Utama Make Up 10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Primer berfungsi sebagai base makeup yang mampu untuk mengawal minyak berlebihan, menjadikan makeup lebih tahan lama, meratakan warna kulit, menstabilkan keadaan kulit dan boleh membantu menyamarkan pori-pori pada kulit muka anda. Jika anda memiliki kulit berminyak, berikut adalah 10 pilihan primer yang sesuai untuk anda cuba pada tahun ini.

1. M.A.C Prep and Prime Skin Base Visage

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 1

Produk ini mempunyai tekstur yang berbentuk gel dan sangat ringan ketika diaplikasikan pada muka anda. Selain itu, ia juga dapat menjadikan pori-pori anda kelihatan lebih kecil, meneutralkan warna kemerahan pada muka dan menjadikan warna kulit kelihatan lebih sekata.

2. Nars Radiance Primer

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 2

Nars Radiance Primer ini mengandungi radiance boosting complex yang mampu meremajakan kulit muka, menjadikan muka kelihatan lebih cerah dan membantu menyihatkan kulit muka anda. Ia juga membantu makeup agar tahan lama dan mengandungi SPF 35 yang dapat melindungi kulit muka anda daripada sinaran matahari.

3. Maybelline Baby Skin Instant Pore Eraser

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 3

Produk ini memiliki tekstur yang tidak creamy dan juga tidak cair. Selain itu, terdapat bahan cherry extract yang diperkaya dengan antioksidan sehingga kulit muka anda terlindung daripada kesan buruk radikal bebas. Ia juga dapat memberikan hasil kulit muka yang mulus dan halus seperti kulit bayi. Harga bagi produk ini sangat berpatutan dan tersedia di pasaran.

4. Smashbox Photo Finish Foundation Primer

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 4

Primer ini akan membantu meratakan warna kulit, menyamarkan bintik-bintik hitam dan pori-pori pada muka serta membantu memudahkan penggunaan makeup mahupun foundation. Selain itu, ia juga diperkaya dengan antioksidan, vitamin A, vitamin E dan oil-free sehingga dapat membantu melindungi kulit muka anda daripada radikal bebas serta sangat sesuai digunakan oleh pemilik kulit berminyak.

5. Becca Ever Matte Poreless Priming Perfector

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 5

Produk ini mampu mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka anda dan memberikan hasil kulit matte yang tahan lama sehingga 12 jam. Selain mampu menyamarkan pori-pori, mengawal minyak berlebihan dan meratakan warna kulit, ia juga mengandungi sweat & humidity resistant yang mana tahan peluh dan tidak akan pudar walaupun dalam keadaan cuaca yang lembap.

6. Catrice Prime and Fine Pore Refining Anti Shine Base

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 6

Produk ini merupakan salah satu primer yang dapat menjadikan kulit muka anda bebas kilat. Ia mengandungi ultra light formula yang dapat menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama dan sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak.

Bahkan juga, produk ini dapat menyamarkan pori-pori pada muka sehingga anda akan kelihatan sempurna. Anda boleh menggunakan sunscreen supaya kulit muka anda terlindung daripada sinaran matahari. Primer yang ringan ini sangat sesuai digunakan untuk anda setiap hari.

7. Shu uemura Stage Performer Block:Booster

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 7

Primer ini dapat melembapkan kulit muka selama 24 jam, melindungi kulit dan sebagai anti-inflammatory pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit muka daripada sinaran UVA dan UVB serta sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti luaran.

8. Makeup Revolution Ultra Face Base Primer

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 8

Produk ini boleh menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama selama 24 jam. Selain itu, ia juga sangat selamat bagi kulit muka kerana cruelty free dan gluten free. Primer ini akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih halus dan flawless serta sangat sesuai bagi anda yang ingin kelihatan natural. Anda boleh menggunakan sunscreen supaya kulit anda terlindung daripada sinaran matahari sekiranya anda ingin melakukan aktiviti luaran.

9. Milani Primer Shield Face Primer Mattiying Pore Minimizing

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 9

Produk ini adalah primer yang memiliki hasil akhir yang matte pada kulit muka dan sangat sesuai bagi pemilik kulit berminyak. Ia juga dapat menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama. Anda boleh menggunakan sunscreen agar kulit anda terlindung daripada sinaran matahari sekiranya anda ingin melakukan aktivitu luaran.

Selain itu, primer ini dapat menyamarkan pori-pori dan garis halus pada kulit muka anda. Jangan ragu untuk memilih produk ini bagi anda yang ingin kelihatan cantik dengan makeup yang sempurna.

10. YSL Encre De Peau All Hours Primer

10 Pilihan Primer Makeup Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 10

Primer ini dapat menjadikan kulit muka anda bebas kilat sepanjang hari dan sangat sesuai bagi anda yang memiliki kulit kombinasi dan berminyak. Ia juga dapat menyamarkan pori-pori sehingga kulit muka anda kelihatan lebih halus dan mulus. Selain itu, produk ini mengandungi SPF 18 PA++ yang boleh melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Jangan ragu untuk memilih produk ini bagi anda yang sering melakukan aktiviti luaran.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...