Utama Make Up 10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 6 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi anda yang mempunyai kulit kombinasi akan mengalami kesukaran dalam memilih produk foundation yang betul dan tepat. Adakah anda salah seorang daripadanya? Kulit muka akan menjadi lebih kering sekiranya anda memilih foundation dengan coverage yang tinggi dan sesetengah foundation pula boleh menyebabkan kawasan T-zone semakin berminyak. Berikut adalah 10 pilihan foundation terbaik untuk kulit kombinasi pada tahun ini.

1. Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 1

Foundation ini salah satu produk yang terlaris di pasaran pada masa kini kerana kemampuannya untuk menutup semua kekurangan kulit dengan coverage yang tinggi tetapi masih ringan di muka. Selain itu, ia juga tidak akan menyebabkan baju putih anda menjadi kotor apabila anda secara tidak sengaja menggosok muka. Produk ini mampu bertahan sehingga 24 jam tanpa pudar dan cakey.

Formulanya yang oil-free dan oil-controlling boleh mengurangkan bahagian kulit muka anda yang berminyak tanpa menyebabkan bahagian muka yang lain menjadi kering. Bagi yang memiliki masalah jerawat anda tidak perlu risau kerana produk ini non-acnegenic yang telah diuji oleh pakar dermatologi. Dengan menggunakan foundation ini kulit muka anda akan kelihatan lebih flawless dan natural. Kekurangan pada produk ini adalah ia tidak mengandungi SPF meskipun sangat sesuai untuk kulit kombinasi.

2. Revlon Colorstay Makeup for Combination or Oily Skin

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 2

Revlon telah mengeluarkan produk yang dibuat khusus untuk pemilik kulit kombinasi. Formula time release technology yang ada pada produk ini mampu mengawal penyerapan sebum terutamanya pada bahagian muka anda yang sering berminyak. Selain itu, kulit muka anda juga akan bebas kilap.

Tambahan pula, teknologi softFlex akan menjadikan solekan anda masih segar dan boleh bertahan lama sehingga 24 jam tanpa perlu retouch. Kandungan salicylic acid boleh menyamaratakan ketidakseimbangan pada kulit kombinasi anda dengan hasil solekan yang flawless matte. Dengan harga yang cukup affordable dan mengandungi SPF 15 mampu menjadikan Revlon Colorstay Makeup sebagai foundation harian anda.

3. IT Cosmetics Your Skin But Better CC+Cream with SPF 50+

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 3

Adakah anda sedang mencari foundation yang ringan tetapi mempunyai coverage yang tinggi dan serum wajah dengan perlindungan terhadap sinaran UVA/UVB dengan SPF 50+ yang sangat tinggi? Jawapannya adalah produk IT Cosmetics Your Skin But Better CC+Cream with SPF 50+ yang mana berfungsi sebagai full coverage dan menjadi produk terbaik kerana memiliki 7 in 1 functions dalam satu.

Selain itu, kulit kombinasi dengan warna dan tekstur kulit yang tidak rata boleh diatasi dengan concealer feature dan corrector yang dimilikinya. Kandungan pelembap yang terbaik seperti hyaluronic acid dan vitamin juga akan menjaga kesihatan kulit anda. Lebih-lebih lagi, anda boleh mencegah berlakunya penuaan pada kulit muka dengan kandungan bahan antioksidannya. Produk all in one ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan solekan sempurna untuk seharian terutamanya bagi kulit kombinasi yang telah menunjukkan tanda-tanda penuaan pada kulit muka.

4. Maybelline Fit Me Matte+Poreless Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 4

Foundation ini mengandungi tekstur yang sangat ringan pada muka dan juga boleh membantu dalam mengecilkan pori-pori kulit. Selain itu, formula micro powders akan menyerap sebum yang berlebihan pada bahagian wajah anda yang berminyak. Anda juga perlu sapukan sunscreen pada wajah sebelum menggunakan foundation ini kerana ia tidak mengandungi SPF.

5. Wet n Wild Photo Focus Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 5

Foundation daripada Wet n Wild ini mempunyai light-adjusting feature yang sangat efektif bagi menyamaratakan tona kulit dan menyeimbangkan tekstur kulit kombinasi. Kelebihan utama yang menjadikan produk ini digemari oleh wanita di luar sana adalah dengan adanya formula camera ready yang akan menjadikan kulit muka anda memiliki kesan soft-focus. Dengan coverage yang sempurna, anda seolah-olah selfie dengan filter atau kesan daripada kamera yang cantik.

Produk ini dihasilkan bagi menyempurnakan kulit anda semasa bergambar dan menyesuaikan diri dengan tujuh keadaan photo lighting seperti outdoor mahupun indoor photoshoot di bawah langit biru, di hadapan cahaya neon bahkan di dalam tandas. Kelemahan bagi produk ini adalah ia tidak mengandungi SPF. Oleh itu, anda jangan lupa untuk menggunakan sunscreen sebelum selfie di bawah terik matahari.

