cerah dalam satu kali cucian. Selain itu, ia juga dapat menyerap minyak, menanggalkan sel-sel kulit mati dan membersihkan liang-liang pori tanpa mengeringkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk kegunaan seharian.

9. Safi Oxywhite Krim Skrub Cerah Sempurna

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 9

Safi Oxywhite Krim Skrub Cerah Sempurna ini diformulasi tanpa buih dan diperkaya dengan manik mikro aprikot yang dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam tanpa merosakkan kulit. Di samping itu, ia mampu membersihkan jauh ke dalam liang-liang pori untuk membuang kotoran dan sebum yang berlebihan pada kulit muka anda. Dengan formulasi pH seimbang, produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

10. Nivea White Pearl Glowy Exfoliating Scrub

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik 10

Produk ini mengandungi pearl-whitening complex yang terbukti memberikan kesan pemutihan 10 kali lebih baik daripada vitamin C. Bahkan juga ia dapat membersihkan kotoran secara lembut untuk mengurangkan jerawat, liang-liang pori yang lebih besar dan bintik gelap tanpa bahan penipisan kulit. Scrub muka ini sangat sesuai untuk kulit yang lebih kusam dengan liang-liang pori yang lebih besar.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...