Utama Badan 10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Adakah anda suka menjaga kulit badan dengan body scrub atau lulur badan? Pada masa kini, anda tidak perlu lagi pergi ke spa mahupun treatment kerana mandi lulur boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk pergi ke spa.

Bagaimanakah Body Scrub Berfungsi?

Kebiasaannya, body scrub mempunyai bentuk seperti gel yang mengandungi partikel-partikel halus dan berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, daki dan menghaluskan kulit.

Secara keseluruhan, partikel skrub ini diperbuat daripada garam dan ada juga yang diperbuat daripada gula, paste kacang ataupun jagung. Body scrub yang diperbuat daripada gula mempunyai partikel yang lebih kecil daripada garam sehingga anda tidak akan berasa sakit dan kasar ketika digosokkan ke kulit badan.

Jika bahagian siku dan tumit kaki anda tidak dibersihkan secara rutin boleh membuatkan kulit menjadi lebih kasar dan gelap. Butiran halus body scrub mampu melembutkan dan menghilangkan sel-sel kulit mati yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi gelap dan kasar. Sekiranya proses lulur ditambahkan dengan kesan urutan badan ia juga boleh melancarkan peredaran darah.

10 Pilihan Body Scrub Terbaik

Berikut adalah senarai body scrub yang terbaik:

1. Clarins Exfoliating Body Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 1

Body scrub yang sangat popular untuk kulit sensitif

Body scrub dari Clarins ini adalah salah satu produk yang sangat popular dan sesuai digunakan untuk pemilik kulit sensitif. Ia juga mengandungi shea butter yang mampu melembapkan kulit dan mempunyai ekstrak mimosa tenuiflora yang berfungsi untuk menjaga kulit anda agar tetap halus setiap hari.

Selain itu, partikelnya juga diperbuat daripada bahan bamboo powder semulajadi yang menyegarkan, menghilangkan sel-sel kulit mati secara lembut, sangat berkesan dalam menghilangkan permukaan kulit yang kasar, efektif mencegah dan menghilangkan jerawat pada belakang badan anda. Produk ini juga bukan hanya memiliki aroma yang harum sahaja tetapi juga berkualiti!

2. The Body Shop British Rose Exfoliating Gel Body Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 2

Lulur mawar yang segar pada kulit

The Body Shop British Rose Exfoliating Gel Body Scrub mempunyai tekstur gel yang digabungkan dengan partikel halus kecil yang mana ia membuatkan anda selesa dan sangat efektif ketika digunakan setiap hari. Wangiannya yang menyenangkan dan akan sentiasa menyegarkan fikiran anda.

Selain produk ini mesra untuk kulit sensitif, skrub ini juga mengandungi essence kelopak mawar yang dipetik jauh dari Herefordshire, Inggeris. Bagi anda yang menggemari aroma mawar lembut dan mempunyai kulit sensitif produk inilah yang tepat untuk anda. Rasailah sensasi lulur yang segar ketika disapukan pada kulit anda!

3. Fresh Cocoa Body Exfoliant

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 3

Body scrub pemenang anugerah

Koko adalah bahan mentah berkhasiat yang dipercayai selama berabad-abad lamanya. Body scrub ini diperbuat daripada kacang koko yang dihancurkan dan digaul bersama dengan kelapa untuk mengatasi kulit kusam. Selain itu, mentega koko dan minyak kelapa mampu memberikan khasiat pada kulit, menjadikan kulit lebih elastik dan ekstrak koko mengandungi bahan flavonoid yang berfungsi untuk melindungi kulit.

Lulur ini berfungsi dengan cara menghilangkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus. Produk ini adalah body scrub yang layak menerima anugerah CEW Beauty Insider pada tahun 2016. Bagi anda yang menggemari coklat, jangan biarkan anda terlepas lulur yang terbaik ini.

4. The Body Shop Shea Body Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 4

Shea butter yang sangat melembapkan

The Body Shop yang sangat popular dengan pelbagai produk penjagaan badan dan menjadi kegemaran bagi kebanyakan wanita bukan kerana aroma wangiannya sahaja tetapi kerana ia sangat efektif dalam melembutkan kulit dan melancarkan peredaran darah.

Body scrub ini juga mempunyai bahan shea butter dari Ghana, minyak almond manis dan minyak kacang soya. Selain itu, partikelnya yang diperbuat daripada garam dan gula organik, selamat untuk digunakan bagi anda yang memiliki kulit sensitif serta mengandungi bahan moisturizer yang tinggi juga sangat disyorkan untuk mengatasi kulit kering.

5. Frank Body Original Coffee Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 5

Lulur yang mengandungi kualiti coffee scrub terbaik

Produk ini mengandungi 100% bahan semulajadi iaitu kopi yang melancarkan peredaran darah, meningkatkan penghasilan kolagen, minyak almond manis yang melembapkan kulit dan vitamin E yang melindungi kulit anda daripada radikal bebas.

