Utama Badan 10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kebanyakan wanita yang menggunakan makeup ingin kelihatan cantik dan menarik. Bukan sahaja kelihatan cantik, wanita pada masa kini juga menggunakan perfume untuk kelihatan lebih wangi dan sempurna. Lebih-lebih lagi, dengan menggunakan perfume yang tepat juga dapat menambah kepercayaan diri anda. Bagi anda yang sedang mencari jenama perfume wanita terbaik, berikut adalah 10 pilihan perfume terbaik 2018 iaitu:

1. Lancome Tresor Midnight Rose Eau De Parfum Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 1

Aroma dengan imej yang romantis, elegan dan sensual

Lancome Tresor Midnight Rose Eau De Parfum Spray ini mempunyai kesan aroma yang romantis dan manis dengan gabungan raspberry, rose, vanilla dan musk yang menggoda. Ia juga sangat sesuai untuk anda yang menginginkan aroma menggoda tetapi tidak menghilangkan kesan romantis dan elegan.

Selain itu, perfume ini sangat sesuai digunakan ketika anda melakukan aktiviti seharian dan juga ia boleh digunakan pada acara di waktu malam supaya anda kelihatan lebih seksi.

2. Chanel Coco Mademoiselle Eau De Parfum Intense Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 2

Wangian floral yang mewah dan seksi

Salah satu perfume yang utama dari jenama Chanel ialah Coco Mademoseille Eau De Parfum Intense Spray. Perfume yang mewah ini memiliki wangian floral yang berasal dari grasse jasmine dan may rose. Terdapat juga aroma patchouli dan vetiver yang memberi kesan seksi dan anggun. Bahkan juga, ia memberikan rasa yang segar hasil daripada aroma orange tersebut.

Di samping itu, produk ini mempunyai wangian dengan kekuatan sederhana dan dapat bertahan sehingga 10 jam. Anda juga dapat menggunakan perfume ini untuk aktiviti seharian mahupun majlis yang tertentu. Jadi, anda boleh memilih Coco Mademoseille Eau De Parfum daripada Chanel ini apabila anda menginginkan perfume dengan aroma yang mewah dan tahan lama.

3. Yves Saint Laurent Opium Eau De Parfum Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 3

Aroma yang stabil dan kuat

Anda boleh memilih produk dari Yves Saint Laurent ini sekiranya anda menginginkan perfume dengan aroma yang kuat dan tahan lama sepanjang hari. Produk ini merupakan salah satu perfume klasik yang terbaik dari Perancis dan menjadi kegemaran bagi kebanyakan wanita pada masa kini.

Perfume ini sangat sesuai untuk digunakan setiap hari kerana wangian yang segar dan tahan lama. Ia mempunyai bahan-bahan yang terdiri daripada aroma myrrh, patchouli, opoponax, amber dan vanilla yang dapat memberikan aroma yang kuat dan segar. Anda juga tidak perlu untuk menyembur beberapa kali bagi mengembalikan aromanya.

4. Anna Sui La Nuit De Boheme Eau De Toilette

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 4

Wangian floral yang feminin dan segar

Produk ini mempunyai bentuk kemasan yang sangat unik tanpa perlu menghilangkan kesan yang mewah dengan gabungan bunga dan kupu-kupu. Sebaiknya, anda tidak boleh ketinggalan apabila anda suka mengumpul koleksi botol perfume Anna Sui La Nuit De Boheme Eau De Toilette. Perfume ini memiliki aroma yang feminin dan segar sekaligus memberi kesan yang sensual serta mewah.

Wangian yang segar bagi perfume ini adalah daripada champagne citrus, midnight blackberry dan golden apple manakala sentuhan femininnya pula daripada kelopak bunga mawar, teratai dan oud yang mewah. Ia juga sangat sesuai digunakan untuk majlis makan malam tetapi tidak salah anda menggunakannya setiap hari bagi meningkatkan keyakinan diri.

5. Philosophy Pure Grace Spray Fragrance

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 5

 Aroma sabun dan air untuk kesan bersih yang anggun

Perfume ini mempunyai aroma sederhana yang merupakan gabungan wangian sabun dan air. Aromanya memberikan kesan yang bersih seperti anda selepas mandi dan juga ia memiliki wangian yang paling sederhana berbanding dengan wangian perfume yang lainnya.

