Utama Make Up 10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bedak padat atau compact powder adalah salah satu produk makeup yang wajib ada bagi setiap wanita. Hal ini kerana bedak boleh menjadikan kulit muka anda kelihatan lebih cerah dan segar sepanjang hari. Terdapat beberapa bedak yang tidak boleh mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada muka dan tidak akan tahan lama kerana peluh dan minyak.

Jadi, anda perlu untuk menggunakan bedak padat atau compact powder dengan kualiti yang terbaik bagi memiliki kulit muka yang lebih segar dan bebas minyak. Artikel ini akan mencadangkan sepuluh pilihan bedak padat atau compact powder yang terbaik untuk kulit berminyak iaitu:

1. L’Oreal Paris Infallible Pro-Matte Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 1

Bedak ini mengandungi formula revolusioner untuk menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama sepanjang hari. Dengan menggunakan bedak ini anda akan mendapatkan hasil solekan yang flawless.

Selain itu, ia memiliki hasil makeup yang matte tetapi tidak akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kering. Produk ini telah terbukti memiliki coverage yang tinggi dan didatangkan dengan tujuh pilihan warna iaitu porcelain, natural beige, nude beige, true beige, golden beige, classic tan dan cocoa.

2. Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 2

Produk Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder ini memberikan coverage yang sangat baik untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Bedak ini tidak mengubah warna kulit anda tetapi mampu menutup kekurangan pada muka.

Selain itu, ia juga dapat menyerap minyak yang berlebihan pada muka sehinggakan kulit muka anda kelihatan lebih matte. Produk ini hadir dengan enam pilihan warna iaitu basic brown, soft honey, soft sand, sunny beige, warm chesnut dan warm natural.

3. The Balm Mama Series (Sexy Mama)

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 3

Produk ini mengandungi formula oil-absorbing yang mampu menyerap minyak yang berlebihan pada muka sehinggakan kulit muka anda kelihatan lebih matte dan bebas kilap.

Selain itu, ia juga dapat menyamarkan jerawat pada muka dan menjadikan kulit muka anda lebih halus dan mulus. Produk ini diformulasikan untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit berminyak.

4. Make Up For Ever Pro Finish Powder Foundation

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 4

Make Up For Ever Pro Finish Powder Foundation ini merupakan bedak yang bebas minyak, menjadikan hasil makeup anda tahan dengan lebih lama dan memberikan hasil solekan yang bebas kilap. Selain itu, ia mampu menyamarkan bintik hitam dan semua jenis kekurangan yang ada pada kulit muka anda dengan sangat baik.

Compact powder ini telah diuji secara kilinikal dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit normal dan kulit kombinasi. Bedak ini juga bersifat oil-free, paraben-free dan fragrance-free. Produk ini didatangkan dengan 11 pilihan warna iaitu pink porcelain, neutral porcelain, pink ivory, golden ivory, neutral beige, neutral ivory, golden beige, pink beige, golden sand, neutral honey dan neutral camel.

5. L.A. Girl Matte Pressed Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 5

Produk ini sangat sesuai digunakan untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan tahan dengan lebih lama pada kulit muka. Hasil solekan yang diberikan bedak ini adalah matte dan tidak akan menjadikan makeup anda mudah pudar walaupun terkena peluh.

Selain itu, ia tidak akan menyebabkan iritasi dan selamat untuk digunakan setiap hari. Terdapat 15 pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda iaitu fair, classic ivory, porcelain, creamy natural, nude beige, buff, warm honey, soft honey, medium beige, classic tan, true bronze, warm caramel, toffee, chestnut dan cocoa.

6. Chanel Luminous Matte Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 6

Chanel Luminous Matte Powder ini mengandungi foundation powder yang akan mengunci solekan muka anda dan tahan dengan lebih lama selama 8 jam.

Tambahan pula, ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan menjadikan makeup anda kelihatan lebih matte dan bebas kilap. Produk ini mengandungi SPF 10 untuk melindungi kulit muka anda daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.

7. NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 7

Produk NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder ini dilengkapi dengan photochromic technology yang menjadikan kulit muka kelihatan lebih halus, lembut dan bebas kilap ketika anda selfie.

Kelebihan dari produk NARS ini adalah mampu menyamarkan garis-garis halus, kedutan dan pori-pori besar sehinggakan anda akan kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga bersifat paraben-free, fragrance-free dan non-comedogenic.

8. Lancome Dual Finish Multitasking Powder Foundation In One

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 8

Lancome Dual Finish Multitasking Powder Foundation In One ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan halus pada kulit muka. Anda dapat menggunakan bedak ini untuk makeup seharian seperti untuk highlighting mahupun contouring. Produk ini juga merupakan bedak yang sangat sesuai untuk kulit yang berminyak.

9. MAC Studio Fix Powder Plus Foundation

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 9

Compact powder ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit yang berminyak. Selain itu, ia mempunyai medium to full coverage dan dapat menghasilkan makeup yang lebih matte, natural, halus dan flawless. Produk ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

10. Etude House Zero Sebum Drying Powder

10 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Untuk Kulit Berminyak 10

Produk ini diperkaya dengan sebum control untuk menyerap minyak yang berlebihan dan tidak akan menyumbat pori-pori pada kulit muka anda.

Selain itu, ia mempunyai tekstur yang tidak bertompok pada muka dan menjadikan warna kulit anda lebih sekata. Bedak ini juga dapat memberikan hasil makeup yang matte dan tahan dengan lebih lama sepanjang hari.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...