6. Christian Dior Diorskin Star

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 6

Produk ini adalah salah satu kosmetik yang paling disukai oleh wanita pada hari ini. Ia mempunyai liquid highlighter yang menjadikan tulang pipi atau bahagian muka anda lebih menonjol daripada biasanya. Kelebihan daripada Diorskin Star ini boleh anda perolehi bagi pemilik kulit kombinasi yang menginginkan kesempurnaan solekan. Kesan long-lasting glow yang sihat dan cantik akan kelihatan lebih sempurna untuk kulit kombinasi.

Selain itu, formula foundation ini mampu menyeimbangkan dan menutup kekurangan kulit kombinasi di seluruh kawasan muka supaya kelihatan rata. Dengan mengandungi bahan pelembap yang tinggi, produk ini tidak akan menyebabkan anda merasa melekit dan berminyak pada waktu siang hari yang terik mahupun di kawasan yang beriklim dingin. Labih-lebih lagi, kandungan SPF 30 menjadikannya lebih ideal untuk melakukan aktiviti pada siang hari.

7. Kanebo Lunasol Skin Modeling Powder Glow Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 7

Anda seharusnya memilih produk daripada Kanebo ini bagi anda yang sukakan bedak compact. Bedak ini juga sudah dilengkapi dengan sponge dan anda boleh melakukan touch up secara cepat untuk menutup lebihan minyak di kawasan T-zone anda. Walaupun memiliki bentuk yang padat, produk ini tidak akan menyebabkan lapisan yang tebal atau cakey setelah digunakan.

Kanebo turut mengatakan bahawa produknya boleh menghasilkan kesan tiga dimensi yang mampu menonjolkan tulang pipi, hidung dan kawasan lainnya di muka anda. Kesan highlighting boleh menjadi salah satu trik untuk menutup kekurangan kulit kombinasi anda. Hasil daripada penggunaan produk ini adalah kulit anda akan lebih halus dan glowing serta dilengkapi pula dengan formula SPF 20. Produk ini juga telah tersedia di pasaran dengan enam pilihan warna kulit.

8. Cezanne Japan Japanese Makeup UV Foundation EX 2-Way Powder SPF18 PA ++

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 8

Produk ini sangat terkenal di Jepun kerana dikenali sebagai bedak compact yang berkualiti tinggi tetapi memiliki harga yang berpatutan. Foundation powder yang telah memperolehi Best Cosme Award Japan 2010 ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu coverage yang sederhana, tahan lama, natural finish dan mengandungi SPF 18 serta PA++ yang ideal.

Selain itu, kandungan amino acid yang dimilikinya mampu mencegah kulit kering dan tidak akan menyebabkan kulit berminyak serta sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi. Anda disarankan untuk memiliki produk ini kerana mempunyai pelbagai kelebihan tetapi harga yang masih berpatutan. Tambahan pula, anda boleh menggunakan bedak compact ini dengan sponge yang basah ataupun kering.

9. Kanebo Lunasol Skin Modeling Water Cream Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 9

Lunasol Skin Modeling Water Cream Foundation adalah bedak yang mempunyai bentuk seperti krim. Terdapat kandungan 60% air di dalamnya sehingga memiliki consistency yang ringan dan mudah untuk diratakan pada kulit muka anda. Produk ini juga akan memberikan kelembapan tinggi yang mana diperlukan oleh kulit kombinasi anda setiap hari.

Tambahan pula, kesan skin illuminating akan menjadikan muka anda kelihatan lebih glowing secara semulajadi. Produk daripada Kanebo ini juga sudah dilengkapi dengan formula SPF 20 dan PA++. Jadi, anda perlu menggunakan foundation ini sebelum melakukan aktiviti di luar rumah terutamanya ketika anda menggunakannya di dalam ruang pejabat yang berhawa dingin.

10. BareMinerals Loose Powder Matte Foundation SPF 15 Mineral Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 2018/2019 10

Produk ini dikenali sebagai mineral loose powder foundation terbaik. Ia mempunyai tekstur yang sangat ringan tetapi mampu menutup masalah pori-pori besar, ketidaksempurnaan kulit dan lebihan minyak. Hasilnya adalah finishing yang natural bahkan anda merasa seperti tidak mengenakan foundation. BareMinerals menawarkan tiga puluh shades untuk semua warna kulit.

Bedak taburnya ini anda boleh aplikasikan ke bahagian T-Zone untuk mengawal lebihan sebum pada muka dan sesuai juga bagi kawasan kulit kering. Bedak ini telah dilengkapi dengan non-chemical SPF 15 yang mana selesa bagi kulit kombinasi yang sensitif. Kandungan bagi produk ini sangat selamat dan telah diuji oleh pakar dermatologi  serta tidak akan menyebabkan breakouts walaupun ketika anda tidur setelah menggunakannya.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...