Philosophy Pure Grace Spray Fragrance ini sebenarnya menggabungkan aroma lavender, kasturi, melati dan air lily untuk menghasilkan wangian sederhana. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang ingin memiliki perfume dengan aroma yang sederhana tetapi tetap memberikan kesan yang menggoda dan anggun.

6. Jo Malone London Red Roses Cologne

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 6

Kewangian mawar yang lembut

Produk ini mempunyai aroma mawar yang berasal daripada tujuh mawar yang paling indah di dunia. Jadi, perfume ini mampu menghasilkan wangian mawar yang terbaik dan berbeza dengan perfume yang lainnya. Ia juga menggabungkan sedikit wangian lemon yang fruity sehingga aroma yang dihasilkan terasa lebih feminin dan segar.

Wangian perfume ini boleh bertahan lama dan anda dapat menggunakannya untuk setiap hari kerana wangiannya yang lembut dan tidak berlebihan. Oleh itu, perfume dari Jo Malone London Red Roses Cologne ini boleh menjadi pilihan jika anda sedang mencari perfume dengan aroma yang tahan lama untuk digunakan sepanjang hari.

7. Kiehl’s Musk Eau De Toilette Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 7

Sesuai untuk wanita dan lelaki

Aroma musk ini sangat sesuai digunakan oleh wanita mahupun lelaki. Perfume ini termasuk dalam produk cruelty-free yang tidak membahayakan haiwan kerana wangiannya tidak diperoleh daripada haiwan. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan aroma musk yang kuat dan juga boleh digunakan bersama pasangan anda.

Perfume ini mempunyai top notes yang segar dan creamy daripada orange blossom. Pada middle notes, produk ini memberikan kesan floral daripada gabungan diantara bunga mawar, teratai, ylang-ylang dan neroli manakala base notes adalah tonka nut, white patchouli dan musk. Semuanya dirumus menjadi haruman yang sempurna untuk wanita dan lelaki.

8. Estee Lauder Sensuous Eau De Parfum Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 8

Gabungan aroma yang memberi kesan sensual, seksi dan feminin

Produk dari Estee Lauder ini mempunyai aroma sensual yang berasal daripada bunga lily. Selain itu, terdapat pula gabungan aroma bunga magnolia dan bunga melati yang menjadikan perfume ini memiliki aroma yang seksi dan feminin. Produk ini boleh menjadi pilihan apabila anda sukakan wangian floral yang sensual.

Selain wangian floral yang sensual, perfume ini menggabungkan aroma seperti mandarin juice dan madu yang memberikan kesan fresh. Kemasan botol perfume ini berwarna pink yang feminin, elegan dan ia sangat sesuai untuk digunakan setiap hari semasa waktu bekerja mahupun acara yang penting.

9. Marc Jacobs Decadence Eau De Parfum Spray

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 9

 Kemasan cantik dengan wangian yang sensual dan mewah

Marc Jacobs Decadence Eau De Parfum Spray ini mempunyai aroma yang sensual dan mewah disebabkan gabungan diantara wangian floral dan woody yang berasal daripada kayu papyrus. Meskipun begitu, perfume ini memiliki aroma woody yang dominan. Produk ini sangat sesuai menemani acara malam anda dan memberikan kesan yang mewah pada penampilan anda setiap hari.

Perfume ini memiliki reka bentuk botol yang unik kerana menyerupai bentuk beg yang mana dilengkapi dengan rantai yang menjadikannya kelihatan mewah. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan mengumpul koleksi kemasan botol perfume yang unik.

10. Nuxe Prodigieux Le Parfume

10 Pilihan Perfume Terbaik 2018/2019 10

Kepelbagaian aroma pada setiap top notes!

Perfume ini mempunyai wangian sensual yang berasal daripada Huile Prodigieuse Dry Oil dari Perancis. Ia juga menghasilkan aroma yang feminin daripada white floral dengan sedikit kesan manis daripada gabungan vanilla dan coconut milk. Anda boleh mencuba produk ini apabila anda menyukai perfume yang mempunyai aroma manis lembut dengan kesan sensual dan feminin.

Selain itu, Nuxe Prodigieux Le Parfume ini memiliki top notes daripada wangian citrus yang diperolehi daripada mandarin orange, orange dan orange blossom. Pada middle notes, anda akan mendapatkan sensasi wangian floral daripada bucket bunga mawar, gardenia dan magnolia. Kemudian, pada base notes, perfume ini mempunyai aroma vanilla dan coconut milk yang manis dan semua aromanya adalah dalam satu produk.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...