Utama Badan 10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Dengan mempunyai kulit halus, mulus dan cerah sekata tentunya menjadi impian setiap wanita di luar sana. Tetapi, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan beberapa bahagian pada kulit badan anda menjadi hitam dan gelap. Salah satunya yang selalu menjadi masalah adalah pada bahagian ketiak anda. Berikut adalah 10 penyebab ketiak hitam yang akan menggangu penampilan anda seharian.

10 Penyebab Ketiak Hitam

1. Iritasi kerana mencukur

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 1

Dengan mencukur boleh menyebabkan masalah lain pada ketiak seperti iritasi dan juga kulit ketiak menjadi hitam dan gelap. Cara mencukur yang salah juga adalah punca kepada kedua-dua masalah ini berlaku. Jadi, perhatikan terlebih dahulu alat-alat yang anda gunakan dan cara untuk mencukur dengan betul.

2. Pemakaian baju yang terlalu ketat

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 2

Anda dapat meningkatkan risiko ketiak menjadi lebih gelap dan hitam sekiranya anda kerap memakai baju yang terlalu ketat terutamanya pada kawasan sekitar ketiak anda. Hal ini kerana kulit ketiak tidak boleh bernafas dengan baik dan mempunyai ruang untuk pergerakan yang terlalu sempit.

3. Pembentukan sel-sel kulit mati

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 3

Pembentukan sel-sel kulit mati terutamanya pada kawasan yang memiliki banyak pelipat seperti ketiak juga menjadikannya kelihatan lebih hitam. Selain itu, kulit ketiak juga memerlukan eksfoliasi sama seperti kulit muka dan bahagian badan anda yang lain. Gunakan scrub untuk 2-3 kali seminggu bagi mendapatkan kulit ketiak yang lebih cerah.

4. Penggunaan deodoran

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 4

Penggunaan deodoran akan menyebabkan kulit ketiak anda menjadi hitam kerana terdapat beberapa bahan kimia di dalamnya. Anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti lemon dan baking soda sebagai pengganti deodoran sekiranya anda ingin mengurangkan penggunaannya supaya kulit ketiak anda tidak menjadi semakin hitam.

5. Hiperpigmentasi

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 5

Hiperpigmentasi merupakan keadaan yang mana kulit menjadi lebih gelap dan munculnya bintik-bintik coklat pada kulit anda. Hal ini kerana penghasilan melanin meningkat pada kulit badan anda. Bagi mengatasi masalah ini adalah lebih baik sekiranya anda pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

6. Mencabut bulu ketiak

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 6

Bagi anda yang selalu mencabut bulu ketiak juga akan menyebabkan ia menjadi hitam. Warna hitam dan gelap sememangnya sangat menggangu penampilan anda terutamanya bagi yang sukakan fashion trendy. Anda juga harus mencari cara untuk mengembalikan kulit ketiak anda seperti sebelum ini.

7. Jangkitan bakteria

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 7

Bakteria yang terdapat pada kawasan kulit ketiak bukan sahaja menyebabkan bau badan yang tidak sedap tetapi juga boleh menyebabkan kulit ketiak menjadi hitam dan gelap.

Selain itu, bakteria yang dapat menyebabkan kulit ketiak menjadi hitam ialah bakteria corynebacterium minutissimum. Ia juga boleh menyebabkan munculnya bintik coklat kemerah-merahan yang dapat menimbulkan rasa gatal selain kulit ketiak menjadi hitam.

8. Merokok

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 8

Merokok adalah sangat berbahaya dan tidak baik untuk kesihatan badan anda. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan menjadikan warna bibir anda semakin gelap. Tambahan pula, bukan sahaja bibir yang menjadi gelap tetapi kulit ketiak juga boleh menjadi gelap disebabkan oleh merokok. Oleh itu, jauhilah diri anda daripada merokok.

9. Hormon

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 9

Setiap orang mempunyai tahap hormon yang berbeza-beza. Anda tidak perlu risau akan perkara itu kerana anda boleh mengatasinya dengan cara-cara yang semulajadi. Dengan cara-cara semulajadi ini anda boleh mengatasi kulit ketiak yang hitam disebabkan oleh tahap hormon. Anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menyeimbangkan tahap hormon anda.

10. Acanthosis nigricans

10 Penyebab Ketiak Hitam Yang Perlu Anda Ketahui 10

 Acanthosis nigricans adalah penyakit pigmentasi kulit yang biasa berlaku pada kawasan yang gelap dan perubahan warna pada bahagian pelipat kulit. Kulit yang terjejas juga boleh menjadi tebal. Biasanya, ia berlaku pada ketiak, celah kangkang dan leher anda.

Ini biasanya dikaitkan dengan pengeluaran insulin yang terjejas. Bahkan juga, ia boleh berlaku pada anda yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dengan ini anda boleh mengatasinya dengan menggunakan bahan salicylic acid untuk mengurangkan warna hitam yang berlaku pada ketiak anda.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...