Utama Make Up 10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi anda yang memiliki kulit berminyak menggunakan foundation dengan hasil yang tahan lama dan halus sudah pasti menjadi idaman. Bukan sahaja itu malah terdapat banyak foundation yang dijual dari pelbagai jenama dan mempunyai keistimewaan masing-masing seperti boleh mengecilkan pori-pori, menutup cela, tahan lama dan lain-lain lagi. Akan tetapi, apakah anda sudah memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka anda?

Apa Itu Kulit Berminyak?

Kulit berminyak berlaku disebabkan kelenjar minyak di bawah permukaan kulit yang terlalu aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak. Jika kadar sebum terlalu tinggi akan menyebabkan foundation yang anda gunakan menjadi mudah pudar dan tidak tahan lama. Lebih-lebih lagi ia dapat menimbulkan pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, pori-pori besar dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa faktor penyebab kulit berminyak iaitu:

  • Faktor genetik
  • Pola makanan
  • Stres
  • Cuaca
  • Jantina
  • Umur
  • Ketidakseimbangan hormon.

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Berikut adalah 10 pilihan foundation untuk anda yang memiliki kulit berminyak iaitu:

1. The Body Shop Matte Clay Skin Clarifying Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 1

Cantik dengan bahan-bahan semulajadi

Produk foundation terbaru daripada The Body Shop ini dihasilkan bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Sesuai dengan namanya, kesan yang dihasilkan oleh foundation ini adalah matte dan masih kelihatan natural walaupun ianya termasuk dalam kategori full coverage. Kelebihan lain tentang produk ini adalah ia dapat menutup bekas jerawat mahupun tanda-tanda parut hitam jerawat pada kulit muka.

Seterusnya, foundation ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit muka anda. Di Malaysia tersedia dengan 6 warna iaitu Kaili AzaleaTamerza Dune, Havana SandJapanese Maple, Moluccan Nutmeg dan Savannah Pecan. Jadi tunggu apalagi pilihlah warna yang sesuai mengikut warna kulit anda!

2. Nars All Day Luminous Weightless Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 2

Tampak natural sepanjang hari

Tahukah anda bahawa foundation yang baik dan tahan lama untuk kulit berminyak adalah yang tidak memiliki bahan minyak di dalamnya. Ciri-ciri foundation tersebut anda boleh temui pada produk Nars All Day Luminous Weightless Foundation.

Foundation yang ringan dan bebas minyak ini tahan lama selama 16 jam. Produk ini dapat memberikan hasil makeup yang tahan lama dan tidak mudah luntur semasa berpeluh. Kemampuan coverage yang ditawarkan dalam produk ini juga adalah yang sangat tinggi.

3. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 3

Foundation oil-free yang terbaik untuk pori-pori besar

Maybelline sememangnya memiliki banyak produk yang terbaik, salah satunya ialah Maybelline Fit Me + Poreless Foundation ini. Tekstur dan warnanya sangat mudah diratakan pada kulit muka anda yang berminyak.

Hasil daripada menggunakan foundation ini akan menjadikan kulit muka anda tetap kelihatan natural kerana adanya Bloting Micro Powder yang mampu menyerap minyak sehingga menghasilkan kulit muka yang bebas kilat.

Lurring Micro Powder yang terdapat di dalamnya juga dapat membantu menghaluskan pori-pori anda yang besar dan menjadikan kulit muka kelihatan lebih halus.

4. Mac Studio Waterweight SPF 30 Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 4

Mengandungi SPF yang melindungi kulit

Foundation ini mempunyai tekstur yang cair dan ringan. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak produk ini akan sangat selesa ketika digunakan. Ianya juga dapat mengawal minyak yang berlebihan dan mampu menghaluskan pori-pori pada kulit muka anda. Hasil akhir daripada menggunakan foundation ini ialah satin matte yang akan menjadikan kulit muka anda sentiasa segar.

Bagi anda yang sering melakukan aktiviti luaran, foundation ini juga sangat sesuai kerana mengandungi SPF 30 yang dapat melindungi kulit muka anda daripada sinaran matahari. Ia juga boleh berfungsi sebagai serum disebabkan mengandungi antioksidan yang boleh menyihatkan dan memperbaiki kulit muka anda.

