Utama Make Up 10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Lipstik merupakan gincu bibir yang sangat penting bagi wanita kerana dapat mencantikkan bibir mereka dan membuatkan ia kelihatan lebih sihat dan fresh. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang gincu yang pudar dan tidak tahan lama apabila makan serta minum. Hal ini kerana pada hari ini terdapat pelbagai gincu yang tahan lama telah dikeluarkan di pasaran. Artikel ini akan mencadangkan sepuluh produk lipstik tahan lama di pasaran iaitu:

1. Laneige Silk Intense Lipstick

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 1

Gincu ini tahan lama dengan pilihan warna mewah dan terang yang dapat menjadikan bibir lebih menarik. Selain itu, ia telah dirumuskan khas dengan pigmen warna kecil untuk meningkatkan daya tahan dengan penambahan ekstrak kelembapan yang kaya bagi melawan kekeringan pada bibir anda. Lipstik ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

2. Maybelline Super Stay Matte Ink

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 2

Maybelline Super Stay Matte Ink ini memberikan anda kemasan matte yang sempurna dengan pelbagai warna unik dan dapat menyerlahkan bibir anda. Bahkan juga ia tahan lama sehingga 16 jam tanpa perlu touch up banyak kali terutamanya ketika selepas makan dan minum. Produk ini hadir dengan lapan pilihan warna yang cantik dan menarik seperti loyalist, dreamer, lover, pioneer, romantic, believer, escapist dan voyager.

3. NYX Soft Matte Lip Cream

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 3

NYX Soft Matte Lip Cream ini tahan lama sehingga 6 jam selepas penggunaan. Malah, ia mempunyai tekstur krim dan mampu melembapkan bibir anda yang kering. Ianya mempunyai kemasan yang hampir sama dengan lip cream yang lainnya seperti berbentuk tube dengan tutup berwarna hitam. Produk ini mempunyai 33 pilihan warna yang boleh anda pilih dan sesuaikan dengan warna kulit anda.

4. Urban Decay Vice Lipstick

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 4

Urban Decay’s proprietary Pigment Infusion System ini memberikan rangkaian gincu mewah dan bibir akan terasa lebih halus serta lembut. Ianya mengandungi ultra-nourishing formula yang dipenuhi dengan campuran mentega yang dapat melembapkan bibir anda agar lebih lembut dan tidak kering.

Selain itu, ia diperkaya dengan aloe vera, jojoba, avocado dan babassu oils yang mampu menyegarkan dan melembutkan bibir anda. Illipe butter yang berasal dari Malaysian illipe trees mampu memberikan kelembapan yang tahan lama manakala vitamin C dan E memberikan sedikit antioksidan.

5. Fenty Beauty Stunna Lip Paint Longwear Fluid Lip Color

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 5

Gincu ini dengan soft matte finish dan dirumus khas untuk anda yang tidak suka melakukan touch up berkali-kali dalam sehari. Ianya akan masih terasa sangat ringan pada bibir walaupun tahan lama sehingga 12 jam. Bahkan juga anda akan merasa seperti tidak menggunakan gincu sama sekali. Produk ini didatangkan dengan lima pilihan warna yang menarik dan cantik iaitu unbutton, uncuffed, unveil, uncensored dan uninvited.

6. Chanel Rouge Allure Ink Lip Colour

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 6

Chanel Rouge Allure Ink Lip Colour ini mampu mewujudkan warna bibir yang intense dan luminous. Tambahan pula, ia mengandungi vitamin E, jojoba oil, green tea dan sweet almond oil yang akan membuatkan bibir lebih lembap dan memberikan khasiat pada kulit bibir anda. Ianya juga mengandungi pigmen halus dan padat dengan hasil yang tahan lama sehingga 8 jam. Produk ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

7. Huda Beauty Liquid Matte Lipstick

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 7

Gincu ini sangat selesa digunakan dan tahan lama pada bibir. Ia mengandungi antioksidan yang dapat membantu mengekalkan kelembapan pada bibir. Selain itu, ia juga memiliki formula yang ringan dan kemasan matte seperti anda tidak menggunakan apa-apa pada bibir anda sama sekali. Sebaiknya anda perlu menggunakan lipstik ini setelah melakukan exfoliation terlebih dahulu pada bibir mungil anda.

8. Cathy Doll Nude Me Liquid Lip Matte

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 8

Cathy Doll Nude Me Liquid Lip Matte ini memiliki tekstur yang lembut dan tahan lama tanpa perlu risau lagi akan gincu yang pudar ketika minum dan makan. Ia turut memberikan kesan matte dan tidak mengeringkan bibir anda. Warna matte yang cantik dan menarik ini juga sangat sesuai untuk dikenakan pada semua jenis warna kulit. Produk ini hadir dengan sembilan pilihan warna iaitu true brown, nude brown, rose embroidery, rose bloom, peach me, dusty rose, moss rose, aggie maroon dan burgundy red.

9. Loreal Paris Infallible Le Rouge Lipstick

10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 9

Loreal Paris Infallible Le Rouge Lipstick ini membuatkan bibir anda kelihatan cerah dan berkrim. Selain itu, ia akan memberikan kelembapan pada bibir anda supaya tidak kering dan selesa apabila menggunakannya. Hal ini kerana ia telah dirumuskan khas dengan vitamin E yang mana anda tidak perlu risau tentang warna gincu yang pudar meskipun selepas makan dan minum. Produk ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan boleh disesuaikan dengan keperluan anda.

10. Silkygirl Matte Junkie Lip Cream10 Pilihan Lipstik Tahan Lama Di Malaysia 2019 10

Dengan teknologi kiss-proof, gincu ini akan tahan lama walaupun anda minum dan makan makanan yang berminyak. Selain itu, ia ringan pada bibir dan bebas wangian, carmine, paraben serta tidak diuji pada haiwan. Produk ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna iaitu retro, glamour, rebel, vintage, vixen, darling, dolly, artsy dan rouge untuk melengkapkan penampilan matte anda.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...