Utama Make Up 10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Salah satu produk makeup yang wajib untuk dimiliki wanita pada masa kini ialah bedak tabur terutamanya bagi anda yang memiliki kulit berminyak. Bedak tabur bukan sahaja bermanfaat sebagai solekan tetapi juga untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka.

Lebih-lebih lagi, kita hidup di negara dengan iklim tropika yang boleh menyebabkan kulit muka cepat berminyak. Penggunaan bedak tabur juga dapat mencegah kulit muka daripada kelihatan kusam dan menyebabkan makeup tidak tahan lama. Berikut adalah sepuluh pilihan bedak tabur untuk kulit berminyak yang tahan lama pada tahun ini.

1. Maybelline Fit Me! Mineral Loose Finishing Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 1

Maybelline Fit Me! Mineral Loose Finishing Powder ini merupakan bedak tabur yang dapat mengawal minyak yang berlebihan dan mampu menghaluskan tekstur kulit muka anda. Selain itu, anda boleh menggunakan bedak ini dengan atau tanpa foundation.

Terdapat lapan pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda iaitu  fairfair light, light, light medium, medium, medium deep, deep dan dark. Produk ini juga mempunyai kualiti yang sama seperti loose powder dari brand high end.

2. Givenchy Prisme Libre Loose Powder Quartet Air Sensation

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 2

Bedak dari Givenchy ini menjadi salah satu bedak tabur yang terlaris pada tahun ini. Ia mampu memberikan hasil matte pada kulit muka yang berminyak.

Selain itu, ia juga mengandungi warna di dalamnya yang mana dapat menjadikan muka anda kelihatan lebih segar. Produk ini didatangkan dengan lima warna iaitu mousseline pastel, taffetas beige, organza caramel, satin blanc dan voile rose.

3. Becca Soft Light Blurring Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 3

Produk Becca Soft Light Blurring Powder ini bertindak sebagai mengaburkan kekurangan pada muka, set makeup dan menambahkan dimensi supaya shine pada kulit muka anda tidak berlebihan.

Selain itu, ia boleh menyamarkan pori-pori muka, menutup kekurangan dan sebagai langkah terakhir dalam makeup routines harian anda. Produk ini hadir dengan dua warna iaitu golden hour dan pink haze.

4. Too Faced Peach Perfect Mattifying Setting Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 4

Too Faced Peach Perfect Mattifying Setting Powder adalah bedak berwarna peach yang mempunyai tekstur yang ringan dan selesa digunakan pada kulit muka anda.

Selain itu, ia mengandungi teknologi transfer-resistant yang mana boleh mencerahkan kulit, menjadikan muka halus, lembut dan matte serta tahan sehingga 14 jam. Produk ini mempunyai formula oil free dan shine free yang mana boleh mengawal minyak yang berlebihan dan mengurangkan kilauan pada kulit muka.

5. Make Up For Ever HD Microfinish Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 5

Produk ini memberikan hasil matte yang ringan, halus dan menjadikan kulit muka anda kelihatan natural. Selain itu, ia mengandungi mikro silica yang berfungsi untuk menjadikan kulit muka anda kelihatan glowing dan sihat. Anda boleh menggunakan bedak tabur ini dengan kabuki brush ataupun sponge.

6. Innisfree No-Sebum Mineral Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 6

Produk Innisfree No-Sebum Mineral Powder ini merupakan bedak tabur yang tidak memiliki warna dan sangat ssesuai untuk semua warna kulit.

Kelebihan produk ini adalah mampu mengawal minyak yang berlebihan pada muka dengan baik dan tidak akan menyebabkan foundation anda menjadi cakey. Anda juga boleh menggunakan produk ini untuk set makeup selepas menggunakan skincare atau makeup.

7. Revlon Touch & Glow Face Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 7

Bedak tabur ini mampu menyerap minyak yang berlebihan tanpa menyebabkan kulit muka menjadi kering. Selain itu, ia dapat melembapkan dan mampu menyamarkan bintik hitam pada kulit muka anda dengan sangat baik. Revlon Touch & Glow Face Powder ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang berminyak sekalipun.

8. Shu Uemura Lightbulb Glowing Face Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 8

Shu Uemura Lightbulb Glowing Face Powder ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan halus. Produk ini dapat menyerap sebum yang berlebihan pada muka anda dengan baik terutamanya pada kawasan T-zone.

Selain itu, ia memberikan coverage yang sempurna dengan pelbagai pilihan warna dan menyediakan pilihan warna colourless yang tidak akan mengubah warna foundation anda. Produk ini juga akan menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama dan tidak perlu untuk touch-up bedak pada muka lagi.

9. Skinfood Buckwheat Loose Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 9

Skinfood Buckwheat Loose Powder ini berasal dari korea selatan. Produk ini sangat baik dalam mengawal minyak yang berlebihan pada muka dengan formulanya yang dapat menyerap minyak.

Selain itu, ia mempunyai tekstur yang halus dan wangian yang segar ketika digunakan pada kulit muka anda. Bedak tabur ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk kulit muka. Produk ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu transparent, skin beige, natural beige dan grape.

10. NYX Mineral Finishing Powder

10 Pilihan Bedak Tabur Untuk Kulit Berminyak Yang Tahan Lama 10

Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat menjadikan kulit muka anda lebih fresh dan flawless. Selain itu, ia dapat digunakan sebagai setting powder mahupun digunakan selepas menggunakan produk skincare.

Bedak tabur ini memberikan coverage yang rendah tetapi dapat menjadikan kulit muka anda kelihatan matte dan segar sepanjang hari. Terdapat dua pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda iaitu light/medium dan medium/dark.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...