5. Revlon ColorStay Makeup for Combination/Oily

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 5

Kulit muka kelihatan lebih cerah dan sihat

Revlon ColorStay Makeup for Combination/Oily mempunyai tekstur yang cair dan ringan serta sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak. Ia termasuk dalam kategori medium coverage dan mampu menutup tanda-tanda hitam, bekas jerawat dan pori-pori yang besar pada kulit muka anda.

Selain terkenal dapat menyerap minyak yang berlebihan pada muka, ianya juga dapat menjadikan kulit muka anda kelihatan lebih cerah dan sihat. Formula Time Release Technology yang dibuat khusus untuk kulit muka berminyak dan kombinasi ini dapat memberikan hasil solekan yang tahan lama selama 8 jam.

6. Milani Conceal Perfect 2 in 1 Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 6

Hasil matte yang ringan

Produk ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki kulit berminyak. Ianya yang termasuk dalam full coverage ini mampu bertahan dengan lebih lama tanpa membuatkan makeup anda mudah luntur. Selain itu, ia memiliki tekstur yang creamy, mampu menutup bekas jerawat dan kemerahan pada muka anda hanya dengan satu lapisan sahaja.

Walaupun termasuk dalam kategori full coverage, ia tetap ringan ketika digunakan. Kesannya adalah matte, ringan dan natural. Anda juga boleh sesuaikan dengan warna kulit muka anda dan tersedia dalam pelbagai warna.

7. Makeover Ultra Cover Liquid Matte Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 7

Kulit muka yang selalu lembap

Jika anda ingin selalu kelihatan segar dan lembap tanpa menimbulkan kesan berminyak, Makeover Ultra Cover Liquid Matt Foundation inilah penyelesaianya! Anda tidak perlu risau, walaupun hasil daripada menggunakan foundation ini adalah matte, ia juga mengandungi moisturizer yang menjadikan kulit lembap.

Selain itu, ia juga mengandungi SPF 31 yang berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV yang berbahaya. Produk ini dapat menutup bintik hitam dengan baik dan hadir dalam tujuh pilihan warna.

8. Mineral Botanica Original Loose Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 8

Ringan dan natural

Foundation ini mempunyai bentuk seperti bedak yang sangat mudah dan ringan semasa digunakan. Kesan yang dihasilkan pun sangat natural. Selain mampu menyerap minyak yang berlebihan, ia juga mengandungi ekstrak Adansonia yang berfungsi untuk melembapkan kulit muka anda.

Mineral Botanica Original Loose Foundation ini memberikan hasil makeup yang tahan lama selama 4 jam. Kekurangan yang dimilikinya adalah harus mengaplikasikannya kembali dalam waktu tertentu. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang sering sibuk, namun masih ingin kelihatan cantik dalam waktu yang singkat.

9. Loreal Infallible Pro-Matte Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 9

Waterproof dan oil-proof

Jika anda menginginkan makeup yang tahan lama, Loreal Infallible Pro-Matte Foundation inilah jawapannya! Foundation ini memiliki tekstur yang creamy dan medium coverage. Kesan akhir yang dihasilkan adalah matte dan sangat halus pada kulit muka.

Sesuai dengan claim iaitu 24 hours foundation, makeup anda akan dapat bertahan lama sepanjang hari. Ia juga memiliki kelebihan seperti waterproof dan oil-proof yang dapat menahan air dan minyak pada kulit muka anda. Walaupun memberikan hasil makeup yang tahan lama dengan sangat baik, ianya tetap ringan semasa digunakan dan memiliki 12 warna yang boleh anda pilih serta sesuaikan dengan warna kulit anda.

10. Makeup For Ever HD Invisible Cover Foundation

10 Pilihan Foundation Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 10

Hasil yang tahan lama

Salah satunya foundation yang sering digunakan oleh makeup artist profesional ini, ia mempunyai tekstur yang ringan dan mampu mengawal penghasilan sebum secara maksimum sehingga sangat sesuai digunakan bagi anda yang memiliki kulit berminyak.

Selain itu, ia juga mengandungi hyaluronic acid yang membantu dalam memberikan kelembapan pada muka dan tidak mmepunyai bahan minyak di dalamnya sehingga hasil makeup tahan dengan lebih lama dan tidak perlu diragukan lagi.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...