Utama Make Up 10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 6 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kebanyakan daripada anda memandang sebelah mata produk lip balm sehingga anda mengalami masalah dengan bibir kering. Hal ini kerana bibir anda sebenarnya sedang memerlukan lip balm dengan segera!

Lip balm bukan sahaja berguna pada musim kemarau tetapi setiap kali bibir anda mengalami kekeringan. Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenali lip balm yang tepat untuk diri anda. Selamat tinggal kepada masalah bibir kering dan merekah!

Apa Itu Lip Balm?

Lip balm adalah pelembap yang disapu pada bibir anda. Kulit bibir sangat nipis sehingga mudah terdedah terhadap rangsangan dari luar. Lip balm juga seringkali digunakan untuk merawat bibir kering yang merekah kerana terdedah terhadap cahaya ultraviolet.

Biasanya, lip balm mempunyai pelbagai bentuk seperti jar, stik dan tube. Selain itu, lip balm dalam bentuk jar memiliki tekstur yang lebih lembut berbanding lip balm yang berbentuk stik. Bagi lip balm berbentuk jar anda boleh ambil dengan jumlah yang sedikit menggunakan jari, berus dan cotton buds lalu sapukan secara merata ke bibir.

10 Pilihan Lip Balm Terbaik

Ini adalah 10 produk lip balm yang terbaik:

1. Vaseline Lip Therapy

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 1

Jenama utama sejak 1872, terbaik untuk merawat bibir kering!

Vaseline Lip Therapy boleh melembapkan bibir kering dengan segera. Ia juga mampu menghilangkan rasa tidak selesa pada bibir anda disebabkan bibir yang merekah. Produk ini diperbuat daripada petroleum jelly yang tulen dan bukan sahaja sesuai untuk kulit badan tetapi juga bibir. Penggunaan produk ini boleh mencapai sehingga lebih dari enam bulan.

Jenama Vaseline sudah diiktiraf menjadi yang utama dalam merawat kulit kering sejak tahun 1872, jadi anda tidak perlu risau tentang kualitinya lagi.

2. Palmer’s Cocoa Butter Formula Ultra Moisturizing Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 2

 

Lip balm mempunyai aroma coklat dengan kandungan SPF 15!

Palmer’s Ultra Moisturizing Lip Balm diisi dalam tube yang berbentuk oval untuk memudahkan penggunaannya. Ia juga mengandungi cocoa butter dan vitamin E untuk melembapkan bibir serta mengandungi SPF 15 yang dapat melindungi bibir daripada kerosakan disebabkan terdedah terhadap sinar ultraviolet.

Produk ini memiliki tiga jenis perisa yang cukup digemari apabila anda seorang penggemar coklat iaitu dark chocolate mint, dark chocolate cherry dan original. Kekurangan daripada produk palmer’s ini adalah kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk pemilik kulit sensitif. Cuba menggosoknya sedikit ke bibir apabila tidak berlaku kesan sampingan maka ini akan menjadi lip balm kegemaran anda!

3. Wardah Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 3

Lip balm dengan kandungan vitamin E dan perlindungan UV

Jenama kosmetik halal yang berasal dari Indonesia ini sudah tidak perlu diragukan lagi tentang kualitinya. Pelembap bibir ini mengandungi Triple Moisture Care System yang melembapkan, melindungi daripada sinaran ultraviolet dan menyihatkan bibir dengan kandungan vitamin E.

Di samping itu, terdapat tiga jenis yang tersedia dipasaran iaitu strawberry, vanilla dan orange. Lip balm menjaga bibir supaya tetap lembut dan memberikan kesan glossy yang tahan lama. Wardah Lip Balm juga cukup jimat digunakan kerana penggunaannya boleh sehingga berbulan-bulan. Namun, produk ini yang berbentuk jar dinilai kurang bersih.

4. EOS Smooth Sphere Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 4

Pelembap bibir organik kegemaran selebriti dunia dengan bekas telur yang comel

Produk ini sangat sesuai bagi anda yang sukakan kosmetik yang berasaskan bahan organik. Ianya bebas daripada gluten, paraben dan petrolatum. EOS Lip Balm ini juga kaya dengan antioksidan daripada minyak jojoba, vitamin E dan shea butter. Lebih-lebih lagi, ia menjadi produk kegemaran bagi selebriti dunia seperti Kim Kardashian, Kylie Jenner dan Miley Cyrus. Produk ini mempunyai pelbagai jenis dan anda boleh memilih sama ada honeysuckle honeydew, summer sweet, pomegranate raspberry, strawberry sorbet dan sweet mint.

Selain itu, EOS juga mengeluarkan koleksi lip balm lainnya bergantung kepada keperluan anda iaitu Visibly Soft Lip Balm, Active Lip Balm dan Medicated Lip Balm. Apabila anda tidak menyukai bekas telur comelnya kerana merasa kurang hygiene, anda mungkin boleh memilih untuk produk lip balm dari EOS yang berbentuk stik.