Dengan aroma yang enak seperti orange mocha frappuccino ini diperbuat daripada garam laut yang sangat sesuai untuk pemilik kulit kering dan tidak akan menyebabkan berlakunya iritasi. Body scrub ini mempunyai jenis lain yang popular iaitu Cocoa Coffee Scrub, Coconut Coffee Scrub, Peppermint Coffee Scrub dan Shimmer Scrub. Frank Body Scrub ini disarankan untuk anda yang mahukan lulur kopi berkualiti terbaik.

6. Innisfree Green Tea Pure Body Gel Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 6

Lulur berbentuk gel yang kaya dengan antioksidan

Green Tea Pure Body Gel Scrub dari Innisfree ini diperbuat daripada teh hijau organik Jeju yang memiliki bahan antioksidan yang tinggi. Teh hijau ini membantu dalam menjaga kelembapan kulit dan membuatkan kulit agar tetap sihat.

Bahan mentah bagi produk ini bebas kimia dengan partikel skrub yang diperbuat daripada benih walnut, lembut dan selesa apabila disapukan ke kulit. Body scrub ini berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati terutamanya pada kawasan tumit dan siku serta membuatkan kulit anda lebih lembut dan halus. Pilihan yang sangat tepat untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering.

7. Skinfood Black Sugar Perfect Essential Scrub 2x

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 7

Lulur gula hitam yang popular dan boleh juga untuk kulit muka

Salah satu produk best seller dari Skinfood. Jenama asal korea Selatan ini biasanya mengeluarkan produk yang mengandungi bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan. Produk ini juga boleh meremajakan kulit dan dilengkapi dengan bahan pelembap yang mencerahkan kulit.

Body scrub ini diperbuat daripada gula hitam yang memiliki tekstur halus dan wangi sehingga sangat selamat untuk digunakan pada kulit muka. Jika ia dicairkan dengan air panas dan digunakan pada kulit muka, kesannya dapat mengecilkan pori-pori kulit. Bagi anda yang menginginkan body scrub sekaligus face scrub, ini adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda.

8. Ginvera Alpine Rose & Edelweiss

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 8

Body scrub wangi yang boleh didapati di drugstore

Body scrub yang sangat wangi ini boleh ditemui secara online atau di drugstore berhampiran anda. Ianya juga mempunyai vitamin E untuk melindungi dan mencantikkan kulit. Selain itu, ekstrak ros juga digunakan untuk memulihkan kerosakan kulit yang berlaku manakala ekstrak edelweiss pula digunakan kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi bagi mengelakkan penuaan.

9. Bioglo Korea Red Ginseng Body Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 9

Body scrub Korea untuk pemilik kulit kering

Produk ini mempunyai red ginseng dan kulit walnut yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dalam sekelip mata sahaja. Ia juga boleh menjadikan kulit kelihatan lebih lembut dan cerah. Body scrub ini diperbuat daripada 12 jenis tanaman yang menjadikan kulit kering anda lebih lembap.

10. The Body Shop Olive Exfoliating Cream Body Scrub

10 Pilihan Body Scrub Terbaik 2018/2019 10

Body scrub yang lembut dan halus pada kulit

The Body Shop Olive Exfoliating Cream Body Scrub ini mengandungi bahan yang berasaskan minyak zaitun. Ianya boleh menghilangkan sel-sel kulit mati pada kulit anda dan membuatkan kulit lebih segar, halus dan lembut. Tambahan pula, kelebihan lain daripada produk ini adalah wangiannya yang menyegarkan. Produk ini sangat sesuai untuk kulit normal ke kulit kering.

Baca Lagi: 10 Cara Menghilangkan Daki Yang Degil Pada Kulit Badan Anda

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

4 KOMEN-KOMEN

  1. Komen anda menunggu pengesahan

    di bahagian lengan sy banyak biji2 halus yg sama seperti ruam .. scrub apa yg terbaik untuk menghilang biji2 tu

    • Hi sis, dalam artikel ini kami telah senaraikan beberapa produk yang sis boleh pilih. Biasanya kehitaman pada celah peha dan pelipat yang lain adalah daki yang terdiri daripada sel-sel kulit mati, peluh dan kotoran. Jadi untuk mnenghilangkannya, gunakan scrub dan ia bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan. Biasanya scrub digunakan secara berterusan – seminggu sekali.

  2. hi. kulit kaki sya sensitif. kalau luka atau gatal sdikit. dia akan menjadi hitam. nak tanya. bodyscrub mana ssuai utk hilangkan bekas2 luka hitam macam tu? 🙁

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...