Utama Badan 10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Perut buncit bukan sahaja dapat membuatkan tubuh badan anda kelihatan kurang menarik tetapi juga dapat meningkatkan risiko darah tinggi, penyakit hati berlemak dan diabetes. Kebanyakan orang suka mencuba diet untuk mengecilkan perut buncit tetapi perkara tersebut bukanlah satu penyelesaian yang betul.

Cara yang terbaik untuk mengecilkan perut buncit adalah dengan memilih jenis makanan yang boleh mengurangkan lemak berkumpul di bahagian perut dan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Berikut adalah sepuluh makanan untuk mengecilkan perut buncit iaitu:

1. Avokado

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 1

Avokado diperkaya dengan kandungan serat yang dapat membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama. Ianya merupakan sumber daripada amino acid yang turut dikenali sebagai lecithin yang berfungsi untuk mengawal berat badan. Selain itu, ia juga mengandungi lemak sihat sehingga mampu meningkatkan proses pembakaran lemak di perut dan memiliki khasiat anti-penuaan, anti-kulat dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

2. Nanas

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 2

Nanas mengandungi bromelain yang mempunyai kebolehan anti-radang. Selain itu, anti-bakteria bromelain dapat membantu melawan bakteria yang menyebabkan diarrhea dan sangat efektif dalam menyembuhkan gangguan usus. Jadi, ukuran perut akan lebih mengecil kerana anda terbebas daripada keluhan perut kembung.

3. Tembikai

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 3

Tembikai terdiri daripada 91% air yang dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih cepat tanpa perlu mengambil sejumlah besar kalori. Selain itu, ia merupakan makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak di perut, membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan membantu mencegah dehydration. Ianya juga mengandungi banyak vitamin B1, B6 dan C, potassium dan magnesium yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

4. Epal

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 4

Epal mengandungi serat yang banyak, flavonoidphytosterol dan beta carotene yang akan membuatkan perut anda merasa kenyang dengan lebih lama. Sekiranya anda memakan tiga epal atau lebih setiap hari akan dapat mengurangkan berat badan. Sebatian semulajadi di dalam epal yang dikenali sebagai pectin berfungsi untuk menurunkan berat badan. Bahkan juga, sebatian ini boleh mengurangkan risiko kanser kolon.

5. Almond

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 5

Almond mengandungi lemak sihat yang dapat membantu anda agar tidak makan terlalu banyak dan dapat mengurangkan rasa lapar. Selain itu, ia juga mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membentuk otot dan mampu menurunkan risiko penyakit jantung. Ianya memiliki hanya sedikit kalori dan tidak akan menambahkan lemak di perut anda kerana ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai snek.

6. Timun

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 6

Timun merupakan makanan rendah kalori dan setiap 100 gram mengandungi sekitar 96% air dan hanya memiliki 45 kalori. Sekiranya anda memakan timun setiap hari merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk membersihkan tubuh badan daripada racun yang berbahaya. Selain itu, ia juga mengandungi banyak mineral, serat dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan serta dapat mengurangkan berat badan.

7. Tomato

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 7

Tomato mengandungi hanya sedikit kalori dan boleh membantu anda bagi mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak di perut. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan yang turut dikenali sebagai lycopene yang dapat memberikan pelbagai kebaikan tambahan. Contohnya dapat menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan kedutan dan melawan kanser. Ianya sangat baik untuk dimakan setiap hari.

8. Kekacang

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 8

Kekacang boleh menjadi pilihan snek anda bagi mengecilkan perut buncit. Pengambilan kekacang secara teratur dapat membentuk otot dan memperbaiki pencernaan. Selain itu, ia juga akan membantu anda supaya merasa kenyang dengan lebih lama. Hal ini kerana ia mengandungi serat yang banyak dan membantu membakar lemak di dalam badan.

9. Saderi

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 9

Sayuran hijau ini boleh menjadi campuran jus setiap hari anda. Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang dapat membantu menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan risiko kanser ovari.

10. Buah Ceri Masam (Sour Cherry)

10 Makanan Untuk Mengecilkan Perut Buncit 10

Diet yang merangkumi penggunaan buah ceri dapat membantu mengurangkan gejala-gejala penyakit jantung dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik sering kali menyebabkan perut buncit, meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh badan dan mengurangkan sejumlah besar lemak di badan. Ianya mengandungi antioksidan yang bermanfaat sebagai anti-aging sehingga boleh membuatkan anda kelihatan lebih awet muda.

Baca Lagi: 7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...