5. Clinique Chubby Stick Intense Moisturizing Lip Colour Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 5

Lip balm dengan 16 jenis warna dan pilihan yang lebih baik daripada lipstick

Clinique mengeluarkan lip balm terbaik yang berbentuk crayon sebagai pelembap sekaligus pewarna bibir. Ia mengandungi vitamin E, shea butter, buah mangga yang menyihatkan dan menjaga kelembapan bibir dalam waktu yang sangat lama. Produk ini mempunyai tekstur lembut, selesa dan memberikan kesan glowing yang menawan pada bibir anda.

Selain itu, terdapat 16 jenis warna yang tersedia dipasaran! Lip balm ini mempunyai warna nipis yang sesuai dan boleh digabungkan dengan gincu kegemaran anda, walaupun anda pergi keluar rumah dengan hanya menggunakan lip balm daripada Clinique sahaja.

6. Nivea Lip Butter

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 6

Pelembap bibir yang khas untuk bibir kering dan merekah

Nivea terkenal sebagai salah satu jenama penjagaan kulit yang terbaik di dunia dan mempunyai beberapa produk untuk merawat bibir dimulai daripada lip balm, lip gloss dan lip butter. Kandungan daripada lip butter ini lebih baik daripada lip balm ataupun lip gloss sehingga Nivea Lip Butter ini disarankan untuk anda yang mempunyai masalah dengan bibir kering dan merekah yang sangat teruk.

Tambahan pula, rasailah sensasi lembut dan creamy ditambah dengan aroma yang sedap dan menyenangkan daripada Nivea Lip Butter. Lip butter ini mempunyai pelbagai jenis dan tersedia dipasaran seperti Original, Vanilla & Macadamia, Raspberry Rose, Cocoa dan lain-lain lagi.

7. Burt’s Bees Beeswax Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 7

Lip balm ini diperbuat daripada 100% bahan natural dan sangat popular sejak tahun 1991 di Amerika

Dengan slogan “The original the best and still your favourite“, produk ini selalu dicari dan menjadi benda yang wajib dalam beg kosmetik wanita sejak 1991. Kandungan beeswax menjadikan kulit agar lebih lembut setiap masa sementara vitamin E dan bahan antioksidannya memberikan kelembapan yang maksimum.

Lebih-lebih lagi, terdapat rasa segar yang dihasilkan daripada bahan peppermint oil ketika anda mengusapkannya. Bibir yang lembut dan kenyal adalah idaman bagi setiap orang  dan menjadi milik anda meskipun kandungan pepperment oil mungkin kurang sesuai untuk kulit sensitif dan alergi.

8. Jill Stuart Melty Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 8

Pelembap bibir yang meleleh pada bibir dengan bekas mewah dan sangat cantik

Lip balm ini memiliki tekstur yang cepat meleleh ketika anda menggosoknya pada bibir. Ia mengandungi tiga formula madu yang kaya akan pelembap dan memberikan sensasi bibir lembut sepanjang hari seperti rose honey, orange honey, lavender honey, minyak rose hip dan shea butter.

Dengan kemasan jar berwarna kristal yang elegan dan bergaya ditambah dengan riben manis di tepi, lip balm ini boleh dijadikan sebagai hadiah yang indah untuk orang yang disayangi. Kekurangan bagi produk ini adalah harga yang cukup mahal untuk bersaing dengan lip balm lainnya. Lip balm ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan produk dengan bekas yang kelihatan mewah dan elegan.

9. Blistex Medicated Lip Balm SPF 15

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 9

Boleh merawat bibir yang sangat kering dan merekah dengan baik

Blistex diiktiraf sebagai jenama yang mengeluarkan koleksi produk lip balm terbaik terutamanya untuk  menyembuhkan iritasi pada bibir. Dengan formula unik Advanced Moisture System yang cepat menyerap, mampu mengatasi bibir yang sangat kering dan menjaga kelembapannya dalam waktu yang lama. Lip balm ini mempunyai tekstur yang tebal, tidak berminyak dan terasa segar ketika disapukan pada bibir anda.

Selain itu, produk ini juga mengandungi 4 bahan yang berfungsi untuk menghilangkan perih pada bibir, gatal, rasa tidak selesa dan ia diberi label “medicated” yang mana sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah bibir pecah yang cukup teruk. Blistex Medicated Lip Balm ini terdapat beberapa jenis perisa dan aroma yang boleh meningkatkan mood anda jua.

10. Nivea Creme Care Lip Balm

10 Pilihan Lip Balm Terbaik 2018/2019 10

Lip balm yang sangat best seller dari semasa ke semasa

Lip balm ini adalah salah satu produk perawatam bibir terbaik yang mana mengandungi bahan yang kaya dengan pelembap, melancarkan peredaran darah dan anti-inflamasi. Ia bukan hanya melembapkan tetapi juga efektif bagi mencegah bibir kering dan merekah. Ia terdiri daripada tiga jenis perisa seperti Unscented, Honey Flavor dan Vanilla & Lemon Flavor.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...