Utama Muka 10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Penggunaan krim malam yang betul dapat merawat kulit dan membantu proses pengelupasan kulit semasa tidur. Bagi krim malam yang baik, ia haruslah mengandungi formula lebih kuat yang dapat membantu melembapkan dan menghilangkan tanda-tanda penuaan pada kulit seperti garis-garis halus, kedutan, jeragat, bintik hitam dan jerawat. Bahkan juga ia dipercayai dapat melembutkan dan menghaluskan kulit muka anda. Berikut adalah sepuluh produk pilihan krim malam terbaik di malaysia pada tahun ini iaitu:

1. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 1

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih muda dan awet muda. Selain itu, ia dapat melembapkan kulit, kulit tegang yang lebih ketara, pengelupasan dua kali lebih baik, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada waktu malam. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam.

2. The Body Shop Vitamin E Nourishing Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 2

Krim malam ini tidak berasa melekit dan dirumus khas dengan vitamin E, plumping hyaluronic acid dan wheatgerm oil yang dapat menambah antioksidan pada kulit. Tambahan pula, ia dapat melindungi kulit dan mengembalikan kelembapan kulit muka anda pada waktu malam. Produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit kering. Dengan penggunaan setiap malam sebelum tidur, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus, lembut dan berseri.

3. Neutrogena Fine Fairness Overnight Brightening Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 3

Neutrogena Fine Fairness Overnight Brightening Cream ini diperkaya dengan healthy white complex adalah gabungan unik daripada white lily extract, vitamin C dan vitamin B yang secara efektif dapat menghilangkan bintik hitam dan mencerahkan warna kulit. Malah, ia berfungsi dari jauh ke dalam kulit anda semasa tidur dan terbukti secara klinikal mampu memberikan kecerahan kulit yang tahan lama dengan meningkatkan tiga elemen iaitu tone, tekstur dan penghidratan.

4. Eucerin Hyaluron Filler Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 4

Krim malam ini mengandungi dua jenis hyaluronic acid yang berbeza untuk merawat semua jenis kedutan pada kulit. Tambahan pula, ia memiliki bio-active glycine-saponin dan concentrated dexpanthenol bagi meningkatkan pengeluaran hyaluronic acid itu sendiri serta menyokong proses regenerasi semalaman kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit.

5. L’Oreal White Perfect Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 5

L’Oreal White Perfect Night Cream ini tidak melekit, segar dan dirumus khas dengan melanin vanish yang mampu menghilangkan 50 kali pigmentasi aktif yang lebih kuat serta membantu kulit menjadi lebih cerah sambil memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit.

Selain itu, ia mengandungi tourmaline gemstone dan vitamin E yang dapat membantu merangsang peredaran mikro kulit dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda. Dengan penggunaan secara rutin, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih cerah, glowing dan berseri.

6. Bio Essence Bio-Gold Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 6

Krim malam ini mengandungi formula bio energy complex dan 24k bio gold yang dapat membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit muka serta leher. Seterusnya, ia mampu menyuburkan dan melembapkan muka serta leher secara intensif untuk membantu mencegah kekeringan mahupun garisan. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan memperolehi kulit muka yang lebih sihat, berseri dan cantik setiap masa.

7. Good Virtues Co Brightening Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 7

Good Virtues Co Brightening Night Cream ini diperkaya dengan organic habbatus sauda oil (organic black seed oil), hyaluronic acid dan vitamin E yang berfungsi dalam membantu memulihkan kulit. Bahkan juga ia termasuk dalam ekstrak himalaya semulajadi untuk mengeluarkan bintik-bintik gelap bagi kulit yang lebih cerah dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan ketika anda tidur. Produk ini bebas daripada mineral oil, SLES, ALES, parabens, synthetic colourants dan tidak diuji pada haiwan.

8. Garnier Pinkish Radiance Sleeping Essence

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 8

Krim malam ini mengandungi dua kali ekstrak sakura, ekstrak buah-buahan semulajadi dan vitamin CG yang mampu melembapkan muka sehingga 24 jam dan membolehkan agar kulit anda bernafas ketika tidur. Malah, ia membantu mencerahkan tona kulit, menyamarkan bintik hitam dan menghaluskan tekstur pada kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk kulit sensitif. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih cerah merah jambu, halus dan lembut sepanjang hari.

9. Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 9

Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam ini kaya dengan nano gold 24k dan royal jelly yang berfungsi bagi mengukuhkan struktur dalaman dan pembaharuan kulit. Tambahan pula, ia cepat menyerap pada kulit, melembapkan kulit, merawat kulit ketika tidur malam dan menguatkan sel-sel kulit muka untuk perlindungan optimum. Produk ini juga dapat memgurangkan stres pada kulit muka anda yang keletihan.

10. Nurish Organiq Brightening Night Cream

10 Produk Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2019 10

Krim malam ini dirumus khas dengan kemboja, bunga raya, bilberi dan timun yang mampu mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam dengan lebih berkesan ketika tidur malam.

Seterusnya, ia dapat membantu mengurangkan kekusaman kulit, memelihara kelembapan kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati, menggalakkan pembaharuan sel, mencegah pigmentasi, mengecilkan pori-pori semulajadi dan menghaluskan kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit. Dengan penggunaan secara rutin, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih cerah, anjal dan berseri.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...