BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

10 Pilihan Pencuci Muka Terbaik Di Watson 2018/2019

0 12,733

Pada masa kini, pelbagai produk penjagaan kecantikan boleh didapatkan di Watson dengan mudah. Namun terdapat terlalu banyak pilihan produk yang ada di Watson sehinggakan anda sukar untuk memilih. Artikel ini akan mencadangkan 10 pilihan pencuci muka terbaik yang terdapat di Watson berdekatan anda yang mampu dimiliki.

1. Bio-essence Tanaka Bio-White Advanced Whitening Cleanser

Produk ini merupakan pencuci muka yang jenis berbuih yang mana mampu untuk membersihkan dan menyingkirkan kotoran secara mendalam. Ia juga mengandungi ekstrak Tanaka, Tranexamic Acid dan herba-herba  yang mana mampu untuk membersihkan serta mengembalikan keserian pada kulit muka anda. Kulit muka akan terasa sangat segar dan cerah selepas anda menggunakannya.

2. Cetaphil Gentle Cleansing Bar

Pencuci muka ini dihasilkan khusus bagi anda yang memiliki kulit kering dan kulit sensitif. Meskipun Cetaphil Gentle Cleansing Bar ini berbentuk bar ia tidak mengeluarkan buih dan dapat membersihkan kulit muka dengan sangat baik tanpa menjadikan kulit anda iritasi ataupun kering. Untuk anda yang sedang mencari jenama pencuci muka yang baik, lembut, selesa digunakan setiap hari dan efektif dalam membersihkan kulit maka produk ini adalah pilihan yang betul untuk anda.

3. Olay Total Effects 7 in 1 Foaming Cleanser

Adakah anda ingin kelihatan sentiasa muda dengan hanya mencuci muka, mengapa tidak? Dengan Olay Total Effects 7 in 1 Foaming Cleanser, anda sentiasa boleh kelihatan muda pada setiap masa kerana pencuci muka ini bukan sahaja mampu membersihkan kulit tetapi juga memulihkan kulit muka.

Selain itu, produk ini juga boleh membantu bagi mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit muka anda. Penggunaan secara teratur juga boleh menjadikan kulit muka kelihatan lebih cerah hari-demi-hari dengan muka lebih bersih dan segar.

4. Garnier Pure Active Pollution & Oil Deep Clean Foam

Produk pencuci muka ini bertindak dengan seratus kali ganda anti-oksidan untuk kulit muka anda. Ia juga mengandungi ekstrak teh matcha yang mana boleh membantu mengawal minyak yang berlebihan dan menghapuskan kulit yang kusam disebabkan anda sering terdedah kepada cuaca panas. Bahkan juga, ia turut membantu dalam mencegah jerawat daripada timbul dengan mengurangkan bakteria yang disebabkan oleh habuk dan pencemaran.

5. Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser

Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser ini dirumus khas dengan menggunakan Microclear Technology yang mengandungi bahan-bahan anti-bakteria yang mana sangat berkesan dalam melawan penyebab jerawat dan menghalang daripada breakouts. Bahan Botanical Complex semulajadi yang terdapat di dalam pencuci muka ini boleh membantu untuk menenangkan dan melembapkan kulit muka anda. Produk pencuci muka ini telah diuji oleh pakar dermatologi dan ia selamat daripada alergi.

6. Pond’s White Beauty

Pond’s White Beauty adalah pencuci muka yang sangat laris di pasaran kerana 50% daripadanya adalah krim pencerah kulit muka sehingga ia boleh disebut sebagai produk yang tepat untuk mencerahkan kulit muka. Ia juga mengandungi Pro Vitamin B3 untuk mencerahkan noda hitam yang telah lama berada di kulit muka anda.

7. Himalaya Purifying Neem Face Wash

Produk ini merupakan pencuci muka herba yang diperkaya dengan neem, kunyit dan vetiver untuk menyingkirkan kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit dan menghalang daripada timbulnya jerawat. Selain itu, ia juga bebas daripada SLS (sodium Lauryl Sulfate), paraben dan phthalates (bahan kimia yang mana boleh merosakkan sistem reproduktif seseorang individu).

8. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini mengandungi formula yang ringan dan tidak menjadikan kulit muka anda terkena iritasi malah ia akan melegakan kulit muka ketika dibersihkan. Dengan formula bebas sabun, ia dapat memberikan perlindungan semulajadi terhadap kulit muka anda untuk mengekalkan kesegaran dan mengawal minyak yang berlebihan.

Tambahan pula, pencuci muka ini dibuat khusus untuk semua jenis kulit yang mana sangat berkesan bagi menjaga kulit muka anda kerana ia menenangkan dan menjadikan kulit muka kelihatan lebih halus dan lembut.

9. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Wash

Produk ini mengandungi ekstrak hatomugi dan bunga chamomile yang boleh membantu dalam memberikan ketenangan kepada kulit muka dan keseimbangan pH untuk pemilik kulit berminyak. Buih halus yang lembut daripada pencuci muka ini dapat membasuh semua kotoran dan sisa minyak yang berlebihan pada kulit muka setiap kali anda mencuci muka. Anda juga tidak perlu risau kerana ia bebas daripada bahan wangian, pewarna dan minyak mineral.

10. Cetaphil Oily Skin Cleanser

Pencuci muka ini memberikan kesan yang efektif kepada kulit muka yang berminyak. Ia juga berfungsi dengan memberikan kesan berbuih yang lembut pada kulit bagi menyingkirkan minyak, kotoran dan makeup tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit muka anda. Jadi, untuk anda yang mempunyai kulit berminyak sangat sesuai menggunakan produk ini kerana ia merupakan non-comedogenic dan boleh digunakan dengan ubat jerawat.

Baca Lagi: 5 Pilihan Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.